Friday, October 24, 2008

Sah Anwar Menipu

Saya ingat Anwar dah berubah....rupa-rupanya tidak. Kalau dalam UMNO dulu, menipu dan mungkir janji dah jadi budaya. Ingatkan bila dah keluar UMNO dan bersama PKR dan PR beliau dah berubah lebih-lebih lagi bila selalu berdamping dengan para ulama di dalam PAS. Rupa-rupanya budaya tersebut telah menjadi darah daging beliau hingga sukar untuk dibuang.

Satu dunia tahu yang Anwar berjanji dengan rakyat Malaysia bahawa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada 16 September, 2008. Anwar dah janji dengan DAP, Anwar dah janji dengan PKR, Anwar dah janji dengan PAS dan ahli-ahli mereka bahawa kerajaan akan bertukar pada 16 Sept. Habis semua orang gelabah lebih-lebih lagi UMNO. Habis semua orang mengharap lebih-lebih lagi pemimpin yang kemaruk pangkat dalam PAS. Dah ada dikalangan pemimpin PAS sendiri dah mula pasang angan-angan nak jadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Terlalu banyak masa dan tenaga dibuangkan untuk berbincang berkenaan pembentukan kerajaan baru sehingga PAS hampir atau dahpun berpecah. Hinggakan wala' dan taat kepada pemimpin sendiripun dah beralih arah. Hinggakan pandangan Presiden sendiripun dipertikaikan. Hinggakan matlamat menegakkan negara Islam pun dikesampingkan. Dan yang lebih parah....hinggakan ayat AlQuran pun sanggup di "tapi" kan.

Bila Dato' Mustafa Ali membuat kenyataan bahawa tidak akan terbentuk kerajaan PR pada 16 September, maka terloncat-loncatlah budak suruhan Anwar dan Husam menyerang Dato' Pa. Kununnya mungkin nak jadi hulubalang Anwar dengan harapan Anwar akan jadikan mereka sebagai kroni beliau agaknya. Yang paling sedih ialah bila Husam gunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz agar sama-sama menyerang Dato' Pa. Peristiwa ini tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Akhirnya, bila tiba 16 September, 2008 tidak ada apa-apa pun yang berlaku. Tidak terbentuk pun Kerajaan Pakatan Rakyat seperti yang dijanjikan oleh Anwar dan seperti yang diharapkan oleh jutaan rakyat Malaysia. Yang ada hanya beberapa siri sidang media Anwar yang sering dihadiri oleh kumpulan Erdogan PAS yang terhegeh-hegeh nak jadi menteri. Bila orang tanya pasal kerajaan PR dia hanya jawab... I have the numbers, I have the numbers! Bila orang tanya siapa dia yang nak lompat tak boleh jawab, kununnya strategi... takut kena kacau.

Seribu satu alasan dan dalih diberikan. Dan seperti selalu beliau masih berjaya meyakinkan sebahagian besar penyokong PR untuk percaya kepada alasan-alasannya... termasuk dua tiga kerat yang kempunan nak jadi menteri dalam PAS. Entah ilmu apa yang di pakai Anwar sampai orang boleh percaya kepada cakap dia walau ditipu berkali-kali.

Kemudian dengan muka tak malu terpaksa mengiakan pendapat Dato' Pa apabila Anwar terpaksa meminta Pak Lah buat sidang parlimen tergempar untuk nak bawa usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri. Satu tarikh baru diberikan iaitu 23 September untuk Paklah buat sidang parlimen tergempar, kalau tidak........

Akhirnya bila tiba 23 September... tidak ada apa-apa juga yang berlaku. Yang ada hanya "berlakun". Memang Anwar pandai berlakun. Kesalahan diletakkan kepada Paklah kerana tidak memanggil sidang parlimen tergempar. Sekali lagi rakyat Malaysia termasuk PAS kena tipu.

Satu persoalan disini....betulkah Anwar ada majoriti ahli parlimen yang dah melompat dan bersama PR? Siapa yang boleh confirm? Macam-macam versi yang Anwar berikan kepada PAS. Sekejap kata dah cukup kuota muslim. Sekejap kata dah cukup bilangan yang melompat tapi masih tak cukup bilangan ahli parlimen muslim. Yang pastinya beberapa nama yang Anwar berikan kepada PAS kununnya dah setuju nak melompat adalah ternyata TIPU. Tak perlulah saya dedahkan disini siapa nama-nama tersebut. Cukup jika saya katakan Anwar "don't have the numbers" atau hanya "hope to have the numbers".

Tetapi, apa yang menghairankan ialah macam mana Husam dan kumpulan erdogan dalam PAS yang kununnya pandai sangat berstrategi boleh percaya bulat-bulat kepada cakap Anwar dan masih memberi kepercayaan yang tinggi kepada Anwar walaupun dah ditipu berkali-kali.

Dan yang paling menyedihkan ialah bila mereka menyalahkan Tuan Guru Hj Hadi sebagai punca tidak boleh terbentuknya kerajaan baru PR. Kununnya disebabkan oleh syarat majoriti muslim yang diberikan oleh Tuan Guru Presiden dan keengganan Tuan Guru Presiden untuk menandatangani surat persetujuan lah yang menjadi punca kegagalan kerajaan PR.

Dalam mesyuarat Lujnah Politik PAS yang terakhir (sebelum sidang Parlimen) pun kumpulan erodogan ini masih yakin bahawa kerajaan baru pasti akan ditubuhkan sebaik sahaja sidang parlimen bermula. Hinggakan masing-masing sibuk berbincang tentang portfolio menteri yang PAS akan dapat (termasuklah Khalid Samad sehingga baru-baru ini melalut-lalut buat kenyataan dalam akhbar Sinar - siapa yang beri dia mandat untuk bercakap macam tu pun tak tau). Yang hairannya DAP tidak pula sesibuk atau terlalu optimis membabi buta seperti (kump erdogan) PAS tentang penubuhan kerajaan baru tersebut. Dan bila Karpal Singh dan Lim Kit Siang buat kenyataan bahawa mereka tidak begitu selesa dengan adegan lompat melompat ni - tidak ada pulak golongan "erdogan" dalam DAP yang bangun menentang kenyataan pemimpin mereka. Nampaknya DAP lebih menghormati pemimpin dan lebih memahami konsep wala' kepada pemimpin berbanding PAS.

Walaubagaimanapun saya bersetuju bahawa jika sekiranya benar Anwar ada sokongan majoriti ahli parlimen, 13 Oktober adalah tarikh yang sepatutnya kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat terbentuk. Kalau dah lebih daripada separuh ahli-ahli Parlimen telah berpihak kepada Anwar dan Pakatan Rakyat pada masa itu dan kurang daripada separuh sahaja dimiliki oleh BN maka apa lagi dalih dan alasan untuk tidak membuat undi tak percaya terhadap Paklah dan membentuk kerajaan PR. Kalau dah sebelum ini bersungguh-sungguh nak minta Paklah buat sidang parlimen tergempar - sekarang bila parlimen dah bersidang buatlah dan buktikanlah yang Anwar "have the numbers"!!!

Namun, hampeh....pada tanggal 13 Oktober, 2008 bila sidang parlimen bermula, tidak ada apa-apa pun yang berlaku melainkan ucapan pembahasan bajet oleh Anwar yang meleret-leret sehingga kebanyakan ahli parlimen BN (yang sepatutnya dah jadi ahli parlimen PR) keluar dari Dewan sebab boring.

Kemudian Anwar buat kenyataan lain dalam ceramahnya di Kota Bharu bahawa kerajaan PR akan dibentuk sebelum Hari Raya Haji pulak.

Jadi, apakah kesimpulannya dan kesudahannya??? Apa lagi muslihat Anwar.
Secara nyata dan jelas Anwar telah berulang kali menipu dan berbohong kepada PAS, DAP dan seluruh rakyat Malaysia sehingga negara kita jadi tak keruan baik dari segi politik dan ekonomi. Berilah apapun terma dan nama.... strategi, taktik, perang psikologi, political game dll - yang jelasnya Anwar MENIPU dan BERBOHONG.

Dalam Islam, orang yang MENIPU dan BERBOHONG adalah tidak layak sama sekali diangkat menjadi pemimpin.

Kepada Husam dan kumpulan erdogannya... cukuplah tu. Janganlah anda pulak nanti yang terpalit dengan sifat menipu dan bohong Anwar. Sedarlah bahawa anda semua telah terpedaya dengan dakyah serong Anwar sehingga anda terlebih kagum dan taat kepada beliau berbanding dengan pemimpin sendiri. Sedarlah bahawa disebabkan temberang Anwar sudah banyak kerosakan yang telah berlaku di dalam jamaah kita.

Berilah kepatuhan yang tak berbelah bagi kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden. Ikutlah cakapnya dan dengarlah pandangannya yang senantiasa dipimpin AlQuran dan AlHadis. Nescaya kita akan sampai kepada matlamat dan ghayah kita walaupun tidak terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat.

Tuesday, October 21, 2008

Usaha Menjatuhkan Presiden PAS

* Kalau Husam Musa suka buat hipotesis, saya pun suka juga. Sekarang mari kita lihat hipotesis saya tentang usaha Husam nak menjatuhkan Tuan Guru Presiden.

Sayup-sayup kedengaran bahawa Husam Musa bersama dengan team Erdogannya sedang merancang sesuatu yang besar untuk Muktamar PAS tahun hadapan. Muktamar PAS tahun depan dilihat sebagai genting kerana adanya pemilihan pucuk kepimpinan utama PAS.

Dr. Zulkifli Ahmad (atau Abu Iman yang merupakan pengarah Pusat Penyelidikan PAS) dikatakan pernah berkata bahawa pemilihan PAS tahun depan akan berlaku pertembungan yang hebat diantara kumpulan profesional yang cenderung kepada ulama dengan kumpulan profesional yang inginkan perubahan . Apa maksud beliau....hanya dia sahaja yang tahu. Ramai orang tidak tahu disebalik kelembutan watak Dr. Zul ini - dialah sebenarnya diantara perancang utama kumpulan Erdogan. (kalau saya ada mood mungkin saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang siapa sebenarnya Abu Iman ini.... apa latar belakangnya....apa 'jasa' beliau kepada gerakan Islam terutamanya berkenaan "indimaj"... kenapa beliau bersama dengan PAS....dan betapa beliau begitu hadapkan kepada jawatan dan pangkat untuk merealisaskan cita-citanya)
Jawatan sebagai Pengarah PPP digunakan semaksima mungkin untuk mencari pengaruh dan kedudukan setelah dilobi sakan oleh Dr. Hatta sejak zaman AlMarhum Ust Fadhil Nor lagi.

Balik kepada kisah Husam Musa....Rata-rata pimpinan PAS pusat tahu dan sedar tentang cita-cita besar Husam Musa hendak menjadi Presiden PAS. Mereka juga tahu bahawa Husam sedang merancang sesuatu untuk mencapai niatnya itu. Tapi Husam Musa lebih tahu bahawa bukan mudah untuk menduduki kerusi Presiden tersebut lebih-lebih lagi beliau perlu berhadapan dengan tokoh ulama terbilang. Beliau tahu kalau beliau bertanding kerusi presiden melawan Tuan Guru Hj Hadi, beliau akan kalah teruk dan seolah-olah hilang wang pertaruhan. Beliau juga tahu beliau tidak boleh kelihatan menentang Tuan Guru Presiden secara terbuka kerana kalau nampak jelas dalam suasana sekarang maka sudah tentu seluruh ahli PAS akan bersatu menentang beliau. Maka sebab itulah Husam perlu melakar perancangan dan strategi yang cukup teliti untuk menjayakan cita-citanya tersebut.

Jadi, apakah akal dan perancangan Husam?

1.Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden

Semua orang terkejut beruk bila bulan lepas, Tok Guru Nik Aziz kata usaha menukar kerajaan sekarang bukan macam angan-angan mat jenin. Kenapa tok guru perlu menggunakan perkataan mat jenin dalam kiasannya? Tidakkah Tok Guru tahu bahawa kiasan tersebut dipopularkan oleh Tuan Guru Presiden? Tidakkah Tok Guru baca atau dibacakan akhbar yang menyiarkan berita bahawa Presiden PAS ada menyebut tentang angan-angan Mat Jenin bila memperkatakan tentang kerajaan baru pada 16 Sept yang lepas? (yang cuba dipadamkan oleh syed Azman dengan menipu wartawan harakah). Kalau tok guru tahu, sedar dan baca kesemuanya, mengapa perlu menempelak Tuan Guru Presiden secara terbuka. Takkanlah hanya kerana nak menyokong kerajaan baru yang belum tentu boleh wujud dan berkemungkinan besar tidak akan jadi, tok guru nak gadaikan semangat ukhuwwah Islamiyah dan Mahabbah dengan Presiden sendiri. Takkanlah kerana nak menyokong Anwar, Tok Guru mahu supaya ahli PAS melihat ada pertembungan diantara Mursyidul Am dengan Presiden? Takkanlah kerana percayakan Husam, Tok Guru nak merendah-rendahkan martabat Tuan Guru Presiden?

