Friday, September 19, 2008

Kenapa Mustafa Ali Di Serang?

Saya baca berulangkali kenyataan Dato' Pa yang kununnya menimbulkan kemarahan Tok Guru Nik Aziz. Saya cuba mencari di mana silapnya sehingga Dato' Pa diserang macam "tiada esok bagimu". Saya mencari dan mencari...akhirnya saya berjumpa.

Sebenarnya tidak ada silapnya kenyataan Dato' Pa tersebut. Kalau Husam Musa boleh buat hipotesis PAS akan berpecah takkanlah Dato' Pa tak boleh buat hipotesis kerajaan tidak akan bertukar pada 16 September. Dato' Pa hanya menyatakan bacaan politiknya berdasarkan ilmu dan pengalamannya yang akhirnya ternyata kebenarannya apabila kerajaan baru tidak pun terbentuk pada 16 September. Dato' Pa dah kata tak boleh nak tumbang kerajaan yang sedia ada kalau parlimen tidak bersidang. Tidak pernah berlaku dan tak boleh berlaku. Salahkah pandangan beliau? Tentu tidak salah dan telah terbukti kebenarannya kerana sekarang barulah Anwar terhegeh-hegeh nak suruh Pak Lah buat sidang parlimen tergempar sebab nak buat undi tak percaya. Kenapa dulu tak dengar pandangan Dato' Pa. Kenapa nak serang tak tentu pasal?

Saya rasa saya tahu kenapa. Rupa-rupanya ada orang berangan-angan nak duduk kerusi Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPPP). Ramai yang tak puas hati duduknya Dato' Pa dikerusi tersebut. Lebih-lebih lagi puak erdogan dan Anwar Ibrahim. Anwar mesti tidak lupa betapa susahnya beliau bila berurusan dan berbincang dengan Dato' Pa bilamana nak menentukan kerusi untuk PAS & PKR bertanding pada pilihanraya yang lepas. Anwar mesti tahu bahawa Dato' Pa lah orang yang paling kuat mempertahankan peruntukan kerusi untuk PAS. Anwar juga tahu Dato' Pa tidak mudah mengikut cakapnya malah selalu tidak bersetuju dengannya dalam banyak hal demi mempertahankan kepentingan PAS (bukan macam geng erdogan yang telah dicucuk hidungnya oleh Anwar). Anwar juga terlebih tahu bahawa Dato' Pa ada menyimpan beberapa rahsia peribadinya.

Maka disebabkan faktor-faktor tersebutlah, maka Dato' Pa dianggap merbahaya untuk survival Anwar dan kumpulan erdogan di dalam PAS. Mereka mesti berusaha supaya kerusi Ketua Pengarah JPPP bukan lagi milik Dato' Pa pada pilihanraya akan datang.

"Pucuk dicita ulam mendatang". Bila keluar sahaja kenyataan Dato' Pa berkenaan kerajaan baru pada 16 September tersebut, maka digunakan semaksima mungkin oleh geng erdogan (yang menjadi budak suruhan Anwar) untuk menyerang Dato' Pa habis-habisan. Mereka sengaja memanipulasi dan menggambarkan bahawa kenyataan Dato' Pa tersebut adalah bersifat menentang pembentukan kerajaan baru PR dan melanggar keputusan muktamar untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Digambarkan juga seolah-olah Dato' Pa hendak supaya PAS bergabung dengan UMNO. Dan gambaran yang salah itulah yag telah diberitahu kepada Tok Guru Nik Aziz sehingga menimbulkan kemarahan beliau (sedangkan tok guru tak baca habispun kenyataan Dato Pa tersebut). Sedangkan kalau dibaca betul-betul kenyataan Dato Pa tersebut tidak ada pun kenyataannya yang nak suruh PAS bergabung dengan UMNO atau nak menyerang Pakatan Rakyat. Beliau hanya menyatakan pandangannya berkenaan pembentukan kerajaan baru pada 16 September, 2008. Itu sahaja.

