Tuesday, September 16, 2008

Husam Tidak Ada Adab Berjamaah

* Komen ini dihantar oleh seseorang yang menggelarkan dirinya ilovetgnatghh. Saya letakkan disini untuk tatapan pembaca.

(izinkanlah tulisan ini diletak di muka depan blog anda. Ia membantu demi cinta pada Islam)

Dalam seribu pimpinan utama pas, saya salah seorang daripadanya. Saya tulis bukan suka - suka atau suka pada blog ini. Saya bukan berani, maka saya tumpang blog jenis ini. Saya hanya ada maklumat, tapi saya tak mampu berbuat apa - apa sebab saya takut saya dituduh jahat. Ambil maklumat saya dan simpan sebagai maklumat yang pembaca akan memahaminya nanti. Tak perlu percaya lagi, sebab saudara kena berusaha sendiri cari bukti. Saya tunjukkan jalan..

Saya cinta Islam dan saya cinta pas.

1. Husam banyak masalah dikelantan. walaupun dia disukai ramai bawahan kerana kebolehannya, dia tidak disukai pimpinan pas kelantan. dia jenis tak jaga adab jamaah dan parti. Orang pas mesti tahu bahwa jaga jamaah terlalu penting demi perpaduan.
TMB kelantan yang wara tu tak suka sangat2 pada husam. begitu nik amar, takiyudin, mohamad iraqi, nasrudin daud, dato halim, dato omar dan lain2. Pembaca boleh kata mereka dengki, tapi cuba fikirlah, takkan semua dengki pada husam. Takkan ketua ulama pusat pun ada dengki. Mudah, tanya mereka senbdiri lah.. nik abduh dikenal anti husam disana, tapi tak lah macam antihusamblogspot ni yang agak provokasi juga kadang2.
Hanya tgna yang masih sayang husam. sebab, tak ada siapa nak sebut buruk husam padanya. kalau ada pun, tgna payah percaya sebab husam banyak bantu beliau smpai tak nampak buruk lakunya dalam pas kelantan.
Husam selepas pilihanraya 12 tidak lagi berkuasa besar sebab barisan calon dan exco baru bukan caturannya.ramai tahu dan ketawa saja dgn kerenah husam.tgna tak ambil pandangannya. dia kecewa perancangan politikya gagal besar. Keinginannya menjadi mb nampak semakin sukar.

2.kini husam buat masalah dipusat pula lps tunjuk perangai dikelantan sana. isu sama. dia bukan jenis jaga adab jamaah. dia boleh tinggal tghh dan buat apa dia suka macam dia tinggal tmb kelantan dan campur urusan exco2 lain.
husam hanya sayang tgna.tak percaya tanya dialah.tapi, dia cukup panas pada tgna bila tgna tak ambil pilihannya dalam dan lps pilihanraya dulu. biasalah, sayang duniawi lebih berbanding alkhirat.
antara kelebihan husam ialah dia lantik dirinya jadi bendahari pas kelantan tak rasmi. dato anuar tan kata pas kelantan tak ada duit banyak. tapi semua orang tahu husam banyak duit berjuta juta.ini salah dalam jamaah islam. tgna aziz tak ambil tahu perihal wang.husam guna kekerangan ini untuk jadi raja duit. ingat, semua tahu dia jaga hatta ramli,bendahari pusat,sebab itu hatta terikut ikut budaya husam. sayang ya,dr pun kena kalah pada husam kerana duit..

3. krisis sekarang adalah kerana tghh tak macam tgna yang tak nampak bahaya husam.tghh nampak kelibt husam yang dah buat buruk di pas pusat. husam gagal tipu dan perguna tghh. mungkin tghh dah ada maklumat tentang husam yang buat perangai dklantan.
Husam tak hormat ulama. dia terlalu perasan lebih tahu politik, bahkan hukum siasah syariyah.