Apa yang saya khuatir, Tok Guru tidak mendapat maklumat yang sebenarnya....sama macam kes Dato' Pa - apabila Tok Guru dikatakan mengaku tak baca keseluruhan kenyataan Dato' Pa. Apa yang lebih saya khuatir, Tok Guru sedang digunakan oleh Husam Musa dan geng erdogannya untuk meruntuh kepimpinan ulama PAS.

Yang pastinya Tok Guru Nik Aziz seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan Tuan Guru Presiden. Ini adalah amalan yang tidak sihat didalam jamaah kita. Muktamar telah melantik Tuan Guru Hj Hadi sebagai Presiden PAS, maka kita hendaklah patuh dan taat kepada kepimpinan beliau dan membenarkan beliau memacu jamaah mengikut acuan beliau selagimana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan AlHadis. Manakala Mursyidul Am hanyalah "advisory post" disamping mempengerusikan Majlis Syura dan bukannya kuasa eksekutif di dalam parti. Tetapi apa yang berlaku Muryidul Am lah yang paling banyak mengeluarkan kenyataan berkaitan parti berbanding Presiden. Semoga Tok Guru Nik Aziz memahami dan difahamkan bidangkuasa beliau sebelum ahli hilang rasa hormat kepadanya.

Yang lebih saya khuatir perancangan melagakan kepimpinan ulama kita ini adalah berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan harapan ahli akan hilang keyakinan kepada ulama dan memilih bukan ulama sebagai pemimpin nanti.


2. Menggunakan pengaruh Mursyidul Am

Semua orang sedia maklum bahawa Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz dalam banyak hal. Walaupun kadangkala Tok Guru berjaya disedarkan oleh kaum keluarganya dan kawan rapatnya, tetapi bila Husam muncul saja semuanya akan bertukar balik seolah-olah macam dipukau....entah ilmu apalah yang dipakai Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz. Entah kenapalah Tok Guru Nik Aziz begitu sayangkan Husam walaupun lebih separuh daripada ahli perhubungan PAS Negeri Kelantan tidak menyukai beliau dan lebih separuh daripada ADUN PAS di Kelantan pun tidak menyukai beliau kerana mereka terlebih maklum akan sifat dan amalan kejinya.

Yang jelasnya Tok Guru Nik Aziz memang terlalu sayangkan Husam sehingga dia pernah berkata bahawa Husam layak menjadi Presiden PAS!!!! (na'uzubillah)

Kata-kata inilah yang ditungu-tungu oleh Husam dan atas sebab itulah Husam bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu dan kumpulan Erdogannya seringkali menggunakan nama Tok Guru Nik Aziz sebagai hujah mereka. Nama Tok Guru Nik Aziz dijaja merata-rata sehingga ke blog-blog mereka bagi membenarkan usaha jahat mereka. Jangan terkejut jika nanti mereka akan berkata bahawa Mursyidul Am lah yang menyuruh Husam lawan Presiden.


3. Merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS

Satu fahaman yang cuba ditanam ke dalam minda dan pemikiran ahli-ahli PAS ialah ulama tidak faham siasah dan tidak pandai berpolitik.
Mereka mungkin pandai baca AlQuran dan Alhadis tetapi tidak pandai menyusun strategi politik dan tidak pandai mengadaptasikan ayat-ayat yang dibaca ke dalam realiti semasa.
Sebab itulah bila Tuan Guru Presiden beristikharah sehingga diilhamkan dengan Surah Al-Anfal, mereka cuba mempermainkannya. Mereka mencari pendapat yang paling tidak diterima oleh jumhur bahawa ayat tersebut telah mansuh semata-mata untuk menimbulkan keraguan ahli terhadap kehendak ayat tersebut.

Dan bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran - maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir. Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir AlQuran ikut kehendak semasa. Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran.

Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau kita hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka kita hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda bahaya yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa kita sedari.


4. Menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi

Satu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Trengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Trengganu. PAS Trengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Trengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Trengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Trengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Trengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Trengganu dicanang merata-rata.

Apakah tujuan mereka sebenarnya??? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Trengganu dan pernah memimpin PAS Trengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Trengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia.

Begitulah hinanya taktik dan perancangan mereka. Kenapa perlu dimainkan sentimen kenegerian (Trenganu ke Selangor ke) sedangkan itu adalah perancagan jahat Yahudi yang cuba memecahkan Islam dengan sempadan negeri – sedangkan kita satu Jamaah yang mempunyai amal jama’i dan asas-asas ukhuwwah. Kita laksana batu bata yang kalau dicubit peha kanan terasa di peha kiri. Kalau kita rasa sahabat kita di Trengganu ketinggalan dan lemah dan kalau kita perasan yang PAS Negeri kita yang terlebih pandai strategi, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk turun menolong atas rasa mahabbah dan ukhuwwah bukannya tulis di dalam blog untuk mengaibkan mereka dikhalayak dan mendabik dada kununnya dia tahu punca kekalahan PAS di Trengganu.


5. Bergerak secara berkumpulan

Seolah-olah telah wujud apa yang dikatakan tanzim di dalam tanzim (ini adalah kepakaran Abu Iman dan Abu Urwah). Kumpulan Erdogan ini sering berjumpa dan bermesyuarat sesama mereka terutamanya sebelum dan sesudah mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka merancang secara berkumpulan untuk menangani sebarang isu di dalam Parti. Sebab itulah tidak hairan jika didalam ceramah-ceramah dan tulisan mereka, mereka memainkan isu-isu yang lebih kurang sama. Mereka sengaja “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan bahawa ada usaha untuk membawa PAS masuk UMNO. Sedangkan sudah berapa puluh kali dinafikan oleh Presiden dan Timbalannya, tetapi mereka masih tetap memainkan isu tersebut. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kemarahan ahli terhadap Presiden dengan cuba menuduh Presiden menipu ahli.

6. Menggunakan bloggers

Semua orang sedia maklum siapa Kickdefella. Terang-terang Husam mengupah beliau menulis blog dan dan mengunakannya untuk menyampaikan propaganda beliau dan kumpulannya. Begitu juga bloggers yang lain seperti Penarik Beca, Tulang Besi, Khalid Samad dll – semuanya adalah tali barut kumpulan Erdogan yang terang-terang menyerang kepimpinan ulama PAS dengan seribu satu alasan. Mereka sengaja mereka-reka cerita dan teori untuk menimbulkan keraguan dan syak wasangka ahli terhadap kredibiliti kepimpinan ulama PAS.


7. Menggunakan Harakah

Harakah ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama Husam dan kumpulan Erdogannya dalam merealisasikan cita-cita mereka. Pengarah Urusan Harakah sekarang ini ialah Dato’ KJ. Kita dah sedia maklum siapakah Dato’ KJ dan siapakah bosnya. Sebab itulah Dato’ KJ secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya. Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru Presiden seringkali pening kepala dengan dua media rasmi utama PAS ini. Beberapa kali dikatakan bahawa beliau agak marah dengan akhbar Harakah dan Harakahdaily yang gagal mencerminkan lidah rasmi PAS dan gagal menyiarkan berita yang dianggap penting untuk disampaikan kepada ahli. Amat malang bagi seorang Presiden parti bila dia melantik seseorang untuk menerajui Akhbar Harakah dan Harakahdailiy tetapi mereka tidak mengikut arahan beliau. Saya rasa dah tiba masanya Presiden menggunakan kuasanya untuk melantik orang lain demi menyelamatkan akhbar Harakah dan Harakahdailiy daripada terus dikuasai oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri.


7. Membeli Negeri dan Kawasan

Setelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah. Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya. Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu. Husam memang pandai kerana dia belajar daripada UMNO dan mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang. Dia tahu bahawa kawasan-kawasan atau negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya. Ada juga dikalangan pimpinan kita di Perak dan negeri2 yang lain yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan. Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan di dalam muktamar yang akan datang.

Saya harap ahli dan pimpinan kita diperingkat cawangan, kawasan dan negeri tidak sebodoh itu diguna dan digula-gulakan oleh Husam dengan wang ringgit sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan asas-asas perjuangan kita.


8. Memujuk Presiden untuk melepaskan jawatan

Diberitakan bahawa telah ada usaha-usaha untuk memujuk Tuan Guru Hj Hadi melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS. Sebagai ganti beliau akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS setelah Tok Guru Nik Aziz dikatakan bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk memberi laluan kepada beliau. Dengan cara itu mudahlah Husam naik menduduki kerusi Presiden. Tetapi saya tidak fikir Tuan Guru Presiden kita akan terpedaya dengan taktik bodoh seperti itu. Beliau seribu kali lebih cerdik daripada Husam Musa dan geng Erdogannya.


Kesimpulannya, Husam Musa memang berusaha keras untuk menjadi Presiden PAS. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan cita-cita tersebut. Pokoknya.. matlamat mesti menghalalkan cara. Cuma mungkin beliau terlupa bahawa disebalik perancangan beliau, Allah juga merancang untuk menyelamatkan kesucian perjuangan Islam. Semoga PAS dijauhi daripada pemimpin yang tamak kepada kuasa dan pangkat.

Kepada kumpulan Erdogan, kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat, janganlah menjadi penyumbang kepada kejayaan perancangan yahudi dan barat yang ingin melihat gerakan Islam berpecah dan lemah. Kembalilah memberi wala dan taat kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden. Semoga perjuangan kita diberkati dan di redhai Allah. Jika Allah redha cukuplah untuk kita walaupun kita kalah dan walaupun tidak diredhai dan disukai oleh munafiqin dan musyrikin.

Monday, September 22, 2008

Husam Salahguna Kuasa?

* Artikel ini saya terima menerusi email oleh seseorang yang menggelarkan dirinya pemerhatihusam. Sekiranya benar, saya akan usahakan laporan BPR dibuat ke atas beliau.


Saya Memohon disebarkan diblog anda, maklumat diperolehi adalah benar..tq

Saya tertarik memberi sedikit sebanyak tentang penyalahgunaan kuasa yang dilaku oleh Dato Husam Musa terutama di Kelantan. Sebagai Orang biasa dan pemerhati politik, saya banyak mendengar tentang kroni-kroni dan syarikat yang di taja oleh Husam Musa di Kelantan. Antara syarikat yang saya amati ialah kebanyakan nya dibawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Contoh yang saya kenal pasti mengikut risikan saya ialah satu Bangunan Khas bertempat di sebelahan Jalan Telipot , di situ terletak syarikat yang ditaja oleh HUSAM Musa iaitu syarikat Global Media Channel (syarikat IT ) atau ipglobal.tv dan PMBK SAWIT. Husam Musa menggunakan syarikat itu untuk kepentingannya sendiri, saya dapati pekerja yang bekerja di syarikat Global Media Channel tidak mempunyai EPF dan PERKESO padahal dah lebih setahun beroperasi dan staff 30 org pekerja…saya ada bertanya kepada pekerja di sana , rupa-rupanya syarikat itu sudah setahun beroperasi , mereka membuat siaran langsung melalui Internet di web ipglobal.tv, bagi setiap negeri pembangkang yang memerlukan siaran langsung di internet, hasil perolehan menjangkau 20k-30k dari perniagaan itu di rahsiakan, saya ada bertanya pada kakitangan di situ…rupa-rupanya Kroni –Kroni Husam Musa di syarikat Global Media telah mengelap duit syarikat tanpa membuat EPF dan PERKESO kepada pekerjanya, padahal pekerja mereka telah lama bekerja dan ada jugak di buang tanpa notis .Pekerja di situ meragui kenapa ada unsur-unsur penipuan dibawah syarikat tajaan Husam Musa , mungkin Husam Musa ada mempunyai agenda jahat tertentu .Penulis Blog Kicdefella(syed azidi) dan Hisham dua org suruhan Husam Musa yang di beri amanah menjaga syarikat Haram Husam Musa itu. Memandangkan banyak pekerja di buang sesuka hati dan pekerja takut untuk melaporkan kepada pihak berwajib hak mereka seperti EPF dan PERKESO , mereka terus di tipu oleh Husam Musa dan kroninya.

PMBK SAWIT yang jugak bersebelahan dengan Global Media Channel, ia merupakan syarikat cawangan dibawah tajaan Husam Musa jugak memandangkan ramai-ramai kroni Husam Musa, rupa-rupanya Husam Musa telah banyak melibatkan diri dalam syarikat-syarikat di Kelantan di bawah PMBK(PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN), dengan cara itu dia berkuasa membolot duit rakyat kelantan untuk kepentingan dia dan kroninya…itu terjadi pada Air Kelantan, Air kelantan jugak dulu pernah di ganggu oleh Husam Musa, sehingga Pegawainya melaporkan pada Tuan Guru Nik azik, tapi Tok guru macam tak percaya penglibatan Husam Musa.

