Tuesday, August 19, 2008

Hatta Ramli Kurang Ajar

Mukatamar PAS ke 54 dah berlalu. Banyak benda yang saya nak tulis kat sini lebih-lebih lagi peranan dan komplot Husam yang tak menjadi dalam Muktamar. Termasuklah peranan kuncu-kuncunya yang cuba nak menjayakan rancangan jahatnya hingga menampakkan kebodohan mereka.

Tetapi ada satu insiden yang cukup melampau yang telah dilakukan oleh salah seorang balaci Husam iaitu Dr. Hatta Ramli yang cukup kurang ajar dan cuba mempermainkan kepimpinan ulama PAS.

Sewaktu Timbalan Mursyidul Am, YBhg. Dato' Dr. Haron Din memberikan ucapan penggulungannya pada petang Sabtu (yang lebih khusus lagi sewaktu Dato' Dr. Haron Din bercakap mengenai keputusan majlis syura ulama berkenaan muzakarah/muqabalah), salah seorang AJK PAS Pusat telah mendengar dengan jelas yang Dr. Hatta Ramli secara menyindir berkata : "Hah..masukla UMNO kalau macam tu!".

Cukup kurang ajar, biadab dan tiada akhlak. Langsung tiada rasa hormat kepada Timbalan Mursyidul Am PAS. Jelas kumpulan "Erdogan" yang dikepalai oleh Husam ini cukup merbahaya dan bakal menjahanamkan parti PAS. Pengaruh Islam liberal telah mula memasuki PAS. Mereka tidak mahu PAS dipimpin oleh golongan Ulama yang bagi mereka adalah bodoh dalam berpolitik dan tidak layak memimpin. Mereka mahu Islam yang PAS bawa adalah Islam liberal yang boleh bersekongkol dengan konsert orang tunjuk bontot. Al-Quran dan AlHadis makin lama makin jauh daripada mereka.

Orang macam Hatta Ramli perlu disingkir. Kalau ada masa dan setelah mendapat bukti yang cukup saya akan bongkarkan penyelewengan yang beliau lakukan dalam menguruskan kewangan PAS. Duit PAS dah jadi macam duit dia. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang perangai Hatta Ramli ni boleh tanya orang Ingress - banyak kes dia pasal duit dengan Ingress yang belum settle. Termasuk kos nak kawinkan anak dia kat hotel!!!

Macammana orang yang ada masalah pasal duit ni boleh dibenarkan menjaga kewangan sebuah Parti Islam?? Saya harap Tuan Guru Presiden akan menyedari kewujudan biawak hidup dalam Jamaah ni dan bertindak cepat samada suruh dia berenti atau pecat dia dari jawatan Bendahari PAS sebelum terlambat.

9 comments:

Anonymous said...

OOOOHH, GITU BIADAP SEKALI KALANGAN PEMIMPIN PAS KEPADA KETUA MEREKA???

Anonymous said...

Masya'allah.....

Manusia sanggup buat apa saja.....
betul lah kata harun din"umno lebih patuh kepada pemimpinya daripada PAS"

Anonymous said...

kami di gombak dah masak dengan perngai dr hatta. bagusla kalau ada org berani cakap.
harap dr hatta dapat ambil pengajaran.

kesatuan pejuang malaysia said...

Puak2n id ulu puak2 IRC,JIM.Bukan PAS yg tulen.Diorang pentingkan golongan profesional Islam.Bukan masuk PAS dr awal..

Anonymous said...

Jangan kaitkan dengan IRC atau JIM. Husam bukan IRC, Hatta pun bukan, mereka ini penyokong PAS masa di Universiti lagi tapi mereka ni tidak pernah di tarbiah oleh ulama', gurunya hanya semangat saja. Masa di Universiti Tok Guru Haji Hadi menjadi idola mereka. Tetapi apabila dapat kuasa Naib Pressiden mereka anggap diri mereka setaraf dengan Presiden...inilah tanda-tanda orang tidak habih mengaji ilmu tarbiah.

Panglima Perang Cyber said...

memang depa IRC juga..

cuba type cari internet..

geng2 anwar juga

insanduniafana said...

tu pasai aku tak nak masuk mana-mana parti politik...walaupun dasar perjuangan islam, sebab boleh naik pening tahap impak maksima dengan kerenah diantara pemimpin mereka sendiri. Walau dulu orang bagitau tak masuk/sokong PAS masuk negara(ugutan cara kampungla)..yang jelasnya-undilah CALON yang dapat menegakkan Islam bukannya parti...wallahualam

Anonymous said...

asalamualikumwarahmatullah

bukan puak erdogan tapi puak JIM.
mareka ni adalah orang JIM yang tak wala' kepada pimpinan. masih wala' kepada JIM.

Anonymous said...

Cuba saudara semua lihat..geng IRC atau JIM sedang berkerja keras untuk susun dan catur orang-orang mereka dalam jawatan terpenting Pas. Paling tidak mereka akan angkat dan jolok, ampu dan kipas-kipas sesiapa yang boleh diperalatkan oleh mereka.Cuba toleh negeri-negeri lain...puak mereka sedang bergerak dan cuba menguasai pas dan seterusnya mengarahkan pas kepada haluan yang mereka mahu. Ahli Pas kena bertindak cepat. Selamatkan kepimpinan ulama dan sistem pentarbiyyahan dalam pas.Dulu jim kat luar dan curi orang pas masuk usrah mereeka. Tapi kini JIM kat dalam tubuh pas. Mereka ada dalam UMNO, PKR dan PAS.Dr Hatta, Saari Sungip, Yusuf Embong,Dr Hamzah, Dr Mariah, Lo'lo' dan ramai lagi..bapak-bapak jim.perhatikan betul-betul ucapan mereka dan gerak kerja mereka.