4.krisis hari ini berkait muqabalah bukanlah baru. ini hanyalah cerita kemuncak kecamuk dipusat.betul, tghh tidak dihormati oleh husam n puaknya lagi. semua ni bawaan budaya husam dikelantan. syed azman pun dah jadi tolol ta hormt pada tghh lagi.hatta,mahfuz dan khalid dah mula terikut2 budaya karut ini. dr zul orang cerdik jim pun nampak tunjuk muka hero juga. jangan mujahid dan saari sungib buat perangai mereka nih. kenalilah husam pada pandangan ulama. ulama bila ramai, mereka jarang silap tekaan.
alhamdulillah, tghh faham dan tak percaya husamdan idea2 gilanya untuk tentukan masa depan pas.husam cucuk tgna denagn idea runtuhkan BN cara dsai. tghh lebih faham demi islam bhw anwar perlu dikawal.tidakkah semua setuju anwar itu politikal animal? salahkah tghh letak syarat demi islam lebih terjamin?
perhatikan solan saya dengan betul;

1. Bila tgna aziz jarang ke pusat krn faktor kesihatan, boleh kah dia dapat gambaran sebenar lebih baik dr tghh yang sentiasa pengerusi mesyuarat pusat?

2. Salahkah tanggapan bahawa husamlah yag cucuk tgna denagnmaklumat bohong dan palsu. satu, orang kelantan percaya begitu.dua, tgna dah tunjuk benci pada org yang dibenci husam. hari ini, dato pa kena hentam teruk. semua terkejut.semua terkejut.semua terkejut ia datang dr mulut tok guru (jk benar anuar bakri ambil dr lidah tok guru dan salinnya dalan tulisan biasnya itu.anuar mmg dikenali org kuat husam mcm kickdepelala). Bolehkah anda bayangkan tgna macam anggap dato pa mcm dah kena cucuk umno? iilah mainan husam dan puaknya yang cuba renggangkan hubungan tgna dengan orang yang antinya.orang pusat tahu dato pa ni mmg kenal sangat husam.dia lama dlm pas lebih dr tgna walaupun tgna lebih tua. Jasa dato pa siapa boleh tolak?jgn terkejut, jk tgna hentam tghh pula. hanya keberanian boleh menyedarkan tgna dr cucukan husam. siapa pimpinan pas yang berani ketuk tgna sikit agar dia sedar kesilapannya. Siapa tak sayang tgna. semua sedih dan jika berterusan, mungkin ramai menangis tgna dan tghh bertembung. yang tak sedih adalah munafik, setuju?Ingat, perbalahan adalah isu strategi.biasa saja seorang tok guru,tghh ke atau tgna boleh silap caturan.. tp bila tgna hentam sama sendiri, nampak sangat dia dipukau husam denganmaklumat tak betul. Kerana strategi, tgna aziz hentam dato pa. Sedihkan?

3.Jk kita mahu dap faham islam, tidakkah kita juga kena faham dap pun mahu kita faham dan ikut cara mereka? Jika kita nampak umno itu munafik bahaya, tidakkah kita diajar juga kafir juga bahaya? dap lebih lantang anti islamnya berbanding mca dulu. mengapa tiba2 kita mcm yakin dap tak bahaya?
Salahkah tghh sebagai presiden minta kita hati2 dlm menentukan strategi PR? Kita mahu islam dlm kerajaan baru dibuka jalan. Dap mahu jln cara mereka dibuka. dsai ditengah2.anda yakin dsai akan dengar pas sdg dalam PKR, non muslim selantang dap mengelilingi dsai? anda yakin dsai tak tipu sdg dia politikal animal? dsai kan puji salman rushdi? ada dia tarik balik?dsaikan setuju ifc? ada dia tarik balik? dsai lebih baik dr paklah, ya. tapi, dsai lebih sayang islam dr tghh, tidak!