Saya juga terkejut ada kawan-kawan saya yang ingin memohon projek balak ,takut untuk berjumpa dengan Husam Musa, padahal dengan exco seperti Nik Amar amat mudah memberi kelulusan balak kpd org melayu yang syarikat kecil…tapi berbeza Husam Musa..rakyat begitu takut untuk berjumpa dengannya untuk mendapat kelulusan balak..Kenapa ini terjadi? adakah HUsam Musa Memanupulasi duit rakyat Kelantan, saya mintak BPR siasat penglibatan HUSAM Musa dalam beberapa syarikat yang di bagitahu di atas.


Pemerhati Politik yg telus,

Friday, September 19, 2008

Kenapa Mustafa Ali Di Serang?

Saya baca berulangkali kenyataan Dato' Pa yang kununnya menimbulkan kemarahan Tok Guru Nik Aziz. Saya cuba mencari di mana silapnya sehingga Dato' Pa diserang macam "tiada esok bagimu". Saya mencari dan mencari...akhirnya saya berjumpa.

Sebenarnya tidak ada silapnya kenyataan Dato' Pa tersebut. Kalau Husam Musa boleh buat hipotesis PAS akan berpecah takkanlah Dato' Pa tak boleh buat hipotesis kerajaan tidak akan bertukar pada 16 September. Dato' Pa hanya menyatakan bacaan politiknya berdasarkan ilmu dan pengalamannya yang akhirnya ternyata kebenarannya apabila kerajaan baru tidak pun terbentuk pada 16 September. Dato' Pa dah kata tak boleh nak tumbang kerajaan yang sedia ada kalau parlimen tidak bersidang. Tidak pernah berlaku dan tak boleh berlaku. Salahkah pandangan beliau? Tentu tidak salah dan telah terbukti kebenarannya kerana sekarang barulah Anwar terhegeh-hegeh nak suruh Pak Lah buat sidang parlimen tergempar sebab nak buat undi tak percaya. Kenapa dulu tak dengar pandangan Dato' Pa. Kenapa nak serang tak tentu pasal?

Saya rasa saya tahu kenapa. Rupa-rupanya ada orang berangan-angan nak duduk kerusi Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPPP). Ramai yang tak puas hati duduknya Dato' Pa dikerusi tersebut. Lebih-lebih lagi puak erdogan dan Anwar Ibrahim. Anwar mesti tidak lupa betapa susahnya beliau bila berurusan dan berbincang dengan Dato' Pa bilamana nak menentukan kerusi untuk PAS & PKR bertanding pada pilihanraya yang lepas. Anwar mesti tahu bahawa Dato' Pa lah orang yang paling kuat mempertahankan peruntukan kerusi untuk PAS. Anwar juga tahu Dato' Pa tidak mudah mengikut cakapnya malah selalu tidak bersetuju dengannya dalam banyak hal demi mempertahankan kepentingan PAS (bukan macam geng erdogan yang telah dicucuk hidungnya oleh Anwar). Anwar juga terlebih tahu bahawa Dato' Pa ada menyimpan beberapa rahsia peribadinya.

Maka disebabkan faktor-faktor tersebutlah, maka Dato' Pa dianggap merbahaya untuk survival Anwar dan kumpulan erdogan di dalam PAS. Mereka mesti berusaha supaya kerusi Ketua Pengarah JPPP bukan lagi milik Dato' Pa pada pilihanraya akan datang.

"Pucuk dicita ulam mendatang". Bila keluar sahaja kenyataan Dato' Pa berkenaan kerajaan baru pada 16 September tersebut, maka digunakan semaksima mungkin oleh geng erdogan (yang menjadi budak suruhan Anwar) untuk menyerang Dato' Pa habis-habisan. Mereka sengaja memanipulasi dan menggambarkan bahawa kenyataan Dato' Pa tersebut adalah bersifat menentang pembentukan kerajaan baru PR dan melanggar keputusan muktamar untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Digambarkan juga seolah-olah Dato' Pa hendak supaya PAS bergabung dengan UMNO. Dan gambaran yang salah itulah yag telah diberitahu kepada Tok Guru Nik Aziz sehingga menimbulkan kemarahan beliau (sedangkan tok guru tak baca habispun kenyataan Dato Pa tersebut). Sedangkan kalau dibaca betul-betul kenyataan Dato Pa tersebut tidak ada pun kenyataannya yang nak suruh PAS bergabung dengan UMNO atau nak menyerang Pakatan Rakyat. Beliau hanya menyatakan pandangannya berkenaan pembentukan kerajaan baru pada 16 September, 2008. Itu sahaja.

Diantara yang menjadi balaci dan budak suruhan Husam dan geng erdogannya untuk menyerang Dato' Pa ialah Khalid Samad yang telah menyerang Dato' Pa melalui beberapa artikel di dalam blognya. Mungkin khalid tak sedar jasa Dato' Pa terhadap beliau ataupun mungkin mereka diajar untuk tidak mengenang jasa. Mereka sanggup menyerang sesama sendiri secara terbuka demi menyelamatkan "orang luar". Pelbagai usaha, desakan dan tekanan dikenakan ke atas Dato' Pa dengan harapan beliau akan melepaskan kerusi Pesuruhjaya PAS Trengganu dan Ketua Pengarah JPPP.

Saya amat berharap Dato' Pa akan tabah seperti selalu dan lebih kental untuk menyanggah anasir-anasir asing dalam jamaah kita yang makin menular dan berleluasa sekarang ini.

Wednesday, September 17, 2008

Husam Jangka PAS Berpecah

Husam Musa tidak habis-habis dengan hipotesisnya. Sebutlah apa pun terma yang Husam nak sebut, tetapi tulisan/pandangan/ anggapan/teori/hipotesis beliau dalam blognya mengundang pelbagai kemungkinan. Dan kemungkinannya yang Husam dah tahu dan sedang usahakan ialah PAS akan berpecah!

Saya letak di sini petikan tulisan beliau didalam blognya :

"Adakah semua ahli Parlimen PAS akan menyertai kerajaan Abdullah-PAS atau setengahnya kekal dengan gagasan Pakatan Rakyat? Berapa yang kekal dan berapa yang beralih?"

"Jika yang kekal dengan Pakatan Rakyat adalah separuh, tidakkah nanti kumpulan UMNO yang akan bergabung dengan Anwar boleh mencukupi apa yang hilang?"

"Jika Anwar sudah mempunyai 30 Ahli Parlimen BN untuk menyeberang, Anwar hanya perlukan Muhyidin membawa sekitar sebelas orang sahaja lagi untuk menggantikan separuh ahli Parlimen PAS yang menyertai Abdullah. Bahkan sebahagian dari separuh itu boleh balik semula ke pangkuan Pakatan Rakyat."

Apa erti semua ini??? Apa maksud anda wahai Husam?? Apa sebenarnya yang ingin anda katakan? Oooo...anda ingin katakan kalaulah terjadi kerajaan PAS-BN, maka tidak semua MP PAS akan terlibat. Tidak semua MP PAS akan ikut arahan. Tidak semua MP PAS akan memberi wala' kepada keputusan jamaah. Dan yang pastinya andalah orang pertama yang tidak akan bersama dengan keputusan jamaah.

Sedih melihat seoang Naib Presiden PAS yang tidak tahu adab dan peraturan berjamaah. Tahukah Husam sebarang keputusan penting jamaah bukan presiden seorang yang boleh tentukan. Tahukah Husam kalau pun PAS nak bertahaluf dengan UMNO, mesti dibahas dan dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama terlebih dahulu dan satu Muktamar Khas mungkin perlu diadakan (saya kata "mungkin" perlu kerana dulu bila nak bertahaluf dengan PKR + DAP, kita tidak mengadakan muktamar khas pun).

Jadi, kalaulah betul tiba-tiba PAS nak bertahaluf dengan UMNO dan dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama dan Muktamar Khas - apakah Husam ingat ada MP PAS akan melanggar keputusan jamaah dan gagal memberi wala' mereka kepada pimpinan? Saya tak rasa begitu. Tapi Husam rasa begitu. Beliau seoalah-olah dah mengetahui berapa orang dan MP PAS mana yang tidak akan bersama dengan keputusan jamaah nanti. Beliau mengesahkan akan wujudnya golongan yang akan menentang keputusan jamaah dan bertindak keluar dari saf. Beliau mengesahkan PAS akan berpecah. Begitulah hebatnya hipotesis Husam Musa. Sayapun hairan bagaimana beliau boleh terfikir hingga kesitu.. melainkan memang beliau berfikir ke arah itu. Ataupun memang beliau berusaha ke arah itu!

Inilah padahnya bila hipotesis hanya menggunakan akal semata-mata tanpa ada sandaran yang kukuh dengan nas yang jelas. Sedarlah Husam bahawa PAS adalah sebuah jamaah Islam yang mana setiap langkah yang diatur mesti berpandukan Al-Quran dan Alhadis, bukan macam PKR.... akal macam Husam dan Anwar saja dah cukup.

Tuesday, September 16, 2008

Husam Tidak Ada Adab Berjamaah

* Komen ini dihantar oleh seseorang yang menggelarkan dirinya ilovetgnatghh. Saya letakkan disini untuk tatapan pembaca.

(izinkanlah tulisan ini diletak di muka depan blog anda. Ia membantu demi cinta pada Islam)

Dalam seribu pimpinan utama pas, saya salah seorang daripadanya. Saya tulis bukan suka - suka atau suka pada blog ini. Saya bukan berani, maka saya tumpang blog jenis ini. Saya hanya ada maklumat, tapi saya tak mampu berbuat apa - apa sebab saya takut saya dituduh jahat. Ambil maklumat saya dan simpan sebagai maklumat yang pembaca akan memahaminya nanti. Tak perlu percaya lagi, sebab saudara kena berusaha sendiri cari bukti. Saya tunjukkan jalan..

Saya cinta Islam dan saya cinta pas.

1. Husam banyak masalah dikelantan. walaupun dia disukai ramai bawahan kerana kebolehannya, dia tidak disukai pimpinan pas kelantan. dia jenis tak jaga adab jamaah dan parti. Orang pas mesti tahu bahwa jaga jamaah terlalu penting demi perpaduan.
TMB kelantan yang wara tu tak suka sangat2 pada husam. begitu nik amar, takiyudin, mohamad iraqi, nasrudin daud, dato halim, dato omar dan lain2. Pembaca boleh kata mereka dengki, tapi cuba fikirlah, takkan semua dengki pada husam. Takkan ketua ulama pusat pun ada dengki. Mudah, tanya mereka senbdiri lah.. nik abduh dikenal anti husam disana, tapi tak lah macam antihusamblogspot ni yang agak provokasi juga kadang2.
Hanya tgna yang masih sayang husam. sebab, tak ada siapa nak sebut buruk husam padanya. kalau ada pun, tgna payah percaya sebab husam banyak bantu beliau smpai tak nampak buruk lakunya dalam pas kelantan.
Husam selepas pilihanraya 12 tidak lagi berkuasa besar sebab barisan calon dan exco baru bukan caturannya.ramai tahu dan ketawa saja dgn kerenah husam.tgna tak ambil pandangannya. dia kecewa perancangan politikya gagal besar. Keinginannya menjadi mb nampak semakin sukar.

2.kini husam buat masalah dipusat pula lps tunjuk perangai dikelantan sana. isu sama. dia bukan jenis jaga adab jamaah. dia boleh tinggal tghh dan buat apa dia suka macam dia tinggal tmb kelantan dan campur urusan exco2 lain.
husam hanya sayang tgna.tak percaya tanya dialah.tapi, dia cukup panas pada tgna bila tgna tak ambil pilihannya dalam dan lps pilihanraya dulu. biasalah, sayang duniawi lebih berbanding alkhirat.
antara kelebihan husam ialah dia lantik dirinya jadi bendahari pas kelantan tak rasmi. dato anuar tan kata pas kelantan tak ada duit banyak. tapi semua orang tahu husam banyak duit berjuta juta.ini salah dalam jamaah islam. tgna aziz tak ambil tahu perihal wang.husam guna kekerangan ini untuk jadi raja duit. ingat, semua tahu dia jaga hatta ramli,bendahari pusat,sebab itu hatta terikut ikut budaya husam. sayang ya,dr pun kena kalah pada husam kerana duit..

3. krisis sekarang adalah kerana tghh tak macam tgna yang tak nampak bahaya husam.tghh nampak kelibt husam yang dah buat buruk di pas pusat. husam gagal tipu dan perguna tghh. mungkin tghh dah ada maklumat tentang husam yang buat perangai dklantan.
Husam tak hormat ulama. dia terlalu perasan lebih tahu politik, bahkan hukum siasah syariyah.