Diantara yang menjadi balaci dan budak suruhan Husam dan geng erdogannya untuk menyerang Dato' Pa ialah Khalid Samad yang telah menyerang Dato' Pa melalui beberapa artikel di dalam blognya. Mungkin khalid tak sedar jasa Dato' Pa terhadap beliau ataupun mungkin mereka diajar untuk tidak mengenang jasa. Mereka sanggup menyerang sesama sendiri secara terbuka demi menyelamatkan "orang luar". Pelbagai usaha, desakan dan tekanan dikenakan ke atas Dato' Pa dengan harapan beliau akan melepaskan kerusi Pesuruhjaya PAS Trengganu dan Ketua Pengarah JPPP.

Saya amat berharap Dato' Pa akan tabah seperti selalu dan lebih kental untuk menyanggah anasir-anasir asing dalam jamaah kita yang makin menular dan berleluasa sekarang ini.

17 comments:

Anonymous said...

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2008/09/pas-akan-sertai-perubahan-kerajaan.html
===
Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang turut menyampaikan ucapan pada ceramah tersebut melahirkan keyakinan kepada kepimpinan Ustaz Abdul Hadi.

"Kita tetap dengan Ustaz Abdul Hadi sebagai Presiden PAS, kita tidak akan gadai perjuangan kita, kita tidak akan bertukar ganti prinsip. Ustaz Abdul hadi telahpun membawa maruah PAS," ujar beliau yang juga Menteri Besar Kedah.
===

Kalau TGHH disokong, insya'allah orang pilihannya pun disokong. Kalau pemimpin mcm ustaz pun dah sokong, kita sokong. bukan taksub, tp itulah semangat jemaah.

-herbos

Anonymous said...

sedarkan lah TGNA
hanya dngan cara ni lah husam n geng akan kehilangan pengaruh...
aku percaya TGHH dapat menasihati dan menyedarkan TGNA tentang apa yg sebenarnya berlaku...

Anonymous said...

Ya Allah Apa dah jadi dengan PAS sekarang,....UMNO dah nak mampus,kita semakin terseksa,terdesak....pemimpin pentingkan kedudukan,pangkat kejar glamour gila.....
Husam memang macam tu dari dlu lagi tak berubah dan sekarang makin angkuh dan sombongnya pemimpin pas sekarang..!!!!

Di manakah sifat dan nilai pejuang Islam...
Di manakah nilai2 seorang yang di tarbiah dgn jemaah islam
Di manakah Wala'kepda pemimpin dan keputusan Syura.yang di junjung oleh pejuang dan pimpinan PAS?

Kini Husa telah di ulik dengan mimpi2 indah ,janji2 manis DSAI...

KENAPA TIADA YANG MENAMAKAN HUSAM ADALAH LIDAH PKR&DAP(agen Amerika)kalau cikgu pa di tuduh lidah UMNO?

Husam bukan lagi pemimpin PAS..!!!tapi pemimpin yang mengejar pangkat dan kedudukan didalam kerajan 'mat jening'

apakah TGNA tak ajar Husam mengeni meminta jawatan ni dalam islam,lagu mano tokguru ehhh???

pikir-pikir lah semua sahabat,tiaa guna kita bertelagah dengan umno selama ini(SAMPAI KAFIRKAN DIORANG)
SEDANGKAN kerajaan yg kita cari pun kearah itu jgak,aku takut lebih dasyat dari jahilliyah umno jah.!!!

WAHAI HUSAM TOLONG LAH SEDARKAN DIRI KAMU,KALAU ISLAM ROSAK DI BUMI MALAYSIA KERANA PEMIMPIN SPT KAMU, SELUROH UMAT ISLAM AKAN MENYALAHKAN KAMU dan PAS..!!!!

kamal... said...

nasib lah apa dah nak jadi dng pas..tdk ada kah org dlm pas yg berani bersuara utuk perbetulkan keadaan ini..husam dah lah jng jadi org kemaruk kuasa..ingat asal usul mu wahai org yg kerdil..kalau bukan pas u is nothing ingat tuu..sedar lah siapa pejuang sejati kalau bukan TGHH ingat lah dari mana asl mu..sedar2 lah..