4. mengapa husam canggah tghh dlm harakah yang minta jumlah ahli parlimen islm mesti majoriti sbgai pengimbang dan pembantu jk dsai terseleweng dlm kerajaan baru? Yakinkah husam pada yang tak pasti lagi bhw ahli umno akan lompat scra automatik lps tubuh kerajaan baru? tghh minta barang pasti untuk islam sdg husam hanya meneka dan meletak islam dlm sebut harga dan tender terbuka? Siapa lbh menjaga islam? otak ulama atau otak husam?

5. Pulau pinang hr ini adalah singapura kita dulu. Ia adalah ngeri cina dlm hukum politik. gerakan,mca umno tahu tiada lagi harapan untuk ambil alih. bahkan gerakan pun tak kisah. Ingat, pelabur cina taiwan boleh hidupka penang walaupun diasak pusat. penag bukan kelantan yang tiada rakan luar negara.

6. guan eng baik. dia mahu tunjuk adil itu tak mesti dengan islam. dia mahu tunjuk bhw tanpa islam pun dia boleh jadi mcm omar abdul aziz. dia baik dan mahu ahli pas terima dap dan cita2 tetap negara sekularnya. kita bertembung dengan dap dlm mencacak senario politik baru dimlaysia. non muslim guna anwar sesevbenarnya. Adakah PAs yakin boleh guna dsai dengan mudah?

7. masa muqabalah dulu, husam kata tim presiden, dato pa gila kuasa untuk join bn. Tp semua meleset sbb confirm oleh syura bhw join BN adalah NO! Muqabalah hanya saluran dakwah. Penuh nas dan hujah.Sekarang husam n geng jajat negeri sebut jwtan pas sebagai menteri itu ini dlm kerajaan PR. Siapa gila kuasa??? Siapa presiden PAS? TGHH atau husam? Kan betul, husam mana ada hormat org? mana tahu adab jamaah? Semua di pusat tahu betapa husam bincang dsai tanpa restu tghh n syura. dia tunjuk pandai di pusat mcm dia buat di kelantan sampai meluat habis pimpinan kelantan?
salahudin pemuda jenis betul bentul.nik abduh sekali panas sekali sejuk..

Saya mahu sudahkan di sini. pembaca boleh menilai bahawa krisis sedang berlaku. Hanya kefahaman dan kemampuan menghukum akan menyelanmatkan pas. Saya hanya ingin berpesan sebagai seorang muslim. tgna dan tghh akan mati tak lama lagi. yang tinggal tak matia dalah pas. pas untuk dipimpin org macam tghh atau mcm husam di masa depan? JANGAN TINGGALKAN LEGASI GILA UNTUK ANAK ANAK DI HARI DEPAN. BERSAMA SELAMATKAN PAS.

September 16, 2008 3:21 AM

18 comments:

Anonymous said...

salam...risau dan seram aku baca entri ni...hehehehe...

Cheguman said...

asal usul org benci UMNO ialah apabila cerita KJ (rembau) tersebar. Nampaknya cerita Husam ni akan jadi begitu juga. Jika cerita ini benar, satu gerakan anti Husam akan membara dan akhirnya menjadi api yg besar. Salah satu faktor org menolak UMNO ialah krn mereka gagal menyingkirkan KJ drpd UMNO. Awas jika Husam tidak disingkir segera. Jgn sampai PAS pula yg ditolak. Org Melayu 'kan gemar bakar kelambu apabila marahkan nyamuk.

Anonymous said...

pimpinan pas kena tegaslah, jangan duk main politik sangat. nyatakan pendirian mengenai keanggotaan dalam pakatan rakyat..

tanpa penyokong pas, pkr tu tadak apa..akan jadi parti india dan cina saja...melayu ada la 10 orang kot . haha

kabuspagi said...

takut baca artikal nih. orang islam dan melayu semakin di pergunakan.. duduk dalam umno Khairy, Pak Lah serta rakan sejawatan MIC, MCA dan Gerakan mempergunakan dan memperkudakan UMNO, dalam PAS pula PKR, DAP memperguna dan memperkuda kan kita..so jalan mana yang kita nak pilih..

tolong lah semua pembaca bagi petunjuk yang jelas.. demi maruah Islam dan bangsa Melayu.. saya tegaskan.. perpaduan islam adalah yang terbaik.. dasar UMNO dan PAS perlu di satukan dan dibuangkan mana-mana yang tidak memihak kepada islam...

