Tuesday, August 5, 2008

DATO' KJ PENIPU

Tajuk utama dimuka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini ialah "PAS NAFI BOIKOT KEMPEN ANWAR". Dan dimuatkan kenyataan Dato Kamarudin Jaafar selaku Setiausaha Agung PAS sebagai berkata : "Sudah selesai...tidak ada apa isu lagi, kita sudah jumpa semalam dan bebincang lanjut bagi melicinkan perjalanan pentadbiran kerajaan PR di Pulau Pinang".

Nampaknya Dato' KJ sudah pandai nak menipu macam "bos"nya DSAI. Tahukah beliau bahawa mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang pada hari Ahad yang dihadiri oleh Husam itu tidak pernah membatalkan keputusan mesyuarat awal yang akan boikot pilihanraya kecil Permatang Pauh. Cuma apa yang dipersetujui hanyalah menukar perkataan "boikot" dengan perkaaan lain yang lebih lunak di dengar, tetapi masih mempunyai maksud dan tujuan yang sama. Dan pada masa yang sama juga PAS Negeri telah mengemukakan beberapa tuntutan yang perlu di penuhi oleh PKR dan DAP sebelum PAS Negeri bersetuju untuk bekerjasama dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Manakala pada sebelah petangnya pula, barulah diadakan pertemuan rasmi yang PERTAMA (selepas PRU12) di antara PAS, PKR dan DAP P.Pinang bagi membincangkan persoalan pilihanraya kecil tersebut. Dalam pertemuan tersebut DAP dan PKR terpaksa mengaku kesilapan mereka tidak memberi ruang langsung kepada PAS dalam kerajaan negeri P.Pinang dan mereka berjanji untuk memperbetulkan semula keadaan selepas ini. Adalah dipersetujui juga dalam pertemuan tersebut bahawa DSAI ingin bertemu dengan Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang bagi mendengar tuntutan dan ketidakpuashatian mereka selama ini.

Jadi, apa benda yang Dato' KJ kata dah selesai ni? Dato' dah maklumkan ke keputusan Pas P.Pinang kepada Pesiden dan Timbalan Presiden PAS? Dato' dah berbincang ke masalah PAS P.Pinang ni dengan Dewan Harian Pusat? Dato' dah terima arahan apa-apa ke daripada Presiden PAS untuk menyelesaikan masalah ini? Ataupun Dato' hanya perlu terima arahan daripada bos lama Dato', iaitu DSAI dan Naib Presiden PAS, Husam Musa sahaja. Ataupun Dato' dah cukup besar kepala nak langkah bendul mendahului Presiden dan TImbalan Presiden PAS dan cuba menyelesai dan memadam kemelut PAS P.Pinang ini dengan cara Dato' sendiri? Kalau dato' dah tidak sanggup menerima arahan daripada Presiden PAS yang telah melantik Dato' maka eloklah Dato' letak jawatan secara terhormat. Dato' sendiripun dah banyak benda yang tidak bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru Presiden kan???

Dalam akhbar Sinar tersebut juga Dato' kata bahawa isu ni hanyalah isu kecil sahaja. Apa maksud Dato' "isu kecil"? Mungkin isu ni isu kecil bagi Dato', tetapi adalah isu besar kepada PAS Negeri P.Pinang. Kalau langsung PAS tidak diberi ruang untuk melaksanakan Islam di P.Pinang maka itu adalah isu besar. Soal prinsip perjuangan PAS adalah isu besar dan bukan isu kecil. Soal tanggungjawab kita dengan Allah dan Agamanya adalah isu besar bukannya isu kecil. Saya rasa Dato' dah mula menunjukan ketidakselesaan Dato' dengan PAS dan perjuangannya. Mungkin Dato' menyesal masuk PAS kerana Dato' lebih selesa dan sesuai bersama DSAI dan PKR!
Fikirlah elok-elok Dato' sebelum terlambat.

14 comments:

Anonymous said...

aper yg ko ni dengki sangat ngan HUSAM.. saper ko ni?

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Kenapa mengharapkan sangat jawatan di dalam kerajaan Pulau Pinang.. Belajarlah dari penduduk negeri kelantan, sabar dan istiqamah dalam perjuangan.. InsyaAllah akan tiba masanya kita akan menang..
Jangan ikutkan hati yang panas.. Selagi belum di uji kita tak leh kata kita beriman dan pejuang islam.. jangan putus asa.. kita baru sekali menang di pulau pinang dah mengharapkan sesuatu yang berharga.. semua kejadian itu ada hikmahnya.. terus berjuang.. sucikan hati barulah senang berjuang memenangkan agama Allah.. wassalam

Anonymous said...

akuilah PAS Pulau PInang memang x perlu mendapat apa2 dalam kerajaan Pakatan Rakyat.. wat apa nak sibuk minta itu ini, sedarlah diri sikit... yang penting kerja kuat menangkan dikawasan Umno yang banyak tu. kalau dah menang banyak baru ada harga .... tapi kalau ada satu kerusi saja duduk diam saja lah lagi baik

Anonymous said...

Saya rasa, tuan ada masalah pribadi dengan Datuk Husam sampai antihusam begitu sekali. Memang susah nak berkawan dengan Husam ini, hanya mereka yang memahami Husam sahaja boleh berkawan dengan dia.

Tetapi, jika kita berkawan dengan Husam kerana kelebihan yang ada padanya, maka kita akan dapat manafaat itu kerana tidak ada manusia yang sempurna di atas muka bumi.