Piggy Singh said...

Husam lebih rela merealisasikan Ketuanan Anwar daripada mengukuhkan perjuangan PAS ke arah negara Islam.

Ini jelas kelihatan apabila kadam si Husam Sheih Kickdefella bertukar haluan, daripada membenci Anwar dalam tulisannya di peringkat awal, kini memuja Anwar macam dewata.

Dalam tulisannya, Sheih menghentam ulamak2 PAS yang bermuzakarah dengan UMNO menggunakan kata2 yang cukup keji, dengan tajuk Anna Anta Meliwat di Jalan Bellamy.

Demi tidak mengaburi mata pengikut PAS, eloklah Husam, Kamaruddin Jaafar dan Dr Hatta bertukar kapal ke PKR demi merealisasikan Ketuanan Anwar yang sekular.

Anonymous said...

pas akan lebih di hormati dan mempunyai kekuatan kalau Husam ,dr Hatta,khalid samad,dato'KJ Tah ape-ape lagi lagi nam gua pun tak ingatla.....KELUAR DARI PAS...Masuk ls PKR/DAP lagi baik

lu pigi mampus la OOooiii!!!!

Anonymous said...

Salam.

Blog Malaysiawave sudah mula serang satu persatu batu penghalang geng Erdogan ini.

Mereka merasakan susah PR berkuasa jika geng ini masih berkuasa dlm PAS.

Jika PAS berjaya ditumbangkan atau dipecahkan maka tentulah USA akan bertepuk tangan.

Sila klik link bawah dan anda lihat sendiri presiden PAS dan team dia dihina demi menaikkan reputasi Husam n the geng.

http://www.malaysiawaves.com/2008/09/ahli-pas-harus-memilih-tok-guru-atau.html


melaporkan dari :

blog Kerispusakamelayu
http://kerispusakamelayu.wordpress.com

Anonymous said...

Mustapha Ali vs DSAI & TGNA

916 = DSAI jadi PM

Mustapha Ali = 916 x betul

DSAI = 916 betul

TGNA = 916 betul dan Mustapha Ali salah.

Fakta pada 920 = 916 x betul

916 x betul = Mustapha Ali betul

Mustapha Ali betul = DSAI & TGNA salah.

Kesimpulan = Mustapha Ali kena mengadap TGNA meminta maaf.

Unknown said...

TGNA sebagai Mursyid harus berhemah dalam pendapat dan ulasannya.

TGNA harus dinasihati cara mentadbir negeri. Jawapannya kepada isu kroni (kes menantunya)tidak dapat diterima. Dalam kaedah korporat pun, mereka ada kaedah Corporate Governance bilamana, sekiranya ada perlantikan atau pemilihan yang ada kait dengan pengarah, mereka harus istiharkan pendirian terlebih awal. Ini kaedah barat yang sama sekali tak bertentangan dengan Islam.

Dalam hal kelulusan kawasan balak, TGNA harus membawa kepada musywarah dan tidak memberi keputusan sebelum perbincangan dibuat. Dan beliau mesti akur kepada keputusan ahli.

Biarlah TGNA diberi tugas membina fikrah dan tidak lagi mentadbir.

Anonymous said...

Berani kamu semua mempersoalkan kata-kata Imam Mujtahid Mutlak Sheikh Anwar ibni Ibrahimi At Timing, sedarlah ulama-ulama PAS pun meyakini kebenaran Imam Anwar dan tidak mempersoalkannya sedikit pun.

Buktinya karomah Imam Anwar ialah tarikh keramat 916 yang telah dibuktikan kekeramatannya. Jangan lupa “tulah” Tuan Guru Nik Aziz yang sentiasa berada di belakang Imam bagi menyokongnya. Tulah tersebut bakal menimpa sesiapa yang tidak setuju dengan Imam Anwar.