4.krisis hari ini berkait muqabalah bukanlah baru. ini hanyalah cerita kemuncak kecamuk dipusat.betul, tghh tidak dihormati oleh husam n puaknya lagi. semua ni bawaan budaya husam dikelantan. syed azman pun dah jadi tolol ta hormt pada tghh lagi.hatta,mahfuz dan khalid dah mula terikut2 budaya karut ini. dr zul orang cerdik jim pun nampak tunjuk muka hero juga. jangan mujahid dan saari sungib buat perangai mereka nih. kenalilah husam pada pandangan ulama. ulama bila ramai, mereka jarang silap tekaan.
alhamdulillah, tghh faham dan tak percaya husamdan idea2 gilanya untuk tentukan masa depan pas.husam cucuk tgna denagn idea runtuhkan BN cara dsai. tghh lebih faham demi islam bhw anwar perlu dikawal.tidakkah semua setuju anwar itu politikal animal? salahkah tghh letak syarat demi islam lebih terjamin?
perhatikan solan saya dengan betul;

1. Bila tgna aziz jarang ke pusat krn faktor kesihatan, boleh kah dia dapat gambaran sebenar lebih baik dr tghh yang sentiasa pengerusi mesyuarat pusat?

2. Salahkah tanggapan bahawa husamlah yag cucuk tgna denagnmaklumat bohong dan palsu. satu, orang kelantan percaya begitu.dua, tgna dah tunjuk benci pada org yang dibenci husam. hari ini, dato pa kena hentam teruk. semua terkejut.semua terkejut.semua terkejut ia datang dr mulut tok guru (jk benar anuar bakri ambil dr lidah tok guru dan salinnya dalan tulisan biasnya itu.anuar mmg dikenali org kuat husam mcm kickdepelala). Bolehkah anda bayangkan tgna macam anggap dato pa mcm dah kena cucuk umno? iilah mainan husam dan puaknya yang cuba renggangkan hubungan tgna dengan orang yang antinya.orang pusat tahu dato pa ni mmg kenal sangat husam.dia lama dlm pas lebih dr tgna walaupun tgna lebih tua. Jasa dato pa siapa boleh tolak?jgn terkejut, jk tgna hentam tghh pula. hanya keberanian boleh menyedarkan tgna dr cucukan husam. siapa pimpinan pas yang berani ketuk tgna sikit agar dia sedar kesilapannya. Siapa tak sayang tgna. semua sedih dan jika berterusan, mungkin ramai menangis tgna dan tghh bertembung. yang tak sedih adalah munafik, setuju?Ingat, perbalahan adalah isu strategi.biasa saja seorang tok guru,tghh ke atau tgna boleh silap caturan.. tp bila tgna hentam sama sendiri, nampak sangat dia dipukau husam denganmaklumat tak betul. Kerana strategi, tgna aziz hentam dato pa. Sedihkan?

3.Jk kita mahu dap faham islam, tidakkah kita juga kena faham dap pun mahu kita faham dan ikut cara mereka? Jika kita nampak umno itu munafik bahaya, tidakkah kita diajar juga kafir juga bahaya? dap lebih lantang anti islamnya berbanding mca dulu. mengapa tiba2 kita mcm yakin dap tak bahaya?
Salahkah tghh sebagai presiden minta kita hati2 dlm menentukan strategi PR? Kita mahu islam dlm kerajaan baru dibuka jalan. Dap mahu jln cara mereka dibuka. dsai ditengah2.anda yakin dsai akan dengar pas sdg dalam PKR, non muslim selantang dap mengelilingi dsai? anda yakin dsai tak tipu sdg dia politikal animal? dsai kan puji salman rushdi? ada dia tarik balik?dsaikan setuju ifc? ada dia tarik balik? dsai lebih baik dr paklah, ya. tapi, dsai lebih sayang islam dr tghh, tidak!

4. mengapa husam canggah tghh dlm harakah yang minta jumlah ahli parlimen islm mesti majoriti sbgai pengimbang dan pembantu jk dsai terseleweng dlm kerajaan baru? Yakinkah husam pada yang tak pasti lagi bhw ahli umno akan lompat scra automatik lps tubuh kerajaan baru? tghh minta barang pasti untuk islam sdg husam hanya meneka dan meletak islam dlm sebut harga dan tender terbuka? Siapa lbh menjaga islam? otak ulama atau otak husam?

5. Pulau pinang hr ini adalah singapura kita dulu. Ia adalah ngeri cina dlm hukum politik. gerakan,mca umno tahu tiada lagi harapan untuk ambil alih. bahkan gerakan pun tak kisah. Ingat, pelabur cina taiwan boleh hidupka penang walaupun diasak pusat. penag bukan kelantan yang tiada rakan luar negara.

6. guan eng baik. dia mahu tunjuk adil itu tak mesti dengan islam. dia mahu tunjuk bhw tanpa islam pun dia boleh jadi mcm omar abdul aziz. dia baik dan mahu ahli pas terima dap dan cita2 tetap negara sekularnya. kita bertembung dengan dap dlm mencacak senario politik baru dimlaysia. non muslim guna anwar sesevbenarnya. Adakah PAs yakin boleh guna dsai dengan mudah?

7. masa muqabalah dulu, husam kata tim presiden, dato pa gila kuasa untuk join bn. Tp semua meleset sbb confirm oleh syura bhw join BN adalah NO! Muqabalah hanya saluran dakwah. Penuh nas dan hujah.Sekarang husam n geng jajat negeri sebut jwtan pas sebagai menteri itu ini dlm kerajaan PR. Siapa gila kuasa??? Siapa presiden PAS? TGHH atau husam? Kan betul, husam mana ada hormat org? mana tahu adab jamaah? Semua di pusat tahu betapa husam bincang dsai tanpa restu tghh n syura. dia tunjuk pandai di pusat mcm dia buat di kelantan sampai meluat habis pimpinan kelantan?
salahudin pemuda jenis betul bentul.nik abduh sekali panas sekali sejuk..

Saya mahu sudahkan di sini. pembaca boleh menilai bahawa krisis sedang berlaku. Hanya kefahaman dan kemampuan menghukum akan menyelanmatkan pas. Saya hanya ingin berpesan sebagai seorang muslim. tgna dan tghh akan mati tak lama lagi. yang tinggal tak matia dalah pas. pas untuk dipimpin org macam tghh atau mcm husam di masa depan? JANGAN TINGGALKAN LEGASI GILA UNTUK ANAK ANAK DI HARI DEPAN. BERSAMA SELAMATKAN PAS.

September 16, 2008 3:21 AM

Monday, September 15, 2008

Apa Dah Jadi Dengan Tok Guru Nik Aziz?

Saya dah baca satu kenyataan yang kununnya ditulis oleh TGNA yang membelasah Dato Mustafa Ali berkenaan kenyataan beliau yang tidak percaya perubahan kuasa akan berlaku pada 16 September, 2008.

Saya tak percaya itu adalah tulisan TGNA ataupun kenyataan yang keluar dari isi hati dan lidah beliau. TGNA yang kita semua kenal tidak pernah menyerang peribadi seseorang secara terbuka lebih-lebih lagi sesama pimpinan PAS. TGNA yang kita semua kenal tidak pernah lekang mulutnya dan kenyataannya dari menyebut ayat-ayat suci Al-Quran atau AlHadis sebagai sandaran.

Saya percaya Husam Musa dan/atau team erdogannya berperanan besar untuk mengeluarkan kenyataan tersebut....samada disedari oleh TGNA ataupun tidak. Mana mungkin TGNA menyebut perkataan "Standing Ovation" dalam kenyataannya. Lebih-lebih lagi fakta yang kununnya Muktamar memutuskan untuk mengukuhkan pakatan rakyat secara "standing ovation" adalah tidak tepat sama sekali.

Dato' Pa tidak pernah melanggar keputusan syura. Yang melanggar keputusan syura ialah Husam Musa, Dato' KJ + geng erdogannya dan termasuk TGNA sendiri. Semua perwakilan dalam Muktamar sedar bahawa TGNA tidak mengikut ketetapan syura apabila beliau terang-terang tidak setuju muzakarah/muqabalah dengan UMNO diteruskan walaupun telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Dah la dia dipaksa untuk bercakap bagi membahaskan usul (tidak pernah berlaku dalam sejarah muktamar Musyidul Am terpaksa bangun berucap untuk membahaskan usul semata-mata dan selepas itu terus balik), ucapannya pulak yang lebih banyak berkisar tentang kebobrokan UMNO dan tidak perlunya diadakan apa-apa rundingan/kerjasama dengan mereka. Dan yang menyedihkan ialah pandangannya itu diberikan tanpa berdasarkan apa-apa hujah atau nas dari Al-Quran mahupun AlHadis. Kalau Majlis Syura membuat keputusan berdasarkan kepada hujjah dan nas, kenapa TGNA tidak memberikan sebarang nas untuk menolak atau tidak bersetuju dengan keputusan syura tersebut?

Kemudian kenyataan yang kununnya dari TGNA tersebut menyebut "Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno." Takkanlah bila Dato' Pa suarakan pandangan peribadinya terhadap temberang Anwar terus nak dicap sebagai lidah UMNO? ("temberang" kerana confirm kerajaan tak bertukar pada 16 Sept). Takkanlah TGNA sebagai seorang musyid tergamak nak tuduh pimpinan PAS sendiri macam tu. Takkanlah TGNA sebagai seorang mursyid tidak boleh terus mengubungi Dato' Pa dan tanya beliau sendiri tentang maksud kenyataannya tersebut tanpa perlu menyerang peribadi beliau secara terbuka. (Kalau antihusam yang buat takpa la juga...sebab saya bukan tok guru).

Disebut juga bahawa Trengganu tersalah pilih Pesuruhjaya. Siapa yang pilih pesuruhjaya ni? Bukan rakyat Trengganu yang pilih dan bukan PAS Trengganu yang pilih..tapi dipilih oleh Presiden dengan persetujuan AJK PAS Pusat. Takkan TGNA tak tahu prosedur?? Jangan nanti orang kata PAS tersalah pilih Mursyidul Am pulak.

Dan diperenggan terakhir kenyataan tersebut telah disebutkan tentang keluarnya Dato' Asri sebagai presiden PAS ketika itu kedalam UMNO. Apa motif kenyataan ini? Kalau TGNA ada masalah dengan Tuan Guru Presiden, hubungilah beliau dan berbincanglah secara ilmiah dan ukhuwwah Islamiyah... jangan mendengar dakyah Husam dan gengnya semata-mata yang hanya mahu melihat kepimpinan ulama PAS bertelagah sesama sendiri.

Kalaulah betul keseluruhan tulisan itu adalah terbit dari isi hati dan lidah TGNA sendiri...saya hanya mampu bersedih dan kecewa dengan perubahan yang telah berlaku ke atas tok guru yang kita sayangi. Sedarlah bahawa tok guru telah cuba dibawa masuk kedalam perangkap yang dipasang oleh Husam. Kesimpulannya, Anwar punya mainan dan jarum liberalnya secara senyap telah berjaya masuk ke dalam PAS melalui Husam Musa dan team erdogannya. Dia hanya tersenyum melihat pimpinan Ulama PAS bertelagah sesama sendiri. Semoga Tuan Guru Presiden dapat berbuat sesuatu sebelum terlambat.

Monday, September 8, 2008

Dato' KJ Minta Talian Hayat

Tarikh 16 September, 2008 akan menjadi tarikh keramat untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim. Survival politik DSAI banyak bergantung kepada tarikh tersebut. DSAI telah berjanji dengan seluruh rakyat Malaysia bahawa pada 16 Sept akan terbentuklah kerajaan Malaysia baru yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Tentunya tarikh tersebut menjadi satu igauan ngeri untuk Pak Lah, UMNO dan Barisan Nasional sehingga dikeluarkan sebahagian besar ahli parlimennya ke luar negara. Tarikh tersebut juga rupa-rupanya telah menjadi mimpi (khayalan dan angan-angan) indah buat sebahagian daripada ahli dan pimpinan PAS terutamanya Husam Musa dan geng "Erdogan"nya...mungkin disebabkan oleh mengharap kepada habuan tertentu.

Mereka sanggup menyanggah Majlis Syura dan Tuan Guru Presiden semata-mata kerana tarikh keramat tersebut. Mereka cukup percaya dan yakin dengan sesungguh-sungguhnya bahawa DSAI berkata benar kerana (bagi mereka) beliau tidak pernah menipu ahli PAS dalam hidupnya!

Sebab itulah tidak hairan kenapa mereka begitu terhegeh-hegeh untuk bersama disisi DSAI setiap kali beliau mengadakan sidang akhbar. DSAI semestinya pemimpin agung bagi mereka...tiada tolok bandingnya. Malah, Tuan Guru Hj Hadi pun tidak setanding beliau dan tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri (tak percaya boleh tanya Syed Azman - nanti saya ulas cerita beliau di artikel lain). Maka bekerja keraslah mereka terutamanya Husam untuk membantu pemimpin agung mereka itu dalam meyakinkan rakyat Malaysia tentang betapa benarnya perubahan yang bakal berlaku pada tarikh tersebut. Sehinggakan Tuan Guru Nik Aziz pun turut diseret untuk terlibat dalam gerak kerja mereka, sehingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan yang beliau sangat yakin akan berlaku perubahan seperti yang dirancang pada tarikh tersebut.

