Sebelum saya menulis berkenaan Husam yang sekarang ini sedang berjalan2 di Bumi Mesir (beliau memang suka berjalan - bulan lepas kelihatan kelibat beliau bersama Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim di Dubai - entah bermuzakarah apa la agaknya), biarlah saya luahkan perasaan saya terhadap Ayahanda Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA).
Saya terkesima dan terkedu lagi apabila melihat wawancara TGNA dengan TV3 malam tadi. Cukup kontra dengan kenyataan Presiden PAS sebelumnya. TGNA dengan tegas menyatakan tidak perlu PAS bermuzakarah dengan UMNO dan meminta pimpinan PAS yang lain supaya jangan lagi bermuzakarah dengan UMNO.
Apa dah jadi dengan Ayahanda Tuan Guru yang saya sayangi ini? Biasanya beliaulah manusia yang paling pemaaf, yang paling bertolak ansur, yang paling sukakan perpaduan, yang paling sukakan perdamaian, yang paling bertolak ansur, yang paling tawadhu', yang paling bertimbang rasa, yang paling mudah didekati, yang paling senang bermuzakarah dengan sesiapa sahaja dan yang paling mementingkan usaha da'wah dan tarbiyah.
Tetapi kenapa dalam suasana sekarang, dalam suasana PAS kuat dan menjadi "King Maker" dalam pemerintahan negara, beliau (seolah-olah) memilih menutup pintu taubat buat UMNO, menutup ruang da'wah kepada UMNO, menutup pintu perbincangan dengan UMNO dan memilih untuk tidak mengizinkan PAS bertemu dengan UMNO sama sekali...sedangkan kebanyakan ahli-ahli UMNO masih lagi beragama Islam... dan mungkin lebih mudah untuk dida'wah berbanding dengan DAP yang terang-terang menentang pelaksanaan Islam.
Saya minta maaf kerana saya tidak nampak rasional pandangan Ayahanda Tuan Guru tersebut.
Seribu persoalan bermain-main difikiran...apakah pandangan TGNA tersebut datang daripada firasat dan ilmunya sendiri ataupun dipengaruhi oleh anasir yang lain. Kenapa dalam persoalan dengan UMNO ini pandangannya senantiasa selari dengan Husam. Hanya mereka berdua dikalangan pimpinan tertinggi PAS yang beria-ia membuat kenyataan anti muzakarah dengan UMNO. Hanya mereka berdua yang sentiasa memilih untuk 'kurang' bersetuju dengan kenyataan Presiden PAS berkenaan Muzakarah tersebut.
Tidakkah TGNA sedar dan mengetahui bahawa Majlis Syura Ulama PAS telah membuat keputusan untuk membenarkan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung parti untuk mengadakan sebarang bentuk pertemuan dan muzakarah dengan sesiapa sahaja untuk perpaduan Islam dan Melayu. Kenapa beliau melanggar keputusan yang telah dipersetujui bersama oleh Majlis Syura Ulama. Bukankah beliau juga sepatutnya Pengerusi dan ahli kepada Majlis Syura Ulama? Jadi kenapa beri kenyataan yang kelihatan bercanggah dengan Syura.....ataupun kemungkinannya beliau "ponteng" mesyuarat majlis syura - sebab itulah beliau tak dapat maklumat yang sebenarnya. Dan amat malang sekiranya sumber maklumat beliau hanyalah melalui Husam Musa.
Saya amat berharap Ayahanda Tuan Guru sedar dan memahami bahawa beliau adalah Mursyidul Am PAS yang jawatannya lebih kepada "nasihat/advisory". Sedangkan Presiden PAS adalah kuasa eksekutif (individu) yang tertinggi di dalam Parti. Berilah peluang dan kebebasan kepada Presiden PAS memacu jamaah mengikut pandangan dan ilmunya. Kalaupun beliau silap dalam melakukan ijtihad politiknya, nescaya ada pahala disisi Allah. Ayahanda Tuan Guru berilah nasihat yang sewajarnya, dan terserahlah kepada Tuan Guru Presiden untuk menilai dan melaksanakan. Dan yang paling mustahak, berhentilah membuat kenyataan yang kelihatan bercanggah dengan Tuan Guru Presiden, takutnya perpecahan di dalam PAS berlaku nanti adalah disebabkan oleh kenyataan Ayahanda Tuan Guru sendiri dan bukannya disebabkan oleh Muzakarah PAS-UMNO.
Monday, July 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Membaca sejarah nya TGNA ni ketika jadi MP(AP)die duduk kat Hotel murah di jalan Campbell,jika Tak de sesi persidangan (rehat)die duduk kat hotel ,sembahyang sunat,metalaah kitab,malah makan pun nasi bungkus aje(itu kegemaranya.)
Kemudian sepanjang pemerintahannya selama ini(Kelantan),terdapat banyak perbezaan,jika dibandingkan dgn Negeri di bawah UMNO.
Jadi jika dilihat(Peribadi+pelaksanaanya sebagai Pemerintah)sukar di cari sepertinya.
Maka dengan itu ,jika ada yang mengatakan bertentangan dari itu,atau yang cuba merendah rendahkan die,elok lah telan ubat gegat,atau terjun bangunan dari tingkat 44.
Kpd empunya Blog.
Tak nak ulas ke menantu TGNA di siasat oleh BPR??
Saya ingin tahu siapa disebaliknya.
Kadang kala kita tidak nampak apa yg orang lain nampak, jadi kenapa kita tak boleh terima cara org lain buat keputusan. Kalau semua keputusan orang perlu kena pd dasar/prinsip kita, baru dikira orang itu bagus? sekali sekala belajarlah menerima cara dan dasar orang lain bertindak. Kalau kita berada ditempat mereka, adakah kita lebih hebat dan sempurna dari mereka?? belum tentu.....
Tidak salah berbeza pendapat dan pandangan. Tp apa yg perlu nak dibesarkan sangat sehingga mewujudkan blog anti orang itu dan anti orang ini. tindakan ini lagi memecahkan jemaah. tegur dan lontarkan secara terus ketidakpuashatian kpd majlis/mesyuarat tentang tindakan mereka yang menjadi duri dalam daging ni. islam pun tak suruh ummatnya anti/bermusuhan sesama islam..apalagi dikalangan jemaah parti. Persoalan tentang husam dan hatta ramli memang sudah sedia maklum bagi jemaah di Gombak ini...
hentikanlah blog anti orang itu dan anti orang ini....adalah lebih baik menulis blog yg terbuka skop penulisannya......
Assalamualaikum
Kita orang PAS
Masuklah www.amirul-hakimi.blogspot.com
cerita baik
ala..tgna pun manusia..bukan maksum...jadi tak peliklah kalau dia buat statemenet cam tu..dah kena gula gula dengan husam...bagi tgna, husamlah segalanya2...blue eye..macam guna azmin yg jadi blue eye anwar barua
Post a Comment