Tengok apa yg telah berlaku kepada Mustapha Ali, bersedia memohon maaf walaupun dia betul.

kamal... said...

teruskan bro kritik mana yg pedas org mcm ni ndak blh d simpan2 kelak membuat onar dlm parti..ingat yg pincang harus d tegur yg rosak harus dperbaiki demi parti dan perjuangan islam dan PAS...sampah betul..

Anonymous said...

tula yg sya pelik
mcm mana ramai ahli & pimpinan pas leh pecaya dgn DSAI.
kalau org lain tuduh bkn main lagi suruh kemukakan bukti dulu.
bila dia tuduh kata paklah dah tak ada majoriti dia tak bagi bukti plak...pastu nak suruh org pecaya kat dia.
pelik..pelik...

Anonymous said...

kami pemuda pas dari kedah amat bersimpati dengan nasib yang menimpa Dato' Mustafa Ali.

kami tak sangka pemimpin yang begitu kuat mempertahankan kerusi PAS dalam PRU12 tempohari dilayan sedemikian rupa.

kami juga tidak sangka sebahagian besar daripada kita terlalu mempercayai Dato' Seri Anwar Ibrahim sehingga bercakaran sesama sendiri

semoga pimpinan PAS terutamanya AlFadhil Tuan Guru Presiden dapat melakukan ssuatu untuk membendung gejala perpecahan yang mungkin melanda harakah kita ini.

kami tetap percaya dengan kebolehan dan ketokohan AlFadhil Tuan Guru Presiden untuk menyelesaikan masalaah ini.
sepertimana kata MB Kedah baru-baru ni bahawa Presiden PAS lah yang berjaya mempertahankan maruah PAS!

Anonymous said...

Mahadzir Md Said

BERSIHKAN PAS DARI MAZHAB ANWAR

Oleh Mahathir MS

Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, sudah kelihatan kelibat dalam PAS yang lebih menyanjungi dan taksub kepada Ketua Umum PKR itu daripada pemimpin PAS.

Seolah-olah sudah ada satu perancangan yang disusun agar fahaman Anwar dapat diresapi ke dalam PAS.

Umum semua mengetahui sebelum Anwar dipecat daripada Kabinet dan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Anwar dijadikan sasaran pihak pembangkang terutama pemimpin PAS.

Jika kita teliti ucapan atau ceramah-ceramah politik, banyak gelaran yang jijik dan kurang baik untuk didengar diberikan oleh pemimpin PAS pada ketika itu.

Malah pemimpin PAS sendiri meminta Anwar menafi dan mengambil tindakan mahkamah terhadap dakwaan yang mereka lemparkannya terhadapnya ketika itu. Malah media rasmi PAS Harakah, turut menyiarkan gambar aksi Anwar termasuk gambar Anwar menerima duit judi pada 20 Januari 1994 di Jalan Jelatek, Ampang, Kuala Lumpur. Gambar ini disiarkan selepas Akhbar Watan menyiarkan gambar berkenaan di muka depan.

Namun apabila Anwar dipecat, kita lihat pemimpin PAS bertindak di luar dugaan. Akhbar Harakah yang selama ini melanyak Anwar tetiba terus membela Anwar. Umum mengetahui bahawa PAS ingin mendapat keuntungan politik dari isu Anwar. Memang terbukti pada pilihanraya umum 1999.

Tetapi yang lebih mendapat untung adalah DAP. Namun dalam pilihanraya umum ke 12, terbukti isu yang dimainkan oleh PAS tidak lagi menguntungkan PAS. PKR dan DAP pula mendapat untung daripada isu Anwar.

Apa yang lebih pelik ialah tindakan beberapa orang kuat Anwar yang tidak menyertai PKR yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang jelas matlamat utama ditubuh parti ini untuk membela Anwar yang kononnya dianiaya oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin berkenaan lebih mengambil pendekatan untuk menyertai PAS. Sedangkan sebelum ini mereka bermati-matian berjuang membela Anwar yang kononnya teraniaya.