Tetapi secara tiba-tiba, orang kuat DSAI dalam PAS, Dato' Kamarudin Jaafar yang merupakan Setiausaha Agung PAS (yang cuba memporakperandakan perjalanan muktamar PAS baru-baru ini), telah mula mempunyai pandangan yang agak berbeza. Dalam wawancara beliau dalam harakah baru-baru ini, beliau telah berkata :

"Tarikh 16 September itu sebagai tarikh yang disebut Anwar beberapa minggu selepas 8 Mac lalu, kita tentunya harap ia akan berlaku sebagaimana yang beliau usahakan itu. Tetapi walau apapun yang berlaku hingga 16 September ini, kita tidak semestinya terikat pada mana-mana tarikh tertentu, seberapa cepat mungkin kita perlu diberikan tangungjawab membetulkan dan memperbaiki negara kita ini.
Tetapi kalau tidak dapat capai dalam masa tertentu kita akan teruskan lagi bawa usaha perubahah sebagaimana kita janjikan dalam setiap kempen pilihan raya umum bahawa kita sentiasa menjanjikan dan nyatakan hasrat jadi kerajaan dalam pilihan raya.
Justeru kali ini kita juga terus menjanjikan harapan itu dan hasrat itu kepada rakyat bahawa jika diberi kepercayaan dalam PRU atau dalam proses Parlimen seperti yang sedang diusahakan sekarang ini kita akan usahakan. Pada saya PAS sendiri tak terikat kepada mana-mana satu tarikh khusus.
"


Apa dah jadi ni Dato'? Dato' tak pecaya ke? DSAI mana boleh tipu orangkan? Kalau dia dah kata 16 Sept pasti bentuk kerajaan....mesti jadi punya. Dia kan ada keramat. Takkan Dato' tak pecaya.

Nampak jelas daripada kenyataannya yang Dato' KJ dah mula menghidu dan dah mula kurang keyakinan terhadap pembentukan kerajaan baru pada 16 September ini. Dato' KJ takut kalau 16 Sept tak menjadi, bosnya sukar dipercayai lagi terutamanya oleh ahli-ahli PAS. Jadi untuk menyelamatkan bosnya itulah maka Dato' KJ dengan segera meminta "talian hayat" atau "extension" - kalau tak jadi 16 Sept pun tak apa...PAS tak terikat dengan mana-mana tarikh!

Dahlah tu Dato'.....kalau tak jadi 16 September ni, sudahlah.... dah cukup PAS digula-gulakan oleh DSAI. Kalau Dato' nak ikut DSAI pun pergilah, jangan lagi dilibatkan PAS. Dan jangan lupa ajak sekali Husam Musa dan geng erdogannya.
Saya harap Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura akan bersidang selepas ini dan berbincang untuk memberikan hala tuju PAS yang jelas selepas 16 September ini. Nak buat macam mana "dah terhantuk baru nak tergadah". Dan yang pastinya Dato' KJ mesti sukar nak ikut keputusan Majlis Syura kan?? Saya nampak dia terkebil-kebil bila Dato' Timbalan Mursyidul Am (dalam mukatamar PAS baru-baru ini) bercakap ada pemimpin yang mempertikaikan keputusan majlis syura tahun lepas. Siapalah agaknya????

Wednesday, September 3, 2008

Jawapan Kepada Khalid Samad

Khalid Samad nampaknya cuba menegakkan benang yang basah dalam blognya di samping masih cuba menimbulkan keraguan pembaca terhadap kepimpinan Tuan Guru Presiden. Saya ambil kesempatan ini membalas jawapan beliau yang ditulis didalam blognya.

Khalid tulis :
"Hakikat bahawa ayat tersebut telah dinasakhkan mengikut sebahagian ulama’ diperakui oleh Tuan Guru sendiri di dalam ucapan beliau. Itu tidak seharusnya menjadi satu isu. Soal istikharah dan kedudukan Tuan Guru sebagai seorang ‘Alim juga tidak menjadi isu. Namun keputusan jemaah tidak boleh diputuskan atas hujjah istikharah pemimpin semata-mata. Mesti ada hujjah dan dalil yang lain. Kalau tidak tak perlu kita bersyura dan membahas dan membincang strategi dan taktik. Hakikatnya istikharah salah satu usaha tetapi ianya tidak merupakan hujjah muktamad dan tidak menjadi hukum Qat’i."

Kenapa Khalid masih nak timbulkan isu ayat 60-62 Surah Al-Anfal itu telah dimansuhkan. Nampaknya beliau masih cuba nak menimbulkan keraguan pembaca terhadap ayat tersebut yang sering dikupas dan dibahas oleh kepimpinan ulama PAS. Kalau Khalid dengar betul-betul ucapan Tuan Guru Presiden dalam Muktamar yang lepas, Tuan Guru menyebut walaupun ada beberapa pendapat yang mengatakan ayat tersebut mansuh tetapi ianya tidak diterima oleh jumhur. Kenapa Khalid tak faham.... atau buat-buat tak faham. Untuk pengetahuan Khalid, pendapat yang mengatakan ayat tersebut mansuh hanya disebut dalam Kitab Tafsir Qurtubi sahaja. Qurtubi menyebut bahawa beberapa pendapat daripada Qatadah, Ikrimah dan Ibn Abbas mengatakan ayat Surah Al-Anfal tersebut telah dinasakhkan dengan ayat 5 Surah At-Taubah. Tetapi Qurtubi sendiri berpendapat dan menyimpulkan bahawa pandangan mereka tidak betul. Selain daripada Kitab Tafsir Qurtubi tersebut tidak ada mana-mana Kitab tafsir lain yang mengatakan bahawa ayat 60-62 Surah Al-Anfal tersebut telah dimansuhkan. Ijma' ulama muktabar berpendapat bahawa ayat tersebut tidak pernah dimansuhkan. Harap Khalid dan kumpulan "Erdogan" yang lain faham maksud Ijma' Ulama dan berhenti dari mempertikaikan ayat tersebut. Kita tidak mahu insiden salah seorang Ahli JAwatankuasa PAS Pusat mempertikaikan Al-Quran berulang kembali. Insiden tersebut berlaku apabila ada Ayat AlQuran di sebut sebagai hujah di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, salah seorang AJK Pas Pusat (yang terjebak dengan kumpulan "Erdogan") boleh mengeluarkan kata-kata berikut : "betulla ayat Quran TAPI........" Saya berharap AJK PAS Pusat tersebut bertaubat dan kembali menjunjung Al-Quran. Tak perlu saya dedahkan namanya disini...sebab saya percaya dia termakan dengan dakyah Husam dan kumpulan "Erdogan"nya. Semoga beliau kembali kepangkal jalan.

Kemudian Khalid berterusan cuba merendahkan martabat dan kedudukan Tuan Guru Presiden. Kenapa soal istikharah dan kealiman Tuan Guru tidak boleh dijadikan isu. Itulah ciri-ciri utama pemimpin Jamaah Islam. Kalau Khalid tak pernah buat istikharah jangan pula pertikaikan istikharah Tuan Guru. Apabila orang alim atau para wali beristikharah dan membuat keputusan, Allah bersama mereka dan Allah lah yang memberikan mereka petunjuk. Pemimpin Jamaah Islam bukan membuat keputusan berdasarkan akal dan strategi orang-orang macam Khalid semata-mata. Kalau dah Tuan Guru beristikharah dan Allah telah tunjukkan kepadanya betapa relevannya Surah Al-Anfal tersebut sebagai hujjah dan dalil terhadap isu muzakarah dengan UMNO - apa lagi yang Khalid dan geng "Erdogan" yang lain mahukan???

Khalid tulis :
"Saya amat menghormati Tuan Guru Haji Hadi dan juga Tok Guru Nik Abdul Aziz. Setakat mana yang saya tahu, saya sentiasa bercakap dengan penuh hormat semasa bersama mereka. Kalimah ‘aku’ kadang2 saya gunakan semasa bergurau dengan sahabat handai, tetapi tidak sekali-kali semasa bercakap dengan mereka....."

Yang ni sah Khalid tipu, sebab telah disahkan sendiri oleh pemimpin lain yang lebih rapat dengan Tuan Guru Presiden. Lain kali sebelum bercakap tu fikir dulu, jangan main sembur saja.

Khalid tulis :
"Saya adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Pengerusi PASKAD iaitu unit kajian dasar dan stratejik PAS Negeri Selangor. Saya tahu apa yang berlaku. Namun saya merasakan masalah yang kita sedang hadapi dalam PR adalah perkara biasa. Baru 5 bulan bersama. Keadaan kongsi kuasa ini adalah keadaan baru bagi ketiga-tiga pihak, iaitu PAS, PKR dan DAP. Pasti berlaku kesilapan dan ketidak-serasian atas isu-isu tertentu. Itu biasa. Itu tidak bererti kita dianak-tirikan. Di sini mungkin ada khilaf di antara saya dan Ust. Salehin tetapi kita tahu adabul ikhtilaf dan tidak membodohkan satu sama lain."

Kenapa Khalid bercakap macam munafik. Dalam muktamar tempohari bukan main angkat kerajaan PKR Selangor. Kununnya tidak ada sebarang masalah antara PAS dan kerajaan PR Selangor. Sekarang dalam blognya mengaku pula ada masalah!
Tahu adabul ikhtilaf kunun.... habis kenapa tempelak Ust Salehin secara terbuka dalam muktamar bahawa bacaan beliau terhadap isu PAS dipinggirkan di Selangor adalah "meleset".
Mungkin adabul ikhtilaf versi Khalid Samad kot.

Khalid tulis :
"Sebenarnya, peruntukan untuk PAS diisi oleh orang PAS. Ada pula peruntukan untuk NGO dan Professional. Mr. Ang yang saya cadangkan adalah Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Berkeley. Saya cadangkan nama beliau untuk mengisi peruntukan NGO. "

Inilah strategi politik yang paling bodoh. Jangan cuba nak putarbelitkan fakta. Kalau pun itu adalah peruntukan NGO, tetapi masih PAS punya kuota. Cuba bayangkan peruntukan NGO PKR ada melayu ada cina dan ada india. Peruntukan NGO DAP hanya Cina dan India. Jadi, takkan lah PAS punya kuota untuk NGO pun nak bagi kat Cina kafir. Banyak lagi NGO Islam yang boleh kita tawarkan seperti ABIM, PKPIM, JIM dll. Sebab itu tidak hairanlah jika majoriti Ahli Majlis PBT di Selangor adalah terdiri dari orang bukan Islam... kerana adanya orang PAS yang berfikiran dangkal macam Khalid. Kalaulah ramai pemimpin di Selangor macam Khalid dah lama negeri sendiri tergadai.

Thursday, August 21, 2008

"Aku Engkau" Dengan Tuan Guru

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang adalah seorang tokoh ulama yang dihormati dan segani oleh setiap kawan dan lawan dari dalam mahupun luar negara. Ilmu dan amalannya dikagumi oleh setiap orang. Bangun ditengah malam untuk bertahajud menjadi amalan rutinnya yang tidak pernah ditinggalkan. Nikmat bermimpi bertemu Rasulullah sudah berkali-kali dirasainya. Solat Istikharah untuk membuat sesuatu keputusan ataupun mencari petunjuk adalah menjadi kewajipannya. Hinggakan untuk mendapat petunjuk Allah terhadap isu muzakarah PAS-UMNO pun Tuan Guru beristikharah selama tiga hari tiga malam. Yang mana akhirnya Allah menunjukkan kepadanya betapa Surah Al-Anfal Ayat 60-62 menjadi sangat relevan terhadap isu tersebut. Itupun masih ada yang meragui ayat AlQuran tersebut hingga sanggup mengupah orang mencari hujah untuk menolak ayat tersebut...dengan alasan kununnya telah dimansuhkan.

Setiap orang terutamanya ahli-ahli PAS sentiasa berebut-rebut dan mencari peluang bertemu, bersalam, mencium tangan dan memeluk tuan guru presiden. Bukan kerana taksub membabi buta tetapi ingin merasa ni'mat dan barakah bertemu dengan seorang tokoh ulama disamping mengharapkan doa dan shafaatnya untuk hari kemudian.

Dengan personaliti, ketokohan dan kewibawaan Tuan Guru Presiden sedemikian, sangupkah anda apabila bercakap dengan beliau menggunakan perkataan "aku engkau" dengan beliau? Saya percaya semua tidak sanggup (gamak) samada lawan ataupun kawan termasuk diri saya sendiri. Sebelum ini tidak pernah terlintas dihati saya bahwa ada orang yang sanggup berbuat demikian. Tetapi amatlah mengejutkan dan menyedihkan apabila sekarang saya tahu dan kenal siapa yang sanggup dan memang senantiasa bercakap macam tu. Tak perlu saya berselindung dan orang itu adalah KHALID SAMAD, ahli Parlimen Shah Alam dan seorang ahli dalam Lujnah Politik PAS.

