Saya dah baca satu kenyataan yang kununnya ditulis oleh TGNA yang membelasah Dato Mustafa Ali berkenaan kenyataan beliau yang tidak percaya perubahan kuasa akan berlaku pada 16 September, 2008.
Saya tak percaya itu adalah tulisan TGNA ataupun kenyataan yang keluar dari isi hati dan lidah beliau. TGNA yang kita semua kenal tidak pernah menyerang peribadi seseorang secara terbuka lebih-lebih lagi sesama pimpinan PAS. TGNA yang kita semua kenal tidak pernah lekang mulutnya dan kenyataannya dari menyebut ayat-ayat suci Al-Quran atau AlHadis sebagai sandaran.
Saya percaya Husam Musa dan/atau team erdogannya berperanan besar untuk mengeluarkan kenyataan tersebut....samada disedari oleh TGNA ataupun tidak. Mana mungkin TGNA menyebut perkataan "Standing Ovation" dalam kenyataannya. Lebih-lebih lagi fakta yang kununnya Muktamar memutuskan untuk mengukuhkan pakatan rakyat secara "standing ovation" adalah tidak tepat sama sekali.
Dato' Pa tidak pernah melanggar keputusan syura. Yang melanggar keputusan syura ialah Husam Musa, Dato' KJ + geng erdogannya dan termasuk TGNA sendiri. Semua perwakilan dalam Muktamar sedar bahawa TGNA tidak mengikut ketetapan syura apabila beliau terang-terang tidak setuju muzakarah/muqabalah dengan UMNO diteruskan walaupun telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Dah la dia dipaksa untuk bercakap bagi membahaskan usul (tidak pernah berlaku dalam sejarah muktamar Musyidul Am terpaksa bangun berucap untuk membahaskan usul semata-mata dan selepas itu terus balik), ucapannya pulak yang lebih banyak berkisar tentang kebobrokan UMNO dan tidak perlunya diadakan apa-apa rundingan/kerjasama dengan mereka. Dan yang menyedihkan ialah pandangannya itu diberikan tanpa berdasarkan apa-apa hujah atau nas dari Al-Quran mahupun AlHadis. Kalau Majlis Syura membuat keputusan berdasarkan kepada hujjah dan nas, kenapa TGNA tidak memberikan sebarang nas untuk menolak atau tidak bersetuju dengan keputusan syura tersebut?
Kemudian kenyataan yang kununnya dari TGNA tersebut menyebut "Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno." Takkanlah bila Dato' Pa suarakan pandangan peribadinya terhadap temberang Anwar terus nak dicap sebagai lidah UMNO? ("temberang" kerana confirm kerajaan tak bertukar pada 16 Sept). Takkanlah TGNA sebagai seorang musyid tergamak nak tuduh pimpinan PAS sendiri macam tu. Takkanlah TGNA sebagai seorang mursyid tidak boleh terus mengubungi Dato' Pa dan tanya beliau sendiri tentang maksud kenyataannya tersebut tanpa perlu menyerang peribadi beliau secara terbuka. (Kalau antihusam yang buat takpa la juga...sebab saya bukan tok guru).
Disebut juga bahawa Trengganu tersalah pilih Pesuruhjaya. Siapa yang pilih pesuruhjaya ni? Bukan rakyat Trengganu yang pilih dan bukan PAS Trengganu yang pilih..tapi dipilih oleh Presiden dengan persetujuan AJK PAS Pusat. Takkan TGNA tak tahu prosedur?? Jangan nanti orang kata PAS tersalah pilih Mursyidul Am pulak.
Dan diperenggan terakhir kenyataan tersebut telah disebutkan tentang keluarnya Dato' Asri sebagai presiden PAS ketika itu kedalam UMNO. Apa motif kenyataan ini? Kalau TGNA ada masalah dengan Tuan Guru Presiden, hubungilah beliau dan berbincanglah secara ilmiah dan ukhuwwah Islamiyah... jangan mendengar dakyah Husam dan gengnya semata-mata yang hanya mahu melihat kepimpinan ulama PAS bertelagah sesama sendiri.