Jika dilihat dari satu sudut seolah-olah ada satu perancangan jangka panjang yang disusun atur oleh pengikut Anwar untuk menyusup masuk dan meresapi ke dalam PAS bagi mengembangkan fahaman dan mazhab Anwar.

Mereka seolah-olah sedar bahawa jika hendak diharapkan PKR sudah pasti perjuangan untuk membela Anwar dan mempastikan agenda perjuangannya tidak dapat direalisasi tentu tidak terlaksana.

Mereka tentu telah mengambil pengajaran bagaimana pakatan pembangkang gagal dipertengahan jalan kerana asas perjuangan dan matlamatnya berbeza-beza. Semasa Allahyarham Datuk Fadzil Noor menjadi presiden PAS, parti itu telah mengharamkan ahli PAS menyertai Jemaah Islam Malaysia dan mana-mana pertubuhan yang seumpamanya.

Lantas itu tertutuplah pintu buat ahli-ahli Jemaah Islam Malaysia (JIM) yang terdiri daripada cerdik pandai daripada menyertai PAS. Allahyarham Fadzil Noor tentu mempunyai alasan kukuh kerana beliau pada ketika itu berbuat demikian.

Mungkin beliau menyedari bahawa majori anggota JIM itu adalah ahli ABIM dan mirip kepada perjuangan Anwar.

Namun untuk mengaut sokongan akhirnya PAS membuka pintunya kepada JIM. Apabila PAS membuka pintu partinya kepada kumpulan ini kelihatan kelibat-kelibat yang pernah bersama-sama Anwar mula mendekati PAS malah telah berjaya mempengaruhi ahli PAS untuk memartabatkan mereka sebagai pemimpin.

Tindakan PAS ini bagai orang sudah mengantuk disurung bantal. Mereka yang selama ini merupakan ”orang kuat” Anwar bukan sekadar menumpang tidur malah berusaha merealisasikan mimpi yang dimimpikan oleh mereka dan Anwar di dalam PAS. Keadaan ini menjadi realiti lagi selepas pembebasan Anwar.

Puak-puak yang bermazhab Anwar mula mengusung Anwar ke sana sini dalam setiap siri ceramah PAS. Akhirnya apa yang berlaku populariti Anwar telah menyaingi populariti pemimpin PAS. Keadaan ini lebih parah apabila ahli-ahli PAS mula melihat bahawa Anwar merupakan pilihan terbaik untuk menerajui kepimpinan barisan pembangkang untuk berkuasa. Suasana ini jelas terbukti menjelang pilihanraya ke 11 dan selepas pilihanraya umum ke 12.

Pemimpin-pemimpin yang bermazhab Anwar telah berjaya merealissikan asas perjuangan Anwar di mana PAS tidak lagi meletakan penubuhan negara Islam sebagai asas perjuangan utamanya. Sejak dalam pilihanraya ke 11 PAS tidak lagi bercakap soal penubuhan negara Islam yang berpelembagaan Islam bertulis. Begitu juga dalam pilihanraya ke 12, Presiden PAS sendiri telah menegaskan kepada wartawan usah dibangkit dan disoalkan lagi tentang penubuhan negara Islam.

Menurut Hadi penubuhan negara Islam bukan lagi agenda dalam pilihanraya ke 12. Apabila berakhirnya pilihanraya ke 12, setelah BN kekurangan majoriti dua pertiga, pemimpin berkenaan sekali lagi berusaha mempengaruhi pemimpin PAS untuk menerima pakai mimpi Anwar untuk menubuh kerajaan dengan acara lompat parti daripada komponen BN.

Sejak itu gula-gula ditaburkan bahawa Anwarlah pemimpin paling layak untuk menjadi Perdana Menteri. Maka sekali lagi Anwar diusung untuk berada di atas pentas PAS bagi menyampaikan hujah menjayakan matlamatnya.

Jelas sebagai orang yang bijak berretorik, bijak menggunakan kesempatan semasa orang dalam kepayahan dan kesusahan Anwar berjaya mempengaruhi ahli PAS bahawa dialah calon terbaik daripada kalangan pemimpin pembangkang termasuk dari PAS yang layak menjadi Perdana Menteri menerusi acara lompat parti.