Cubalah kita bayangkan betapa rendahnya martabat Tuan Guru Presiden menurut kaca mata Khalid Samad sehingga di"aku-engkau"kan. Kalau nak cakap "ana anta" pun kita rasa macam dah kasar inikan pula "aku engkau". "Ana anta" kalau ikut penggunaan bahasa Arab pun lebih kurang macam "aku engkau" juga. Kalau Hatta Ramli yang kurang ajar tu memang dia cakap "ana anta" saja dengan Tuan Guru Presiden. Tapi Khalid Samad ni dah lebih teruk dari kurang ajar. Biadab, takdak akhlaq dan menuju ke arah syakhsiyah jahiliyah. Orang UMNO pun tak cakap macam tu kat ketua mereka. Paling kurang mereka akan bahasakan PakLah atau Dato Seri.

Dalam Muktamar PAS baru-baru ni kita boleh lihat betapa Khalid Samad begitu terdesak nak jadi juara puak Erdogan dalam PAS. Ucapannya dalam membahaskan usul tempohari hanya menampakkan kebodohan beliau sendiri. Berapi-api macam sapi (yang kena cucuk hidung) tapi takdak isi. Beliau cuba berlagak pandai bila menceritakan kedudukan PAS dengan PKR/PR di Selangor sedangkan beliau tidak terlibat secara langsung dalam pentadbiran negeri Selangor. Apa yang dia tahu? Orang yang layak bercakap hanyalah Dato' Hasan Ali sebagai Exco kanan kerajaan negeri. Ust Salehin yang jadi wakil Selangor dalam mukamar tu pun layak bercakap dan dia lebih tahu dari Khalid sebab dia duduk dalam Majlis Pakatan Rakyat Negeri.

Apa yang Khalid Samad tahu?? Khalid Samad hanya tahu nak selamatkan bosnya, Husam Musa dan sudah tentu DSAI. Dia juga antara pimpinan PAS yang terlalu sayangkan cina kafir DAP dan cuba nak menjahamkan kedudukan Melayu/Islam di Selangor. Saya mendapat tahu bahawa kerusi Ahli Majlis Daerah Tempatan (PBT) di Shah Alam yang sepatutnya diperuntukkan untuk ahli PAS telah beliau cuba serahkan kepada orang Cina kafir!! (Nasib baik ditolak oleh DAP sendiri kerana cina tu tak disukai oleh DAP). Cukup bodoh dan bebalnya pemikiran Khalid Samad ni. Apa yang dia lakukan adalah perbuatan mengkhianat kepada orang Melayu/Islam yang tak boleh dimaafkan. Baru 5 bulan jadi YB dah nak tunjuk belang...perasan diri tu bagus sangat!

Kesimpulannya PAS kena buang dan turunkan pimpinan yang kurang ajar seperti beliau yang tidak melambangkan keperibadian Parti Islam. Lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri tidak ada rasa hormat sehingga bertindak menghina dan merendah-rendahkan martabat seorang ulama besar seperti Tuan Guru Presiden PAS sendiri dengan perkataan "aku engkau". Sedarlah bahawa tiada tempat untuk orang-orang yang biadab dan celupar terhadap kepimpinan ulama PAS seperti Khalid, Hatta Ramli, Hanifa Maidin dll.

* tambahan

Semalam di parlimen bila wakil DAP Chong Eng dan PKR (Zulkifli Nordin) bertelagah mengenai isu forum memeluk Islam anjuran Majlis Peguam, Khalid Samad macam biasa cuba nak jadi hero. Yang bangangnya bukan hero untuk Islam tapi hero DAP. Punyala Zulkifli Nordin mempertahankan rasional tindakannya bersama dengan penunjuk perasaan untuk menghentikan forum tersebut atas dasar mempertahankan agama Islam, si Khalid senang-senang mencelah dan cuba memenangkan dan mempertahankan Chong Eng yang mempertikaikannya. Hinggakan Chong Eng berterimakasih dan meminta orang lain mencontohi Khalid Samad yang beliau gelarkan "Islam Moderate". Nampaknya Khalid Samad lebih takutkan DAP dan tindakan disipilin Lim Guan Eng daripada takutkan ALLAH!

Tuesday, August 19, 2008

Hatta Ramli Kurang Ajar

Mukatamar PAS ke 54 dah berlalu. Banyak benda yang saya nak tulis kat sini lebih-lebih lagi peranan dan komplot Husam yang tak menjadi dalam Muktamar. Termasuklah peranan kuncu-kuncunya yang cuba nak menjayakan rancangan jahatnya hingga menampakkan kebodohan mereka.

Tetapi ada satu insiden yang cukup melampau yang telah dilakukan oleh salah seorang balaci Husam iaitu Dr. Hatta Ramli yang cukup kurang ajar dan cuba mempermainkan kepimpinan ulama PAS.

Sewaktu Timbalan Mursyidul Am, YBhg. Dato' Dr. Haron Din memberikan ucapan penggulungannya pada petang Sabtu (yang lebih khusus lagi sewaktu Dato' Dr. Haron Din bercakap mengenai keputusan majlis syura ulama berkenaan muzakarah/muqabalah), salah seorang AJK PAS Pusat telah mendengar dengan jelas yang Dr. Hatta Ramli secara menyindir berkata : "Hah..masukla UMNO kalau macam tu!".

Cukup kurang ajar, biadab dan tiada akhlak. Langsung tiada rasa hormat kepada Timbalan Mursyidul Am PAS. Jelas kumpulan "Erdogan" yang dikepalai oleh Husam ini cukup merbahaya dan bakal menjahanamkan parti PAS. Pengaruh Islam liberal telah mula memasuki PAS. Mereka tidak mahu PAS dipimpin oleh golongan Ulama yang bagi mereka adalah bodoh dalam berpolitik dan tidak layak memimpin. Mereka mahu Islam yang PAS bawa adalah Islam liberal yang boleh bersekongkol dengan konsert orang tunjuk bontot. Al-Quran dan AlHadis makin lama makin jauh daripada mereka.

Orang macam Hatta Ramli perlu disingkir. Kalau ada masa dan setelah mendapat bukti yang cukup saya akan bongkarkan penyelewengan yang beliau lakukan dalam menguruskan kewangan PAS. Duit PAS dah jadi macam duit dia. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang perangai Hatta Ramli ni boleh tanya orang Ingress - banyak kes dia pasal duit dengan Ingress yang belum settle. Termasuk kos nak kawinkan anak dia kat hotel!!!

Macammana orang yang ada masalah pasal duit ni boleh dibenarkan menjaga kewangan sebuah Parti Islam?? Saya harap Tuan Guru Presiden akan menyedari kewujudan biawak hidup dalam Jamaah ni dan bertindak cepat samada suruh dia berenti atau pecat dia dari jawatan Bendahari PAS sebelum terlambat.

Monday, August 11, 2008

DEKLARASI DUBAI

PRU12 adalah punca segala-galanya. PRU12 telah menumbangkan kerajaan BN di 4 buah negeri. PRU12 telah memberi kekuatan baru kepada Kerajaan PAS Kelantan (kununnya atas faktor ketokohan dan kebijaksanaan Husam). PRU12 telah memberikan 82 kerusi Parlimen kepada pembangkang. PRU12 telah memberi keyakinan baru kepada Anwar Ibrahim untuk menjadikan mimpi dan cita-citanya sejak kecil untuk menjadi PM menjadi kenyataan.

PRU12 juga telah menjadikan PAS sebagai "King Maker" - apabila PAS bersama PR, 5 buah negeri berjaya diperintah oleh PR iaitu Kedah, Pulau Pinang (walaupun DAP selalu cakap hanya kerajaan DAP/PKR untuk menafikan kehadiran PAS), Perak, Selangor dan Kelantan dan pada masa yang sama 2/3 majoriti BN diparlimen telah dinafikan. Tetapi seandainya PAS memilih untuk bekerjasama dengan UMNO - maka 4 buah negeri yang dikuasai oleh PR akan tumbang dan BN akan kembali memperolehi 2/3 majoriti. Dan dengan sendirinya cita-cita Anwar untuk menjadi PM akan berkubur. Kemungkinan inilah yang menjadi mimpi ngeri buat Anwar Ibrahim.

Bagi Anwar, seboleh-bolehnya PAS adalah sama sekali tidak dibenarkan mendekati UMNO, apalagi bertemu atau berunding. Sejarah menunjukkan bahawa PAS adalah parti yang terbuka dan rational asalkan kepentingan Islam dan prinsipnya perjuangannya terbela. PAS pernah bersama dengan kerajaan Perikatan di zaman Tun Razak, Pas pernah bersama Semangat 46 dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan Pas juga pernah bekerjasama dengan PKR dan DAP sejak zaman AlMarhum Ust Fadhil Nor sehingga kini. Dan adalah tidak mustahil kalau PAS tiba-tiba sekali lagi memilih untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan Islam dan Melayu. Atas kerisauan inilah gamaknya Anwar mula merancang sesuatu untuk memastikan agar PAS tidak boleh meninggalkan PR untuk bersama dengan UMNO.

Anwar mula membuat "homework"nya dan cuba mencari pemimpin tertinggi PAS yang boleh beliau "pegang". Anwar tahu dan sedar bahawa beliau tidak boleh mempengaruhi Tuan Guru Presiden dan Timbalan Presiden. Beliau juga tidak boleh mempengaruhi dua Naib Presiden PAS iaitu Mohd Sabu (yang tidak pernah menyukai Anwar sejak dari dulu sehingga pernah menggelar Anwar "Al-Juburi") dan Ust Ahmad Awang (yang sentiasa istiqamah dan wala' kepada PAS). Sesatunya peluang untuk Anwar ialah Husam Musa. Beliau tahu bahawa Husam adalah seorang pemimpin PAS yang begitu tergedik-gedik nak naik dan tamakkan kuasa. Beliau tahu bahawa Husam begitu kagum dengan beliau dan berusaha untuk menjejaki beliau. Beliau tahu bagaimana Husam merancang untuk menaikkan dirinya di Kelantan dan bagaimana Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz sehingga Tok Guru percaya kepada setiap perkataannya.

Anwar juga tahu bahawa Husamlah yang bertanggungjawab membawa Saifudin Nasution ke Kelantan untuk menerajui Yayasan Tok Kenali (walaupun ramai orang PAS kelantan sendiri yang layak terutamanya keturunan Tok Kenali sendiri).

Maka perancangan diatur oleh Anwar bersama dengan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadakan perbincangan dengan Husam, memandangkan Tan Sri Khalid agak rapat dengan Husam ketika itu. Dan supaya tidak terlalu nampak perancangan mereka, maka Tan Sri Khalid mengunakan nama kerajaan negeri Selangor untuk mengadakan lawatan ekonomi ke Dubai. Penyusunan yang rapi telah dibuat agar Anwar dan Husam juga berada di Dubai sempena lawatan kerajaan negeri Selangor tersebut.

Maka di Dubailah berlakunya perundingan secara rahsia diantara Anwar dan Husam (yang semestinya dibuat tanpa mendapat mandat parti dan tanpa pengetahuan sesiapa). Menurut sumber dalaman yang siqah dan boleh dipercayai, di dalam perbincangan tersebut Anwar antara lain telah berjanji untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Husam (setelah dilantik sebagai Senator) apabila kerajaan persekutuan yang baru dibentuk oleh PR pada 16 September nanti. Maka kembanglah Husam dengan tawaran sedemikian. Pucuk dicita ulam mendatang. Tetapi bukan semudah itu untuk mencapainya. Beberapa tugasan telah diberikan oleh Anwar kepadanya untuk dilaksanakan supaya impian tersebut betul-betul menjadi kenyataan. Yang penting ketidakupayaan Tuan Guru Presiden dan Timbalan Presiden menerajui PAS mesti di war-warkan untuk memberi ruang yang mudah untuk Husam naik.

Dalam perbincangan tersebut juga didedahkan bahawa pimpinan tertinggi PAS dan UMNO telah berjumpa dan mengadakan rundingan tanpa melibatkan Husam. Pertemuan itu adalah ancaman besar buat Anwar dan Husam. Maka mereka merancang supaya sebarang usaha mempertemukan PAS dan UMNO akan gagal sama sekali dimasa hadapan. Lalu Husam dengan pengaruh jawatan dan wangnya telah mula menggerakkan kerjanya sekembalinya dari Dubai.