Kalaulah betul keseluruhan tulisan itu adalah terbit dari isi hati dan lidah TGNA sendiri...saya hanya mampu bersedih dan kecewa dengan perubahan yang telah berlaku ke atas tok guru yang kita sayangi. Sedarlah bahawa tok guru telah cuba dibawa masuk kedalam perangkap yang dipasang oleh Husam. Kesimpulannya, Anwar punya mainan dan jarum liberalnya secara senyap telah berjaya masuk ke dalam PAS melalui Husam Musa dan team erdogannya. Dia hanya tersenyum melihat pimpinan Ulama PAS bertelagah sesama sendiri. Semoga Tuan Guru Presiden dapat berbuat sesuatu sebelum terlambat.
Monday, September 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Salaam,
saya pun terkejut dan tidak percaya.
tapi setelah Khalid Samad sendiri yg suruh rujuk kepada tulisan TGNA itu, saya terfikir mungkin benar ianya dari TGNA.
Majlis Syura ada "standing ovation"!!! Masya Allah.. Sunnah siapa tu..
Tetapi saya masih lagi bersangka baik kepada TGNA, sekiranya betul daripada TGNA ianya mungkin telah didelegatekan kepada orang di sekitarnya. Sebab tu bahasa tulisan tu jadi macam tu..
perjuangan pas sudah hancur disebabkan oleh berberapa ketua-ketua pas yang gila kuasa seperti Husam .. Perjuangannya adalah untuk si Anwar bukan untuk jalan Allah ..
Tapi itu tak bermakna TGNA pun tak boleh berubah .. dia bukan malaikat !! Kadang2 sikap dendam ni boleh menhjatuh kan sifat2 mulkia seorang manusia yang berilmu .. Sekira beliau orang yang berfikir, beliau sepatutnya sudah nampak apa yang Husam lakukan untuk PAS ..
perkembangan politik semasa dan arah tuju pas sekarang ini adalah sama seperti DAP .. kerana nak jadi jemaah mentri, perjuangan PAS di korbankan .. sekarang ini saya tak nampak apa beza nama "ISLAM" dalam parti PAS lagi .. Kadang-kadang iyanya seperti lebih hipokrit dari UMNo yang kita hendak jatuhkan selama ini ..
setelah mengundi PAS selama lebih 20 tahun, saya dengan ini menarik diri dari menjadi ahli and tidak akan mengundi PAS lagi selagi perjuangan PAS di terajui oleh orang-orang seperti Husam ..
Saya baca tulisan tu rasa nak tergelak. Actually dah gelak pun. Tak tahan.
Tapi hati saya berkata, mungkin juga ianya benar dari Tuan Guru. So saya pun reserve la gelak saya tu demi Tuan Guru.
Tapi tu la. Tak caya la.
Ada kawan yg kita boleh bawa masuk dlm rumah dan ada juga yg setakat jumpa kat kedai kopi je...
betullah spt dikatakan....org agama mmg paling angkuh jika diselubungi dendam...dan palingtk wajar ianya dr seseorg figure yg ramai menagunginya...
apapun....mungkin nik aziz juga wajar melihat keburukan diri dan hala tuju pas yg sudah tidak menentu...
apa yg pas dpt dlm pr??? kenapa jadi begini??? kenapa perlu bersama pr yg belum pasti islam akan ditegakkan jika bersamanya>????
jgn sombonglah tok guru...cara mung tulih nmpk mcm mung hebat sgt...kalo dato asri akhiri hayatnya dlm umno pun apa salahnya??? yg penting dlm islam...apa mesti mati dlm pas ker???? pas tu parti yg entah apa2 dasarnya sekarang..tunggang terbalik....yg penting, doakan utk semua yg telah meninggal....
tak sangka tulisan dr seorg tok guru..masih blur sy ni....and masih penig memikirkan kenapa seorg tok guru jadi begini...
namun,jauh dlm hati harap ianya bukan dr tok guru...dr husam n gengnya yg menghasut tok guru ni...
TGNA = ulamak...
Hosam = sapa??? ulamak carburator Dung kot???
Sape-sape pun ... apabila keluar kenyataan... kena berhati-hati... kena berwaspada... musuh dalam selimut ramai di keliling kita atau Jemaah kita.. Kita ni Jemaah Islam .. Syakhsiah kita syakhsiah Islam... `Tok Guru` sampai kepada `cucu guru` mesti bijaksana berhadapan dengan situasi sekarang ini...
