Monday, September 22, 2008

Husam Salahguna Kuasa?

* Artikel ini saya terima menerusi email oleh seseorang yang menggelarkan dirinya pemerhatihusam. Sekiranya benar, saya akan usahakan laporan BPR dibuat ke atas beliau.


Saya Memohon disebarkan diblog anda, maklumat diperolehi adalah benar..tq

Saya tertarik memberi sedikit sebanyak tentang penyalahgunaan kuasa yang dilaku oleh Dato Husam Musa terutama di Kelantan. Sebagai Orang biasa dan pemerhati politik, saya banyak mendengar tentang kroni-kroni dan syarikat yang di taja oleh Husam Musa di Kelantan. Antara syarikat yang saya amati ialah kebanyakan nya dibawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Contoh yang saya kenal pasti mengikut risikan saya ialah satu Bangunan Khas bertempat di sebelahan Jalan Telipot , di situ terletak syarikat yang ditaja oleh HUSAM Musa iaitu syarikat Global Media Channel (syarikat IT ) atau ipglobal.tv dan PMBK SAWIT. Husam Musa menggunakan syarikat itu untuk kepentingannya sendiri, saya dapati pekerja yang bekerja di syarikat Global Media Channel tidak mempunyai EPF dan PERKESO padahal dah lebih setahun beroperasi dan staff 30 org pekerja…saya ada bertanya kepada pekerja di sana , rupa-rupanya syarikat itu sudah setahun beroperasi , mereka membuat siaran langsung melalui Internet di web ipglobal.tv, bagi setiap negeri pembangkang yang memerlukan siaran langsung di internet, hasil perolehan menjangkau 20k-30k dari perniagaan itu di rahsiakan, saya ada bertanya pada kakitangan di situ…rupa-rupanya Kroni –Kroni Husam Musa di syarikat Global Media telah mengelap duit syarikat tanpa membuat EPF dan PERKESO kepada pekerjanya, padahal pekerja mereka telah lama bekerja dan ada jugak di buang tanpa notis .Pekerja di situ meragui kenapa ada unsur-unsur penipuan dibawah syarikat tajaan Husam Musa , mungkin Husam Musa ada mempunyai agenda jahat tertentu .Penulis Blog Kicdefella(syed azidi) dan Hisham dua org suruhan Husam Musa yang di beri amanah menjaga syarikat Haram Husam Musa itu. Memandangkan banyak pekerja di buang sesuka hati dan pekerja takut untuk melaporkan kepada pihak berwajib hak mereka seperti EPF dan PERKESO , mereka terus di tipu oleh Husam Musa dan kroninya.

PMBK SAWIT yang jugak bersebelahan dengan Global Media Channel, ia merupakan syarikat cawangan dibawah tajaan Husam Musa jugak memandangkan ramai-ramai kroni Husam Musa, rupa-rupanya Husam Musa telah banyak melibatkan diri dalam syarikat-syarikat di Kelantan di bawah PMBK(PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN), dengan cara itu dia berkuasa membolot duit rakyat kelantan untuk kepentingan dia dan kroninya…itu terjadi pada Air Kelantan, Air kelantan jugak dulu pernah di ganggu oleh Husam Musa, sehingga Pegawainya melaporkan pada Tuan Guru Nik azik, tapi Tok guru macam tak percaya penglibatan Husam Musa.

Saya juga terkejut ada kawan-kawan saya yang ingin memohon projek balak ,takut untuk berjumpa dengan Husam Musa, padahal dengan exco seperti Nik Amar amat mudah memberi kelulusan balak kpd org melayu yang syarikat kecil…tapi berbeza Husam Musa..rakyat begitu takut untuk berjumpa dengannya untuk mendapat kelulusan balak..Kenapa ini terjadi? adakah HUsam Musa Memanupulasi duit rakyat Kelantan, saya mintak BPR siasat penglibatan HUSAM Musa dalam beberapa syarikat yang di bagitahu di atas.


Pemerhati Politik yg telus,

24 comments:

Anonymous said...

Dah ku sangkakan
patutlah mewah semacam je
ambillah tindakan
panjangkan kepada BPR
dan jika terbukti bersalah
usir lah husam ini
supaya PAS tenang

Anonymous said...

apa lagi...ini tidak betul...jgn biarkan orang macam ni terus bebas, sesuatu perlu dilakukan...malu nanti bila pembangkang dpt hidu benda ni, Husam yang dok bantai mereka rupanya dalam diam dok bantai 'kita'...ini tidak adil!!!

Anonymous said...

sheih tu kerja sebagai pegawai perhubungan korporat PMBK, tentunya dibayar gaji oleh PMBK, macam mana pula dia boleh diletakkan untuk lead Global Media yang sdn bhd itu. tak ada sebarang salah guna kuasa kah?

Anonymous said...

pendedahan berani..harap ada laporan dibuat.

siasatan kena telus..

salam.

Penulis Cyber
http://beritamalaysiakini.wordpress.com

Anonymous said...