Beliau mengumpulkan "orang-orang"nya yang boleh diharap dan dipercayai seperti Syed Azman, Kamarudin Jaafar, Dr. Hatta Ramli, Dr Zulkifli Ahmad, Salahudin Ayub dan mempengaruhi beberapa orang lagi untuk menjadi balaci mereka seperti Mujahid Yusuf, Dr. Lo'Lo', Dr Siti Mariah, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Hanifah Maidin dll. (entah apalah yang telah digula-gulakan Husam kepada mereka). Tugas besar mereka ialah untuk menggagalkan sebarang bentuk pertemuan diantara PAS dan UMNO. Maka bersungguh-sungguhlah mereka (secara sedar mahupun tanpa disedari) mempertikaikan dan menyanggah keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang mengizinkan Presiden dan Timbalannya mengadakan pertemuan dengan UMNO. Bersungguh-sungguh jugalah mereka samada dalam ceramah mahupun kenyataan bertulis mengungkit sejarah lama UMNO dan menghentam secara membuta tuli pertemuan diantara PAS dan UMNO sehingga merendahkan martabat pimpinan tertinggi PAS (Majlis Syura, Presiden dan Timbalan Presiden) dikaca mata rakyat dan ahli PAS sendiri.

Manakala tugas terpenting buat Husam ialah untuk mempengaruhi Tok Guru Mursyidul Am supaya beliau juga tidak bersetuju dengan sebarang bentuk pertemuan di antara PAS dan UMNO. Sebab itulah kita melihat Tok Guru kita seringkali membuat kenyataan yang agak bercanggah dengan Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura dan kadangkala bercanggah dengan kenyataan beliau sendiri - sekejap setuju sekejap tidak setuju. Semua itu adalah hasil gerak kerja dan hasutan Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz.

Akhirnya mereka bersorak kegembiraan apabila mereka rasa gerak kerja terancang mereka membuahkan hasilnya apabila Meyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bersama dengan Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini telah membuat keputusan supaya tidak akan ada sebarang bentuk kerjasama diantara PAS dan UMNO. Tetapi mereka lupa kebijaksanaan Tuan Guru Presiden apabila persetujuan lain dicapai iaitu pertemuan dengan mana-mana pihak masih tetap dibenarkan. Mereke juga lupa kebijaksanaan Majlis Syura Ulama yang masih mengekalkan keputusan mereka untuk membenarkan sebarang bentuk pertemuan dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam dan Melayu.

Usaha mereka yang mula dikenali sebagai kumpulan "Erdogan" dalam PAS itu juga diteruskan. Walaupun keputusan telah dibuat dan dianggap isu PAS-UMNO telah selesai, namun mereka masih meneruskan usaha meniup perasaan kebencian ahli PAS kepada UMNO dan kepada sesiapa dikalangan pimpinan PAS yang berunding dengan UMNO. Saya rasa saya boleh baca tujuan mereka - iaitu untuk mengekalkan momentum kebencian tersebut dengan harapan perkara tersebut akan dibangkitkan dalam Muktamar PAS hujung minggu ini. Mereka mahu melihat supaya ada perwakilan PAS yang akan bangun mempertikaikan institusi Majlis Syura dalam PAS sehingga perlu dikaji semula kuasa dan kedudukannya. Mereka mahu melihat ada perwakilan akan mempersoalkan dan memarahi secara terbuka Presiden dan Timbalannya yang mengadakan rundingan dengan UMNO. Mereka juga mahu melihat kenyataan Tok Guru Mursyidul Am di dalam Muktamar nanti yang menyebelahi mereka dan bercanggah dengan Presiden dan Majlis Syura seperti yang biasa berlaku. Mereka juga mahu perwakilan PAS melihat dan menganggap bahawa merekalah (terutamanya Husam) sebenarnya penyelamat dan harapan masa depan PAS. Dan yang lebih penting, mereka mahu perwakilan PAS menyanjung Anwar Ibrahim sepertimana mereka menyanjung dan memberi kepercayaan dan siqah yang tinggi kepada Anwar untuk membentuk kerajaan persekutuan PR pada 16 September nanti supaya cita-cita Husam untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri juga turut terlaksana walaupun negara tersebut nanti adalah negara kafir apabila majoriti Ahli Parlimennya adalah bukan Islam.

Kesimpulannya, apa yang Husam dan gengnya yang digelar kumpulan Erdogan itu lakukan hanyalah semata-mata untuk mengejar pangkat dan kedudukan. Mereka kata Presiden dan Timbalannya mengejar jawatan Menteri tetapi sebaliknya merekalah yang sebenarnya tergila-gilakan jawatan dan pangkat tanpa mengira masa depan prinsip perjuangan PAS. Percayalah bahawa PAS akan hancur ditangan mereka. Hanya ulama yang berilmu, bertaqwa dan sentiasa dekat dengan Allah sahajalah yang mampu mempertahankan PAS dan prinsip perjuangannya.

Tuesday, August 5, 2008

DATO' KJ PENIPU

Tajuk utama dimuka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini ialah "PAS NAFI BOIKOT KEMPEN ANWAR". Dan dimuatkan kenyataan Dato Kamarudin Jaafar selaku Setiausaha Agung PAS sebagai berkata : "Sudah selesai...tidak ada apa isu lagi, kita sudah jumpa semalam dan bebincang lanjut bagi melicinkan perjalanan pentadbiran kerajaan PR di Pulau Pinang".

Nampaknya Dato' KJ sudah pandai nak menipu macam "bos"nya DSAI. Tahukah beliau bahawa mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang pada hari Ahad yang dihadiri oleh Husam itu tidak pernah membatalkan keputusan mesyuarat awal yang akan boikot pilihanraya kecil Permatang Pauh. Cuma apa yang dipersetujui hanyalah menukar perkataan "boikot" dengan perkaaan lain yang lebih lunak di dengar, tetapi masih mempunyai maksud dan tujuan yang sama. Dan pada masa yang sama juga PAS Negeri telah mengemukakan beberapa tuntutan yang perlu di penuhi oleh PKR dan DAP sebelum PAS Negeri bersetuju untuk bekerjasama dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Manakala pada sebelah petangnya pula, barulah diadakan pertemuan rasmi yang PERTAMA (selepas PRU12) di antara PAS, PKR dan DAP P.Pinang bagi membincangkan persoalan pilihanraya kecil tersebut. Dalam pertemuan tersebut DAP dan PKR terpaksa mengaku kesilapan mereka tidak memberi ruang langsung kepada PAS dalam kerajaan negeri P.Pinang dan mereka berjanji untuk memperbetulkan semula keadaan selepas ini. Adalah dipersetujui juga dalam pertemuan tersebut bahawa DSAI ingin bertemu dengan Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang bagi mendengar tuntutan dan ketidakpuashatian mereka selama ini.

Jadi, apa benda yang Dato' KJ kata dah selesai ni? Dato' dah maklumkan ke keputusan Pas P.Pinang kepada Pesiden dan Timbalan Presiden PAS? Dato' dah berbincang ke masalah PAS P.Pinang ni dengan Dewan Harian Pusat? Dato' dah terima arahan apa-apa ke daripada Presiden PAS untuk menyelesaikan masalah ini? Ataupun Dato' hanya perlu terima arahan daripada bos lama Dato', iaitu DSAI dan Naib Presiden PAS, Husam Musa sahaja. Ataupun Dato' dah cukup besar kepala nak langkah bendul mendahului Presiden dan TImbalan Presiden PAS dan cuba menyelesai dan memadam kemelut PAS P.Pinang ini dengan cara Dato' sendiri? Kalau dato' dah tidak sanggup menerima arahan daripada Presiden PAS yang telah melantik Dato' maka eloklah Dato' letak jawatan secara terhormat. Dato' sendiripun dah banyak benda yang tidak bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru Presiden kan???

Dalam akhbar Sinar tersebut juga Dato' kata bahawa isu ni hanyalah isu kecil sahaja. Apa maksud Dato' "isu kecil"? Mungkin isu ni isu kecil bagi Dato', tetapi adalah isu besar kepada PAS Negeri P.Pinang. Kalau langsung PAS tidak diberi ruang untuk melaksanakan Islam di P.Pinang maka itu adalah isu besar. Soal prinsip perjuangan PAS adalah isu besar dan bukan isu kecil. Soal tanggungjawab kita dengan Allah dan Agamanya adalah isu besar bukannya isu kecil. Saya rasa Dato' dah mula menunjukan ketidakselesaan Dato' dengan PAS dan perjuangannya. Mungkin Dato' menyesal masuk PAS kerana Dato' lebih selesa dan sesuai bersama DSAI dan PKR!
Fikirlah elok-elok Dato' sebelum terlambat.

Monday, August 4, 2008

Husam Bermuzakarah Dengan Ku Li

Munafiq! Itulah perkataan yang boleh saya kata mengenai insan yang bernama Husam Musa.

Beliaulah yang menjadi juara menghalang usaha-usaha pertemuan antara PAS dan UMNO yang dipelopori oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS yang di restui oleh Majlis Syura. Dimana-mana ceramahnya dan beberapa kenyataanya di dalam blognya, beliau tidak habis-habis mengutuk sebarang bentuk pertemuan dengan UMNO dan menyerang UMNO habis-habisan.

Bagi beliau, UMNOlah musuh nombor satu PAS, UMNO telah membunuh orang PAS di Memali, UMNO telah menipu PAS sehingga PAS berpecah dan pelbagai bentuk kata nista lain telah dilemparkan kepada UMNO. Kesimpulannya UMNO adalah spesis yang perlu dijauhi dan tak boleh sama sekali berbincang mahupun bertemu.

Kalau begitulah hinanya UMNO sehingga lebih hina daripada DAP yang kafir harbi itu, kenapa perlu Husam bermuzakarah dengan Tengku Razaleigh Hamzah? Bukankah Ku Li tu orang UMNO dan bercita-cita untuk melawan Paklah untuk jawatan Presiden UMNO. Siapa pula yang memberi mandat kepada beliau untuk bertemu dan berbincang dengan Ku Li. Siapa pula yang memberi kuasa kepada beliau untuk menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Ku Li. Saya rasa bacaan politik Husam lebih teruk daripada budak sekolah PASTI. Dia ingat Ku Li boleh menang bila lawan Paklah nanti, sebab tu dia nak buat kerjasama dengan Ku Li.

Apa lagi perkataan yang boleh saya panggil terhadap manusia seperti ini melainkan anda adalah seorang munafiq aka hipokrit!! Kenapa begitu lantang dan biadap mempersoalkan tindakan Presiden dan Timbalan Presiden bertemu dengan UMNO sedangkan dia sendiri pun pergi jumpa dengan UMNO dan yang lebih teruk tanpa mendapat mandat atau restu daripada sesiapa. Kalau sebelum ini beliau begitu suka berkata nak pecat ahli PAS yang berunding dengan UMNO, maka sedarlah bahawa Husamlah ahli PAS pertama yang diperlu dipecat!!

PAS Pulau Pinang Boikot Pilihanraya Kecil Permatang Pauh?

Hari ini saya mendapat maklumat yang cukup menggemparkan. Pada hari Jumaat lepas, Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang telah mengadakan satu mesyuarat khas untuk berbincang berkenaan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Dan hasil daripada mesyuarat tersebut, kesemua yang hadir telah sebulat suara bersetuju supaya PAS memboikot pilihanraya kecil tersebut.

Keputusan tersebut katanya dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor berkenaan hubungan PAS Negeri P.Pinang dengan PKR dan DAP yang sudah meruncing, kusut dan sukar dibendung lagi. Bagi PAS P.Pinang, tiada sebarang hubungan atau kerjasama berlaku diantara mereka dengan PKR mahupun DAP selepas PRU12 yang lalu. Tiada satupun pertemuan rasmi diantara PAS, PKR dan DAP di P.Pinang sehinga kini. PAS negeri sentiasa dipinggirkan dan tidak dialu-alukan penglibatan mereka secara aktif didalam kerajaan negeri PR P.Pinang. Mereka diibaratkan melukut ditepi gantang. Sedangkan, pada awalnya, seluruh jentera PAS telah bersama-sama bertungkus lumus bekerja dan memenangkan Pakatan Rakyat di P.Pinang. Tetapi setelah menang, PAS dinafikan hak dan sumbangan mereka dalam kerajaan negeri, mungkin kerena mereka hanya memenangi satu kerusi - sedangkan fakta yang seluruh jentera PAS digerakkan untuk mencapai kemenangan bersama telah dilupakan. Ibarat habis madu sepah dibuang.

Pemuda PAS telah beberapa kali ingin mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri pun tidak dilayan. Senarai JKKK yang PAS kemukakan untuk pertimbangan kerajaan negeri pun tidak layan dan hanya dibuang kedalam tong sampah sahaja. PAS P.Pinang melihat dan merasakan bahawa penglibatan mereka dalam kerajaan negeri P.Pinang telah dinafikan dan tidak dialu-alukan. Mereka kelihatan tidak selesa dengan PKR, lebih-lebih lagi apabila prinsip Islam yang ingin diperjuangkan tidak dilayan langsung oleh Kerajaan Negeri.