Alternatifnya:

1. UMNO singkirkan Khairy dan PAS Singkirkan HUSAM.. SO SELAMAT..

2. MP PAS dan UMNO bergabung.. negeri-negeri seperti perak dan dan selangor dapat di selamatkan..

Anonymous said...

Cmne nak halau dia sbb penyokong2PAS yg muda2 sume tgh smgt PR.Cdgn aku la,kalo betul BN tumbang,PAS stay dulu dlm PR.kalo nmpk alignment cm lari jek, baru kuar.Lps tu baru jatuhkan husam muktamar thn 2009

Anonymous said...

sayangnye ramai yg terpesona dgn husam especially golongan professional muda sama ada dalam PAS sendiri, luar atau pun musuh terutama nya UMNO. Yg jelas kalau tindakan hendak diambil pada husam, biarlah macam menarik rambut dr tepung, tepung tidak berselerak dan rambut pula tidak putus....

Anonymous said...

ramai generasi muda dan golongan pekerja (a.k.a professional) sudah tak menghayati matlamat asal perjuangan PAS. saya pun muda juga, < 30, tapi saya lebih mahukan kepimpinan ulama macam ulama2 PAS. Insya'allah doa (dan undi) saya utk ulama PAS yg ikhlas perjuangkan Islam (1 undi tetap, insya'allah)..

saya pun sayang TGNA & TGHH
saya sayang PAS
saya benci ULAT !

-herbos-

Anonymous said...

16hb sudah lepas
tunggu pulak 25hb bulan depan
Pesan kepada pemimpin PAS
Jangan syok pada jawatan

Presiden PAS Tok Guru Haji Hadi
Naib Presiden PAS Husam Musa
Kalau Kerajaan PR masih kekalkan Judi
Kita semua sama-sama berdosa

Anonymous said...

senang
ape jasa husam pada parti PAS?
singkirkan dia

Anonymous said...

Jangan terkejut, jika Husam keluar PAS dan sertai partai pelbagai kaum keadilan, setelah TGNA sedar dari mimpi siang hari dengan Husam...Oh rupa-rupanya husam tipu ambo....

Anonymous said...

Hidup Islam...buang jer parasit husam tu...tak guno betui...kalo dah dasar anwar,...pi lah masuk pkr...jgn sibuk dalam pas ni...pkr baru lah betui2 barua anwar...dalam pas maner nak ader...pas ni kepimpinan ulama jer...maner ader kepimpinan anwar...ni aku cakap camni kang ader yang kater aku langgar keputusan muktamar....aik...habih dah ker demokrasi ni??kater tentang 16 sep tak jadi pun tak leh?? maner kebebasan dalam pas?? yang ramai2 pi hentam tg hj hadi tu tak pa pulak yer...salahuddin ayub,khalid samad yer...bagus nyer kalian...Bertuhan kan anwar...ikutlah kepimpinan ulama bukan kepimpinan yang tak reti bahasa ni...ulama pewaris nabi...Allahuakbar!!!!

Anonymous said...

jom kita pulun habis-habisan puak2 ni....mejahanam kan PAS je!!!!!