Anwar mengguna tipu helah kononnya dia mempunyai 40 orang ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan pembangkang. Selepas itu jumlah itu semakin hari semkin menurun. Namun tahap kepercayaan di kalangan ahli PAS bertambah. Mereka percaya Anwar orang yang hebat, boleh dipercayai dan layak menjadi Perdana Menteri.

Seolah-olah Anwar mempunyai kuasa ghaib “aku kata jadi jadilah” Akhirnya mereka lupa akan ketokohan pemimpin PAS selama ini. Mereka lupa ulama-ulama PAS yang sememangnya hebat. Mujur menjelang detik 16 September, pemimpin PAS seolah-olah baru tersedar daripada diperdaya oleh juak-juak dan retorik Anwar.

Akhirnya wujudlah suara-suara dalaman PAS yang menyatakan pemimpin PAS lebih layak daripada Anwar. Terdapat juga suara-suara yang mahu sekiranya kerajaan baru mahu ditubuhkan ianya mesti berlandaskan Islam dan pemimpin PAS mesti menerajuinya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan gerombolaannya terus membidas kenyataan daripada PAS bahawa DAP menolak sebarang penubuhan negara Islam. Lalu berlaku pertikaman lidah seketika.

Lantas Anwar terus menonjol diri bahawa dialah antara pemimpin pembangkang yang layak menjadi Perdana Menteri terutama selepas menang pilihanraya kecil Permatang Pauh dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Senario mula berubah apabila muktamar PAS belangsung di Perak bila ada di kalangan perwakilan PAS bangun menyuarakan rasa kurang senang di atas ketaksupan ahli PAS terhadap Anwar sehingga kewibawaan kepemimpinan PAS dilupai.

Malah pemimpin PAS sendiri Haji Hadi Awang secara terbuka menyatakan hasrat Anwar itu umpama angan-angan Mat Jenin. Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali dengan tegasnya juga menyatakan impian Anwar tidak akan menjadi kenyataan.

Pada saat terkahir pula Hadi Awang menegaskan PAS tidak akan menyokong mana-mana penubuhan kerajaan yang tidak diasaskan Islam sama ada oleh Anwar atau UMNO.

Jadi bagaimana pula Anwar boleh mendakwa bahawa dia mempunyai 30 ahli parlimen untuk membolehnya mengangkat sumpah?

Kalau Pas sendiri telah menarik diri dari awal-awal lagi dan tidak mahu mengiktiraf kerajaan yang ingin ditubuh oleh anwar tentulah jumlah sokongan untuk menubuh kerajaan masih belum mencukupi.

Keghairahan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September telah mengundang satu kesedaran kepada pemimpin PAS. Malah satu malapetaka kepada pakatan pembangkang apabila Hadi Awang secara jelas berkata ”PAS menarik diri” dari bersama Anwar untuk menubuh kerajaan kerana kerajaan itu tidak berasaskan Islam.

Kini 16 September telah berlalu. Seluruh ahli PAS harus muhasabah diri agar tidak terlalu taksub dengan retorik Anwar. Malah mereka harus kembali kepada perjaungan asal PAS dan memartabatkan PAS sebagai sebagaimana dahulu. PAS harus kembali keperjuangan asalnya.

Malah harus kembali kepada semangat berparti seperti mana yang diamalkan sebelumnya terutama dalam bermesyuarah demi kepentingan Melayu dan Islam. Malah PAS harus membuat pembersihan dalam parti dengan menyingkirkan fahaman mazhab Anwar dalam parti berkenaan.

Mana-mana pemimpin PAS tidak kira dari mana sekiranya ianya begitu taksub dan terus memperjuangkan kepentingan Anwar dengan menjadikan PAS sebagai landasan kedua bagi mencapai matlamat Anwar maka pemimpin berkenaan harus ditolak.