Atas alasan tersebutlah agaknya Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang ingin menghantar satu mesej yang keras dan jelas kepada PKR dan DAP bahawa penglibatan mereka jangan dipandang ringan. Dan sekiranya kehadiran mereka di P.Pinang tidak mampu dihargai, untuk apa mereka perlu menggerakkan jentera parti dan bertungkus lumus untuk memenangkan PR (atau PKR) di Permatang Pauh.

Satu contoh yang lebih jelas, selepas Wan Azizah melepaskan jawatannya sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh, apakah PKR berbincang dengan PAS dan mendapat persetujuan terlebih dahulu berkenaan calon sebagai "courtesy" dan menunjukkan semangat "pakatan" walaupun semua sedia maklum untuk siapakah kerusi tersebut?

Mungkin PAS P.Pinang merasakan sudah cukup mereka makan nasi berulamkan jantung. Sekaranglah masanya untuk meledakkan apa yang terpendam sekian lama di dalam hati.

TETAPI, apa yang lebih menyedihkan dan menggemparkan lagi - selepas keputusan dibuat oleh Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang dan diserahkan kepada Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar pada hari Sabtu, beliau katanya telah memaklumkan kepada Husam dan merancang secara sulit dengan Ust Mujahid Yusuf Rawa (Timbalan Pesuruhjaya yang tidak hadir mesyuarat pada awalnya) supaya Husam mengadakan pertemuan dengan Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang dengan harapan untuk mengubah keputusan yang telah dibuat.

Amat pelik apabila notis untuk mengadakan mesyuarat Perhubungan Negeri bersama Husam hanya dihantar melalui SMS pada tengah malam (Sabtu) sedangkan mesyuarat dijadualkan keesokan harinya pukul 10 pagi. Kenapa kelihatan terdesak dan begitu tergesa-gesa? Sahkah mesyuarat Parti dengan notis dihantar kurang daripada 12 jam?

Dalam pertemuan tersebut, Husam telah mengaku bahawa beliau hadir ke mesyuarat tersebut bukan atas kapasiti beliau sebagai Naib Presiden PAS, tetapi sebaliknya atas dasar individu. Saya ingin bertanya beliau - apakah hak dan keistimewaan beliau sebagai seorang individu sehingga boleh mengarahkan satu mesyuarat perhubungan negeri diadakan? Saya khuatir bahawa ianya hanyalah untuk kepentingan peribadi beliau semata-mata.

Dalam mesyuarat tersebut juga katanya Husam akan menyusun satu pertemuan di antara Badan Perhubungan PAS Negeri dengan Anwar Ibrahim. Apakah motif beliau dan siapakah beliau sehingga boleh membuat keputusan sedimikian dengan membelakangkan Presiden dan Timbalan Presiden parti? Kenapa perlu Badan Perhubungan PAS Negeri bertemu dengan seseorang diluar Parti. Bukankah langkah tersebut mendahului Presiden parti PAS sendiri. Jelas bahawa perbuatan beliau telah melanggar protokol parti. Dan jelas juga bahawa usaha beliau bukanlah untuk menjaga dan menyelamatkan Parti PAS (lebih khusus PAS P.Pinang) sebaliknya lebih kepada menyelamatkan karier politik Anwar Ibrahim semata-mata. Kadang-kadang saya tertanya-tanya sendiri, siapakah bos Husam.... Tuan Guru Haji Hadi atau Dato Seri Anwar Ibrahim??

Saya juga ingin bertanya Dato' Kamarudin Jaafar (KJ) sebagai Setiausaha Agung dan Husam sendiri - adakah keputusan Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang sebelum itu telah dimaklumkan kepada Presiden atau Timbalannya?? Adakah pekara tersebut telah dibincangkan dalam Dewan Harian Pusat? Saya rasa saya boleh pastikan bahawa jawapannya adalah TIDAK. Sungguh menghairankan bagaimana seorang Setiausaha Agung Parti yang dilantik oleh Presiden dan seorang Naib Presiden boleh melakukan sesuatu dibelakang pengetahuan Presiden dan Timbalannya. Mereka pun nampaknya sudah pandai "main belakang". Bagaimana Dato KJ yang begitu berpengalaman menjadi setiausaha ABIM sekian lama tidak tahu prosedur dan tanggungjawabnya... ataupun mungkin beliau ingat yang beliau masih lagi Setiausaha Agung ABIM dan bosnya masih Anwar Ibrahim!

Apapun yang berlaku, saya berharap kemelut PAS P.Pinang dapat diselesaikan dengan segera oleh Pimpinan PAS Pusat dengan cara yang hikmah, betul dan mengikut prosedur. Mesej yang jelas juga telah dihantar kepada PKR. Mereka perlu lebih menghormati dan menghargai kehadiran PAS di Pulau Pinang dan yang lebih penting mereka perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan keyakinan PAS negeri kepada mereka. Semoga semua pihak boleh berlapang dada dan kembali bersatu. Saya percaya masalah ini akan selesai dengan baik.

Husam Melanggar Keputusan Syura

Saya masih teringat beberapa bulan yang lalu selepas PRU12, Husam dengan bongkaknya mengeluarkan kenyataan "Sesiapa dikalangan ahli PAS yang berunding dengan UMNO akan dipecat keahliannya".

Apakah motif Husam mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa? Siapakah dia dan siapakah yang memberikannya kuasa untuk memecat ahli sewenang-wenangnya? Sedangkan Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden pun tidak pernah mengeluarkan kenyatan sedemikian. Hebatkah sangatkah Husam yang senang-senang nak pecat ahli. Besar sangatkah kesalahan berunding dengan UMNO sehingga boleh dipecat keahliannya.

Saya berpendapat Husam adalah seorang yang buta maklumat dan tiada pengetahuan tentang syarat-syarat memecat ahli di dalam Parti. Saya cadangkan kepada Husam, bukalah buku perlembagaan PAS, baca dan faham betul-betul sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang hanya menampakkan kebodohannya semata-mata.

Yang lebih penting daripada itu, sedarkah Husam bahawa kenyataannya tersebut adalah sama sekali bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 23 April, 2008 yang telah membenarkan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk berunding dengan sesiapa sahaja demi perpaduan dan masadepan Islam (termasuklah berunding dengan UMNO).

Tahukah Husam bahawa didalam perlembagaan PAS, Majlis Syura Ulama PAS adalah kuasa pemutus yang tertinggi di dalam Parti PAS?? Sekiranya keputusan telah dibuat oleh Majlis Syura, maka semua ahli adalah diwajibkan patuh dan taat - tidak terkecuali Husam Musa. Sekiranya ada ahli yang melanggar keputusan Majlis Syura, maka dia boleh dikenakan tindakan tatatertib dan disiplin.

Jadi, dalam hal ini, tahukah Husam bahawa kenyataannya tersebut telah terang-terang melanggar keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan beliau boleh dikenakan tindakan disiplin parti diatas kesalahannya tersebut. Adalah amat malang dan menyedihkan sekali seorang Naib Presiden parti sendiri gagal menghormati keputusan Majlis Syura yang keseluruhannya dianggotai oleh kepimpinan ulama PAS yang lebih mendalam ilmu dan iman mereka.

Nasihat saya kepada Husam - lain kali, sebelum membuat sebarang kenyataan, fikir, kaji dan selidiklahlah dahulu, jangan terlalu gelojoh nak tunjuk hero sampai ternampak kebodohan diri sendiri. Entah apalah yang dikejarkannya....

Monday, July 21, 2008

Wahai Ayahanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Sebelum saya menulis berkenaan Husam yang sekarang ini sedang berjalan2 di Bumi Mesir (beliau memang suka berjalan - bulan lepas kelihatan kelibat beliau bersama Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim di Dubai - entah bermuzakarah apa la agaknya), biarlah saya luahkan perasaan saya terhadap Ayahanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA).

Saya terkesima dan terkedu lagi apabila melihat wawancara TGNA dengan TV3 malam tadi. Cukup kontra dengan kenyataan Presiden PAS sebelumnya. TGNA dengan tegas menyatakan tidak perlu PAS bermuzakarah dengan UMNO dan meminta pimpinan PAS yang lain supaya jangan lagi bermuzakarah dengan UMNO.

Apa dah jadi dengan Ayahanda Tuan Guru yang saya sayangi ini? Biasanya beliaulah manusia yang paling pemaaf, yang paling bertolak ansur, yang paling sukakan perpaduan, yang paling sukakan perdamaian, yang paling bertolak ansur, yang paling tawadhu', yang paling bertimbang rasa, yang paling mudah didekati, yang paling senang bermuzakarah dengan sesiapa sahaja dan yang paling mementingkan usaha da'wah dan tarbiyah.

Tetapi kenapa dalam suasana sekarang, dalam suasana PAS kuat dan menjadi "King Maker" dalam pemerintahan negara, beliau (seolah-olah) memilih menutup pintu taubat buat UMNO, menutup ruang da'wah kepada UMNO, menutup pintu perbincangan dengan UMNO dan memilih untuk tidak mengizinkan PAS bertemu dengan UMNO sama sekali...sedangkan kebanyakan ahli-ahli UMNO masih lagi beragama Islam... dan mungkin lebih mudah untuk dida'wah berbanding dengan DAP yang terang-terang menentang pelaksanaan Islam.

Saya minta maaf kerana saya tidak nampak rasional pandangan Ayahanda Tuan Guru tersebut.
Seribu persoalan bermain-main difikiran...apakah pandangan TGNA tersebut datang daripada firasat dan ilmunya sendiri ataupun dipengaruhi oleh anasir yang lain. Kenapa dalam persoalan dengan UMNO ini pandangannya senantiasa selari dengan Husam. Hanya mereka berdua dikalangan pimpinan tertinggi PAS yang beria-ia membuat kenyataan anti muzakarah dengan UMNO. Hanya mereka berdua yang sentiasa memilih untuk 'kurang' bersetuju dengan kenyataan Presiden PAS berkenaan Muzakarah tersebut.

Tidakkah TGNA sedar dan mengetahui bahawa Majlis Syura Ulama PAS telah membuat keputusan untuk membenarkan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung parti untuk mengadakan sebarang bentuk pertemuan dan muzakarah dengan sesiapa sahaja untuk perpaduan Islam dan Melayu. Kenapa beliau melanggar keputusan yang telah dipersetujui bersama oleh Majlis Syura Ulama. Bukankah beliau juga sepatutnya Pengerusi dan ahli kepada Majlis Syura Ulama? Jadi kenapa beri kenyataan yang kelihatan bercanggah dengan Syura.....ataupun kemungkinannya beliau "ponteng" mesyuarat majlis syura - sebab itulah beliau tak dapat maklumat yang sebenarnya. Dan amat malang sekiranya sumber maklumat beliau hanyalah melalui Husam Musa.

Saya amat berharap Ayahanda Tuan Guru sedar dan memahami bahawa beliau adalah Mursyidul Am PAS yang jawatannya lebih kepada "nasihat/advisory". Sedangkan Presiden PAS adalah kuasa eksekutif (individu) yang tertinggi di dalam Parti. Berilah peluang dan kebebasan kepada Presiden PAS memacu jamaah mengikut pandangan dan ilmunya. Kalaupun beliau silap dalam melakukan ijtihad politiknya, nescaya ada pahala disisi Allah. Ayahanda Tuan Guru berilah nasihat yang sewajarnya, dan terserahlah kepada Tuan Guru Presiden untuk menilai dan melaksanakan. Dan yang paling mustahak, berhentilah membuat kenyataan yang kelihatan bercanggah dengan Tuan Guru Presiden, takutnya perpecahan di dalam PAS berlaku nanti adalah disebabkan oleh kenyataan Ayahanda Tuan Guru sendiri dan bukannya disebabkan oleh Muzakarah PAS-UMNO.

Ahlan Wa Sahlan & Selamat Datang

Husam Musa adalah diantara pemimpin PAS yang pernah menjadi idola saya suatu masa dahulu..... sebelum saya betul-betul mengenali beliau.
Orangnya hebat, mudah mesra, ada perwatakan, ada karisma, suka buat kenyataan - tapi rupa-rupanya semua itu adalah fatamorgana semata-mata..hampeh.
Selama ini saya hanya memendam rasa melihat telatah beliau yang begitu tergedik-gedik nak tonjolkan diri... entah jawatan apa lagi yag diidamkannya.....Presiden PAS kot??!! Jangan-jangan Presiden DAP??!! :)

Tetapi, apa yang beliau lakukan sekarang sudah melampau...too much!! Saya mesti dedahkan semuanya....apa perancangannya, siapa kuncu-kuncunya, dari mana sumber kewangannya, apa yang telah dilakukannya...supaya masyarakat terutamanya ahli PAS tidak tertipu dan terpedaya dengan pemimpin yang terlalu "ambitious" ini dan bercita-cita besar seperti mentornya Dato Seri Anwar Ibrahim.

Semoga dengan pendedahan dan peringatan ini nanti, beliau sempat bertaubat dan memohon maaf kepada Presiden PAS dan Timbalannya dan kembali menjadi pemimpin yang benar-benar hebat sebelum terlambat.