Wednesday, September 17, 2008

Husam Jangka PAS Berpecah

Husam Musa tidak habis-habis dengan hipotesisnya. Sebutlah apa pun terma yang Husam nak sebut, tetapi tulisan/pandangan/ anggapan/teori/hipotesis beliau dalam blognya mengundang pelbagai kemungkinan. Dan kemungkinannya yang Husam dah tahu dan sedang usahakan ialah PAS akan berpecah!

Saya letak di sini petikan tulisan beliau didalam blognya :

"Adakah semua ahli Parlimen PAS akan menyertai kerajaan Abdullah-PAS atau setengahnya kekal dengan gagasan Pakatan Rakyat? Berapa yang kekal dan berapa yang beralih?"

"Jika yang kekal dengan Pakatan Rakyat adalah separuh, tidakkah nanti kumpulan UMNO yang akan bergabung dengan Anwar boleh mencukupi apa yang hilang?"

"Jika Anwar sudah mempunyai 30 Ahli Parlimen BN untuk menyeberang, Anwar hanya perlukan Muhyidin membawa sekitar sebelas orang sahaja lagi untuk menggantikan separuh ahli Parlimen PAS yang menyertai Abdullah. Bahkan sebahagian dari separuh itu boleh balik semula ke pangkuan Pakatan Rakyat."

Apa erti semua ini??? Apa maksud anda wahai Husam?? Apa sebenarnya yang ingin anda katakan? Oooo...anda ingin katakan kalaulah terjadi kerajaan PAS-BN, maka tidak semua MP PAS akan terlibat. Tidak semua MP PAS akan ikut arahan. Tidak semua MP PAS akan memberi wala' kepada keputusan jamaah. Dan yang pastinya andalah orang pertama yang tidak akan bersama dengan keputusan jamaah.

Sedih melihat seoang Naib Presiden PAS yang tidak tahu adab dan peraturan berjamaah. Tahukah Husam sebarang keputusan penting jamaah bukan presiden seorang yang boleh tentukan. Tahukah Husam kalau pun PAS nak bertahaluf dengan UMNO, mesti dibahas dan dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama terlebih dahulu dan satu Muktamar Khas mungkin perlu diadakan (saya kata "mungkin" perlu kerana dulu bila nak bertahaluf dengan PKR + DAP, kita tidak mengadakan muktamar khas pun).

Jadi, kalaulah betul tiba-tiba PAS nak bertahaluf dengan UMNO dan dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama dan Muktamar Khas - apakah Husam ingat ada MP PAS akan melanggar keputusan jamaah dan gagal memberi wala' mereka kepada pimpinan? Saya tak rasa begitu. Tapi Husam rasa begitu. Beliau seoalah-olah dah mengetahui berapa orang dan MP PAS mana yang tidak akan bersama dengan keputusan jamaah nanti. Beliau mengesahkan akan wujudnya golongan yang akan menentang keputusan jamaah dan bertindak keluar dari saf. Beliau mengesahkan PAS akan berpecah. Begitulah hebatnya hipotesis Husam Musa. Sayapun hairan bagaimana beliau boleh terfikir hingga kesitu.. melainkan memang beliau berfikir ke arah itu. Ataupun memang beliau berusaha ke arah itu!

Inilah padahnya bila hipotesis hanya menggunakan akal semata-mata tanpa ada sandaran yang kukuh dengan nas yang jelas. Sedarlah Husam bahawa PAS adalah sebuah jamaah Islam yang mana setiap langkah yang diatur mesti berpandukan Al-Quran dan Alhadis, bukan macam PKR.... akal macam Husam dan Anwar saja dah cukup.

12 comments:

Anonymous said...

SIFIR MUDAH HUSAM, KEARAH NAK MEMECAH BELAHKAN PAS.

SAYANG TGNA TIDAK SEDAR TENTANG SIFIR MUDAH INI. PERCAYA PADA HUSAM 911%.

SEPATUTNYA SEBARANG TAHLUF MESTI DIADAKAN MUKHTAMAR KHAS. BUKAN PANDANGAN BERKEPENTINGAN DIRI SEKERAT DUA.

HUSAM DAN ENDROGAN'S NYA BERCITA-CITA MENJAWAT JAWATAN MENTERI. GILA PANGKAT DAN KUAS, BIARKAN ISALAM HANCUR,

SEMUNAFIK-MUNAFIK UMNO, RAMAI AHLINYA MENGUCAP BERBANDING SEWARAK-WARAK ANGGOTA DAP, TIADA YANG PANDAI MENGUCAPPUN.

JANGAN BIARKAN HUSAM TERJUN DENGAN BATU-BATUNYA.

Anonymous said...

ya..betul..sewrak ahli dap, mereka tak mengucap..so harakah jangan duk potray guang eng tu bagus sangat bila bercakap bab islam..

husam..goodluck...tak kepanasan ker bila org kanan dah kena tangkap polis...tak pergi melawat shikh kicdapapapalela

Anonymous said...

Syabas Husam.!!

Anda telah berjaya menghancurkan jemaah PAS,ITULA yang kau mahu keana selagi berada dalam pas,cita-cita untuk jadi PM tk kesampaian...

1.Lebih baik kau keluar awal(PERALIHAN PARTI)masuk je PKR/DAP agar PAS akan selamat.
2.jika kau berada di luar PAS cita2 dan buah fikiran kau tk mengaggu lagi jemaah.
3.jika kau bukan lagi berada dalam PAS,Kesihatan TGNA mungkin bertambah baik..!!!tak stress
4.jika kau tak bersama PAS lagi,tok guru akan nampak lebih baik(skarang tk berapa baik,sebab di rosakan husam).
5.jika kau keluar PAS,Jemaah tak rugi pun,malah makin selamat sebab virus dah tak ada.....