TGNA sudah di pesongkan oleh Husam sekian lama dah,sebab itulah kenyataan2 TGNA sudah jauh mensasar dari yang sepatutnya.kekadang kita terkezut beruk dengan kenyataannya tapi itu lah yang di ajar oleh Husam atau ANUAR BAKRI......
Kami sedih dengan perkembangan ini,Dlm PRU 12 dulu pun tak hilang lagi kerenah Husam & gang memperalatkan TGNA,
Ni timbul plk cerita2 baru,
Apakah ini balasan ALLAH bila kita tidak ikhlas dalam perjuangan atau,kita mengkhianati AGAMANYA....Wallahuallam
Salam
Tolong ingatkan kawan2 PKR, puak erdogan PAS, bahawasenye besok 16 September.
Takut dia org terlupa pulak.
Org Umno walaupun ramai presidennya meninggal luar UMNO pun, masih menghormati org2 terdahulu. Tak dak kutuk pun.
Yg lepas tu lepaih la..
Wahhhhh.......... PAS dah semakin herot pekot menjelang detik 12 malam 16 SEPTEMBER 2008 , Malaysia di bawah kepimpina baru PAKATAN RAKYAT yang diketuai Anuar Ibrahim............
Sapa lagi kalau tidak Anual Bakri haron (SUP MB) yang mengarang ucapan lisan TGNA hanya 10 patah, ditokok tambah menjadi cerpen sebanyak 16908 patah perkataan.
Setiausaha Politik MB Kelantan akan menjawat jawatan baru mulai 12.01 minit pagi 16.09.08 apabila YAB Dato' Husam Musa ditabalkan sebagai Senator (Ganti tempat Zaid Ibrahim) dan sekali gus dilantik sebagai TIMBALAN PERDANA MENTERI (1) Mewakili kaum Melayu.
Sebab Wakili Kaum China (Lim Kit Siang) Kita akan ada 5 TPM.
Usulkan
gantung keahlian Husam,kj dll
bukti
Keterlaluan taksub pada Anwar dan membelakangkan Pemimpin Parti
salam
saya ada baca 'kenyataan' TGNA di TKO (www.tranungkite.net). Bunyinya tak macam TGNA yg saya perhatikan (dan hormati) selama ini. So saya syak ini kerja orang kepercayaannya (yg mmg tak boleh percaya). Mungkin kerja SU nya. tapi mungkin jg TGNA sendiri yg dalam keadaan di'desak'.
wallahua'lam.
semoga Allah kurniakan yg terbaik utk ulama dan pejuang Islam yg ikhlas.. amin.
sebelum pru 12 dulu, tok guru juga yang hantar surat terbuka kpd tuan guru presiden spy berhati-hati dalam pakatan rakyat...knape skarang lepas menang sudah jadi lain...
weh..jangan kritik TGNA...setahu aku org org pas ni kalau sebut nama TGNA terus jadi lembik tengkuk, tak berani nak sanggah..hahaha...
dulu ana pun sanjung TGNA tp skrg ni sangjungan tu ana dah buang dalam longkang..diganti dengan perasaan kesian. TGNA dalam bab politik dah jadi macam burung kakak tua, dia cakap apa yg diarah org lain...
sedehhhh..pilu...
maafkan ana kerana samakan TGNA dengan burung kaka tua..satu metafora untuk poerbandngan sahaja...org sastera macam anual bakri mesti faham..haha
ana sokong kenyataan Dato' seri Presiden yang kerajaan baru akan di bentuk mesti berteraskan islam.. jika tiadak ia akan menjadi angan-angan mat jenin.. so.. karpal sing boleh terima ker.. anak rasa dalam keadaan ni.. UMNO ok sahaja.. so jalan mana yang patut kita pilih.. kita patut pertahankan dasar kita islam.. jangan nak selindungkan seperti mana yang UMNO buat.. cuba contohi DAP dia tetap dan mengwar-warkan dasar dia Malaysia-malalaysia.. dan dasar sekularnya (tak da soroknya)... Untuk menyedarkan orang melayu cuba baca blog chedet hari ni..
Mungkin Husam belum cukup tarbiyyah kot?..
Husam Musa sepatutnya jawab... guna duit balak untuk kepentingan diri dan politiknya... upah orang UMNO spt Kickdefella utk lobinya di dunia siber..apa ni.. isteri kickdefella tak pakai tudung.. inikah imej PAS ???
Post a Comment