Anonymous said...

saya bukanlah ahli pas mahupun pkr. tetapi saya mengharapkan pas dapat melakukan sesuatu yg terbaik demi ISLAM yg suci. SINGKIRKAN husam jika beliau sememangya bersifat sedemikian. Setelah baca artikel ini saya merasakan jiwa husam bukanlah PAS tetapi PKR yg sanggup melakukan apa saja asalkan PR dpt tubuh kerajaan baru. Kemudian dapat pangkat, nama dan harta... beliau biadap terhadap ulama'.. Adakah ini perjuangan PAS yang terkenal dengan PERJUANGAN ISLAM!!!? Wahai pemimpin-pemimpin PAS yang sentiasa menjunjung al-Quran dan As-sunnah muzakarahlah bersama-sama demi menjaga agama ISLAM.. saya berpendapat pas dan umno perlu bekerjasama kerana kedua2 parti ini sajalah yg mewakili orang islam dan melayu. pkr dah tak boleh harap, mereka perjuangkan hak sama rata. mungkin kaum lain juga mahukan rumah ibadat sebesar masjid2 besar di malaysia?!!! mereka ikut telunjuk dap, boneka dap. kalau kita sedar, siapa yg paling ramai di sekeliling anwar sekarang? cina2 dan peguam2 india kan? mereka ni pas ke? siapa yg bg idea kt anwar? orang2 ni la... lps tu anwar hasut husam & the gang plak.. so, sape yg jd perancang PR klu bukan keturunan2 pendatang TUH!! begitu juga dgn umno.. perkara yg sama juga berlaku.. parti2 komponen bn hanya mahu mengambil kesempatan je.. kalau dap, mca dan gerakan boleh bermain "wayang" di depan seolah2 mereka bermusuh politik.. hakikatnya di belakang siapa tahu.. mereka mempunyai agenda yg sama!!! pas dan umno juga PATUT lebih daripada itu.. sesama islam.. apakah sanggup bermusuh sesama islam hanya kerana parti?? tidakkah kita terfikir dap, mca, gerakan, mic dll yg mereka tu didominasi golongan kafir??? kafir dengan muslim, yang mana kita PATUT pilih? sedarlah!! fikir2kanlah wahai saudara2 seagamaku.. marilah kita semua orang2 islam bersatu hati menjaga keutuhan agama Islam, melayu dan negara tercinta.... Takbirrr!!! ALLAHUAKBARRRR!!!!!

Anonymous said...

nate husang tu dop leh paka kiro.. islam liberal anwar tu nop bowok ke dale pas..hati2..petahankan kepimpinan ulama'..takbirrrrrrr!!

Anonymous said...

HUSAM SAMA DENGAN NASIRUDIN AL TUSI SEORANG ULAMA SYIAH YANG BERSEKONGKOL DENGAN TARTAR MONGUL SEMASA SERANG BAGHDAD. SETELAH MONGUL MENGHANCURKAN KERAJAAN ISLAM BAGHDAD, TARTaR MELANTIK NASIRUDIN SEBAGAI MUFTI, JAWATAN TERTINGGI DALAM KERAJAAN KAFIR MONGOL.(sama dengan husam nak hancurkan PAS kerana nak jawatan kabinet dengan anwar ibrahim..)

SANGAT PELIK, BELIAU TIDAK TAAT KEPADA PEMIMPIN, SEJAHAT-JAHAT ORANG UMNO DIA TAAT KE PADA PRESIDENTNYA. DALAM PARTI KOMINIS DUNIA PUN TAAT KEPADA KETUANYA.. TAPI HUSAM JENIS MANUSIA YANG ANIH, DIA MEMPERGUNAKAN SESIAPA TERMASUK TGNA, UNTUK KEPENTINGANNYA. KALAU DI KELANTAN DIA GAGAL NAK JADI MB KELANTAN...WALAUPUN BELAIU MENGGUNAKAN SERIBU CARA, SEPERTI MEDIA, YANG MEMBAWA ISU , SIAPA GANTI TGNA MB KELANTAN. SEMUA RAKYAT KELANTAN TAHU, SIAPA WARTAWAN UPAHANNYA UNTUK MENGUAR-UARKAN ISU INI.. KEMUDIAN DALAM BULETIN DAHULU, GAMBAR HUSAM ADA 9 GAMBARNYA DALAM SETIAAP HELAIAN BULETIN KELANTAN..