SELAMAT KAN PAS DARI KEHANCURAN!!!!!

*tuan Admin tolong dedahkan,isteri muda husam(katanya cina s'pore betul ke?....wallahualla)

Pok Nik Klate said...

Inilah penyakit yang dibawa Anwar Ibrahim...serupo macam kerajaan langit ayah pin di besut..perumpamaan ini boleh diguna pakai keatas kerajaan Anwar ibrahim..Tak jadi jugak perdan menteri tapi tengok apa dia dah buat? PAS berpecah 2..mungkin 3. Yang kita org PAS ni dok bodoh sangat layan anwar ibrahim tu pasal apa? aku tengok husam musa dah jadi naib presiden PKR dan bukan naib presiden PAS lagi..Guano jadi begitu???? TGNA tak kaba jugok ko??? Astagfirullahalaziim....

Cara Husam mengangkat dan menjulang anwar ibrahim dah jadi lain macam dah. Seolah dia dah lupa bahawa presiden dia adalah TGHH..ini kebijakan (dlm kebodohan) anwar dapat menghancurkan PAS.. lepas ni kot2 mana pon anwar akan masuk semula UMNO..jadi tinggal apa kpd PAS..??
Tolonglah sapa2 sampaikan ini kepada TGNA yg melihat HUsam ini umpama sebutir bintang dilangit yang memberi chahaya kepada rakyat kelate..walhal sebenarnya husam ni tak paka kijo..TG Presiden mesti mengambil tindakan sesuatu sebelum perkara ni tak dapat lagi dikawal.Ketika itu perjuangan PAS hanya ada dalam lipatan sejarah..perjuangan PAS yg dimusnahkan oleh pemimpin mereka sendiri. Kepad TGNA..PAS bukanya harta pusako beliau...org lain masih ramai yg boleh memimpin PAS kejalan yg benar kalau TGNA terus2 terusan berada dibawah telunjuk Husam Musa...
SEDARLAH WAHAI TOK GURU...

red said...

wow, Hosam ade isteri mude cine singapore ke??? Jangan jadi mcm Adun Melor tu sudeh... Tanggungjawab kpd isteri tu kena jage... Jangan berlandaskan nafsu semate2... Hehehehe... Selamat berpuase

Red : "2 hari selepas kerajaan baru ditubuhkan.."

Anonymous said...

APO MUNG NI HUSE MUSENG WAK MALU BUDAK SIC JAH !

Anonymous said...

Confirm Husan berfahaman Anwar yg kurang Islamiknya.Baik masuk PKR je..buat malu PAS je.Tp aku heran 1 perkara.Mat Sabu tak setuju ke dgn Anwar? Adakah gelaran Mat Sabu pada Anwar sebagai Al J..... masih masih belum dipadam dalam kotak fikiran bekas calon K Trg ini?

Seroding said...

Saya membaca dengan penuh minat artikel YB Dato' Paduka Husam Musa bertajuk Hari-Hari Penentuan. Komen saya adalah seperti berikut:

1. Artikel tersebut tidak menggambarkan Dato' Husam sebagai Naib Presiden PAS. Beliau seolah meletakkan dirinya setaraf dengan penulis politik atau wartawan politik yang cuba mengupas perkembangan politik semasa melalui artikelnya.
2. Artikel tersebut menggambarkan seolah-olah beliau tidak mempunyai maklumat tentang perkembangan PAS dalam menanggani isu politik mutakhir ini. Sepatutnya sebagai salah seorang Naib Presiden kanan, beliau mampu dalam tulisannya menyatakan keputusan dan sikap parti dalam isu sebegini besar.
3. Saya berharap Dato' Husam akan lebih bertanggungjawab dalam artikelnya pada masa akan datang sebagai seorang ahli politik berjawatan Naib Presiden sebuah parti islam PAS.
4. Kalau artikel seperti ini keluar dalam Harakah, maka wajar Dato' Husam di tegur sepertimana Dato' Mustapha Ali ditegur oleh Mursyidul Am.

Anonymous said...

terima kasih antihusamblogspot
jasa anda memperkenalkan siapa Husan adalah amat dihargai
Tidak kiralah siapa pn yg telah terpesong,harap antihusamblogspot dapat siasat dan hebahkan
ini bagus
terima kasih

herbos said...

salam.

sepatutnya sapa yg nak join PAS atau mana-mana parti berlandaskn Islam, tetapkan matlamat nak kukuhkan perpaduan Islam, lepas tu matlamat berjuang dalam parti/ politik. Tapi klu politik dulu, inilah jadinya... salah tempat la syeikh...

pada ahli PAS, jgn sokong pemimpin semata-mata. Pemimpin pun kena ingat amanah. masuk PAS nak teguhkan ISLAM. kalau ada yg menyeleweng, 'lenyapkan' dari parti...

Ku said...

Saya yakin PAS akan berpecah: PAS yang menerima rasuah sewaktu berkuasa, dan PAS yang tetap kepada prisip keIslaman.

Kita tau siapa yang rasuah - bukan hanya menerima rasuah tapi juga memberi rasuah dalam pemilihan di Cawangan dan Kawasan.

Anonymous said...

husam ini lah yg akan menyebabkan PAS akan berpecah belah...dia ini mana tau hormat golongan ulama dalam pas yg dia tau hanya PAK KIAI ANWAR pujaan hati...sungguh bahaya jika husam terus dibiarkan memegang jawatan penting dlm pas...SEMOGA ALLAH MENERANGKAN HATI TGNA TENTANG PERANGAI HUSAM NI...