Tetapi jika kita ingin mencari kelemahan dan kekurangan mana-mana pemimpin kita, kita akan sentiasa jumpa dan bolehlah kita sumpah dia berkarung-karung...tetapi apa yang kita dan jamaah kita dapat. Tiada ada apa-apa tuan antihusam.

Lebih baik kita halakan pena kita yang hebat itu untuk menyerang musuh kita yang jelas....

Saya tidak berharap tuan menerima kata saya ini tetapi cukuplah kalau sekadar tuan membacanya dan kemudian fikirkan isinya.

Sekian...wassalam.


Mat Din,
Terengganu

Anonymous said...

betul tu.. ahli pas bukan bodoh(pinjam kata tok guru)..dalam pru 12 jentera pas paling kedepan..membantu PKR..selepas menang tak pandang kita..kesilapan kita banyak berlemah lembut dengan PKR..PKR minta kerusi itu-ini bagi..atas semangat pakatan..

Anonymous said...

Suruh aje PAS Penang masuk bertanding dalam pilihan raya permatang pauh.Tengok siapa lebih berpengaruh...PKR ke.. UMno ke...atau PAS!

Anonymous said...

hidup PAS....!!!!!
hidup PAS....!!!!!
hidup PAS....!!!!!
hidup PAS.....!!!!

SIAPA HUSAM??????

Anonymous said...

Tuan-Tuan,

Yang lain dalam PAS semua ada latar belakang dan sijil agama yang layak untuk naik mimbar.. HUSAM MUSA mana ada sijil tu.. Tapi di Selangor Hassan ALi yang tak ada sijil pun naik mimbar. sebab dia ada DR Hassan Ali.

Hakikatnya aku tidak pelik dengan Husam yang akan berbaik dengan Tok Sheikh sebab mereka berdua sama. Nampak macam boleh jadi Tok Guru dan Pemimpin ISlam tapi yang buat-buat Islam. Itu sebab HUSAM tidak suka bicang dengan UMNO. Kerana kalau bincangd engan UMNO dan PAS Bersatu.. Husam tidak dapat jadi Menteri.. Baik bincang dengan Anwar,. bole jadi Senator dan jadi TPM3.Wallwahhualam..

Anonymous said...

saya rasa seseorang yang kecewa telah menjadikan husam sebagai bahan untuk lepaskan rasa kekecewaannya. Saya stuju dengan Mat Din dari Terangganu. Kenapa perlu kita halakan dan gunakan kehebatan kita berkata-kata untuk menjatuhkan pimpinan sendiri, tidak melemahkan musuh2 kita yang telah jelas? Kalaupun ada masalah peribadi, selesaikan la secara peribadi dengan husam. Tak perlu nak buka pekung di dada kat sini.

Dalam kepala ni sebenarnya dah ada beberapa individu bayangan yang mgkn terlibat dengan kewujudan blog ni. Sampai masa nanti saya akan umumkan dan dedahkan sapa org itu. tq

Anonymous said...

kalau ko tak suka husam atau saper2,tak yah la sampai macam ni gayanya...hal2 kepimpinan biar kepimpinan buat..yang ko nak pengaruh orang lain supaya benci membenci buat aper?ko ni perangai macam umno la..memangla la mengkritik serta kebebasan bersura ada dan masih terbuka dalam pas,tapi ni bukan caranya...kalau ko betul2 ikhlas ko kena kenalkan diri ko,kalau taqk orang2 pas yang tak bodoh ni anggap ko ni penulis upahan umno barisan nasional la...(harap komen aku ni ko siarkan,kalau ko betul2 ikhlas)

Anonymous said...

kenapa mesti PKR bukan umno???biarkan la ada mukabalah tuh..siapa yg untung org melayu dan islam jugak...yg sibuk2 halang kenapa??umno islam jugak..tp aku tgk pkr lagih banyak pemimpin bukan islam..tp kita xpernah fikir apa sebalik permainan ini semua..ku pohon padamu ya allah berkatilah perjuangan dan agama mu ini..amiinn..

Anonymous said...

husam memang tak guna..ramai orang tau..

gila kuasa punya orang..dia punya la suka masa dapat jd pemangku mb masa tg. pegi mekah..

husam boleh belah la..blah masuk pkr sana..!!atuk aku pun tak suka sama engkau..

Anonymous said...

PKR SAME JE NGAN UMNO...

Anonymous said...

rasanya... tuan punya blog nie mmg mengetahui sesgt sikap husam... tu sbb dia kritik kat sini... x pe lah... jgn salahkan dia... bukankah kita kat pas dan PR... mahukan kebebasan bersuara... pemimpin kita dgn PR pun... klu UMNO x betul... dia pun hentam dan kritik habis2 kan... x kan lah kita nye pemimpin x leh di kritik langsung... cam tu... sama lah cam UMNO jd nye... so... yg lain... jgn melenting... berhujah lah dgn lbh positif... x semua manusia tu sempurna... mmg lah PKR dgn UMNO sama... dah DSAI dr UMNO yg kecewa x dpt naik jd PM.. dia pun jauh berubah dr masa memimpin ABIM dulu..so.. naper di sokong sgt PR nie... baik kita PAS jd sendirian spt sblm nie... tentu kita berjaya jd pembangkang yg bewrkualiti... skrg sejak join PR... seoleh2 DSAI nie jd org yg membawa huru-hara kat PR lak... dah lah bukan pembangkang sejati... tu yg husam nak blajar tu... tentu Pemimpin PAS tulen lg berpengalaman jd pembangkang yg sebenar...