PAS harus sedar 16 September juga mencalar maruah dan kewibawaan PAS. PAS tidak harus membiarkan parti ini dijadikan boneka untuk Anwar mencapai cita-cita dan matlamat politiknya.

Usaha pembersihan harus dilakukan segera sekiranya ahli PAS mahu pemimpin mereka dihormati dan PAS tetap dengan hala tujunya. Jika tidak dilakukan pastinya lama kelamaan perjuangan PAS akan turut pudar dan terhakis akibat permainan ahli dan pemimpin PAS yang bermazhab Anwar.

MAHATHIR MS, UUM,SINTOK KEDAH. (BEKAS WARTAWAN) Mahadzir Md Said 630305-02-5775 013-4013379

dipetik dari:http://bernama.com/bernama/v5/bm/letterdetails.php?id=232

Anonymous said...

SAYA NAK MINTA PRESIDEN PAS MENGADAKAN MUKTAMAR KHAS BAGI MEMBINCANGKAN SATU USUL BERBUNYI:

"MENYEDARI ADA USAHA DI KALANGAN ORANG KITA MAKAN KITA, ORANG KITA CUBA MEMBUNUH PAS DARI DALAM MELALUI TINDAK TANDUK YANG MENCURIGA DAN TINGKAH LAKU YANG TIDAK MENGUNTONGKAN JAMAAH PAS"

"MAKA SAYA MENCADANGKAN HUSAM MUSA, KAMARUDDIN JAAFAR, DR. HATTA RAMLI, DR. ZUL, KHALID SAMAD, DAN KAWAN-KAWANNYA DIPECAT DARI PAS"

Pok Nik Klate said...

Inilah kesedihan PAS sekarang yg sangat besar..Dlm semangat Ramadhan pemimipin PAS hentam menghentam sesama sendiri..Ambo beraso pelik jugok bilo TGNA menghentam DMA..pada hal itu hanya pandangan peribadi dio..
Kadang2 ambo raso TGNA macam tak kaba..sehari dua ni..kok sir kok dan kenyataan dio buat..sapa yg bagi skrip kat dia ni? Husma pon lebih dari jadi Naib Presiden PKR dari Naib Presiden PAS??? Apa dah jadi ni?? Wahai ahli2 PAS..apa untungnya kiyo dengan projek Anwar 916 ni? Ambo kiro hipothesis Meli Keris Jangak ada betulnyo..bahawa tarikh 916 merupakan titik perpecahan dalam PAS..Bakpo jadi begitu sekali?? 916 bukan pon projek PAS.. ianya projek Anwar Ibrahim..bakpo akhirnyo PAS yg menjadi mangsa..Pada penelitian pok nik org bertanggungjawab dalam hal ini adalah Husam dan beberapa rakanny yg telah dirasuk oleh si Syaitan Iblis durjana dalam sama2 bersekongkol dgn Anwar dalam mengejar 916..
Walaupon 916 telah berlalu..nampoknyo Husam masih lagi tak mikir..masih lagi percaya kpd Anwar..Booo lah..padan doh.. Jemaah PAS kena nasihat ko TGNA..kali tidak selamnyo dio akan jadi tak kaba kalu dok main dgn Husam ni..akhirnya ore UMNO jugok akan beroleh kemenangan..Kerjaan Pusat tak jatuh..kerajaan negeri kelantan/perak/kedah akan ditawan oleh org UMNO..fikirlah sendiri

Anonymous said...

dulu saya jadikan TGNA idola..tapi sekarang tindak tanduk dia mcm dah tak betul..macam bukan ulamak..mcm orang yang kemaruk dan tamak kuasa..sebanarnya tindak tanduk TGNA ni akan digunakan umno untuk mencari kesalahan PAS..sayang sekali..

saya baru sedar hal ini semasa mendengar kuliah subuh di tempat saya, dalam ceramahnya ada menyebut sikit sebanyak pasal politik TGNA..saya harap TGNA dapat menginsafi diri..sedangkan nabi pernah dimurkai Allah..inikan pula TGNA