BANYAK LAGI CARA DAN PENIPUAN DAN KEPURAAN YANGB HUSAM BUAT DI KELANTAN, TETAPI ALLAH MAHA BESAR, TELAH MEMBERSIHKAN KEPIMPINAN KELANTAN DARI KRONI DAN PAK TURUT HUSAM.

SEMUA RAKYAT KELANTAN TAHU BAGAIMANA IA MENGGUNAKAN ANUAR BAKRI DAN M,ENANTU TOK GURU ARIFF FAHMI( berbisik ke telinga TGNA tentang fitnah kepada Taki ) UNTUK MENJATUHKAN YB TAKIUDDIN DARI MENJADI WAKIL RAKYAT DUN BUNUT PAYUNG, DENGAN MELETAKKAN CALONNYA DR ROSLI ATAU LAWYER NORDIN. TETAPI TOK GURU SEDAR DARI PUKAUAN HUSAM DAN KUNCU-KUNCUNYA..

( sekarang dr rosli menjadi pegawai khasnya )

Wahai Husam, ingat jamaah Islam ini di jaga oleh Allah.. Kau akan tersingkir Insya asllah sekiranya kau masih tidak berubah dengan perangai lama...TAMAK..CITA-CITA NAK JADI MB DAN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Anonymous said...

Sedarlah TGNA, sedarlah ahli PAS semua. Jangan biarkan PAS menjadi parti Islam yang liberal. Jawatan lebih penting dari perjuangan. Singkirkan anasir yg cuba meliberalkan PAS.Kalau terlambat, Islam tulen akan pupus di bumi Malaysia ini.
Takbir...

Singh Is Kinng said...

Ha ni cerita dari orang Kelate.

Perangai Husam sudah lama menjadi topik bualan para penyokong UMNO dan PAS di Kelantan. Malah beliau pernah berkata tak elok mengenai TG Nik Aziz di belakang tabir.

Beliau kini mempunyai beberapa tauke China dalam genggaman yang menjadi his financial back-up, dan semestinya tauke-tauke ini mendapat habuan lain sebagai pulangan.

Kini agenda Husam ialah untuk merealisasikan KETUANAN ANWAR, kerana team Ardogan seperti Husam, Kamaruddin dan Hatta dijanjikan emas permata jika Anwar berkuasa. Kalau tak percaya lawat saje ke blog si Husam Musa, banyak entri hanya pasal Nuar Nuar dan Nuar.

Wassalam.

Anonymous said...

Aku nak komen komentar bodoh ni: "pimpinan pas kena tegaslah, jangan duk main politik sangat. nyatakan pendirian mengenai keanggotaan dalam pakatan rakyat..
tanpa penyokong pas, pkr tu tadak apa..akan jadi parti india dan cina saja...melayu ada la 10 orang kot . haha"
Pemimpin PAS bukan macam Hussam, bila nak bertegas, bertegas dalam blog. bila tak puas hati dengan mesyuarat, luahkan dalam blog.

Pemimpin PAS sejati dia ada adab, diorang dah bertegas dengan Anwar tapi korang je tak tahu. aku parti keadilan, aku tahu penegasan PAS ini. Aku pun dah fedup dengan ANwar, tak bertegas dengan DAP macam tuntutan PAS. Lepas ni aku nak kuar KEadilan nak masuk PAS pulak.

Satu cerita kalau korang nak tahu. Anwar ni pandai pecah perintah. Ari tu dia bisikkan kat telinga MP PAS yang presiden PAS tak bertegas dalam isu non-muslim. MP PAS tu, bukan main lagi anggap Pemimpin tak tak pandai lead.

Padahal, Pemimpin PAS dah bertegas, cuma Anwar putar belit, dan MP PAS macam Husam, Khalid, Hatta dll sudah terbelit dengan Anwar.