Dah dasar sampah rakyat memang mcm tu..usir dia meyusahkan saja..makan lah hasil keringat org tu rasa lah keberkatan dia d kemudian hari..woi husam baca komen saya ini..u is noting kalau bukan PAS, meyusahkan betul parasit ini..
demi kebenaran dan saksama jng takut wahai hamba allah yg pincang harus d tegur yg salah harus d perbetul kan..yg munafik mcm kumis hitler (husam) harus d singkirkan..demi PAS lakukan yg terbaik..

Anonymous said...

dulu saya amat kagumi husam...rupanya saya tertipu dengan gerakan image building beliau melalui media

Anonymous said...

kalau betul buktikan dan jangan siarkan sahaja. biar ada bukti yang jelas. Global Media Channel Sdn Bhd bukan satu nama yg kecil di Malaysia. Ramai org yg tahu apa aktiviti mereka. Sebarkan kebenaran kepada semua.

Anonymous said...

aku mohon sesangat tolong tunjuk bukti tu kat TGNA supaya beliau sedar akan perangai si musang berbulu ayam ni...kalau dibiarkan nanti hancusss pas!!!

Anonymous said...

BETUL KO GITU????

Patut la blog Husam, Global buat rupany kroni dio weh...

kena buat report BPR la......ni dah melampau ni

Kato ko UMNO ropok duit rakyat,Dio pun 2x5 jah......baso mnate.!!!!

Petutla Husam banyak duit,dia ikat kroni dio nga duit balako doh,

tok guru tok tau ko????????

Citra said...

hari ini mereka serang Mustafa Ali pula secara terbuka.Lihat di http://ummahonline.com/?p=1010. Memang tidak patut la. Walaupun kita menjunjong demokrasi, tetapi serangan di antara pemimpin janganlah dibuat di media. Kalau tidak berpuas hati, cakap dalam mesyuarat. Bagaimana hendak jadi pemimpin kalau bercakaran sesama sendiri. Penyokong boleh mengkritik di mana-mana pun sebab mereka tidak ada saluran. Tetapi pemimpin ada saluran. Kritiklah masa mesyuarat. Oh Khalid! Kalau Cikgu Pa tak betul pun, janganlah kata macam ni. 16 September tak jadi Cikgu Pa tak ungkit pun.
tetapi lihatlah golongan JIM dalam PAS ini. Mereka tidak ada wala' kepada pemimpin. Sanggup kritik pemimpim secara terbuka. Kalau sudah tidakk percaya kepada Presiden, keluar saja dari PAS. Atau minta buat Muktamar Khas untuk undi tidak percaya kepada Presiden.

kabuspagi said...

satu lagi laman web yang patut di baca kerana berdiri diatas kebenaran dan kesedaran dan bukan seperti kumpulan erdogan yang cucuk hidung untuk PKR http://attakiri.blogspot.com/

Anonymous said...

Itulah manusia berbulukan ayam, sanggup berbuat pae saje untuk kepentingan diri dan kuncu-kuncunya, manusia cam ni tak boleh di biarkan berleluasa dalam PAS, orang macam nilah yang akan memusnahkan PAS dari dalam. Lebih merbahaya dari anasir di luar, macam api dalam sekam.

Anonymous said...

agak agak...si husam ni masuk dak dalam blog ni...

Anonymous said...

Yang pasti, balaci dia mesti ambil tau bab blog ini............
Dulu pun dia pernah hantar surat loyer warning kepada blog Ramlikapakjangak.

Anonymous said...

nak tgk husam kena belasah lagi p ke

http://aziziabdullah.blogspot.com

Anonymous said...

Husam u baca ini? kalau bukan husam yg baca ermmm kepada pengikut husam atau erti kata yang lain c tukang baca husam lah..nanti u sampaikan ya dng dia ini amanah saya..
dng ini saya samakan husam dng itik..ya itik yg berbuluh putih cantik dan menawan..tapi perangai mcm itik tergedik2 paham kan..sampaikan lg kepada husam ubah lah perangai tu jng bawa2 lg perangai itik tu dlm pas..u is noting kalau bukan PAS..dan paling penting suruh dia pelihara itik tengok mcm mana perlakuan itik dan perangai itik ya..mcm tu lah dia..saya bg tips mcm mana nak tahu perangai itik ini..
1) bila itik berenang ia akan sambil berenang sambil minum air..jadi husam jng selalu ambil kesempatan ya atas nama pas..
2) bila ibu itik berenag anak2 dia akan ikut jadi ekor d belakang..so husam jng jadi balaci atau ekor PKR anuar ya..
3) itik ini berbulu cantik pada luaran blh mengaburi org ramai mempesona juga..so jng jadi ahli pas berbulu itik ya..
4) ini yg penting tlg sampaikan pada husam ya ini amanat tau plssssss lah sampaikan mustahil dlm byk2 yg baca ini tak ada yg biasa atau rapat dng husam..wahai tuan husam tlg lah jng jadi mcm itik bila berjalan kerana kepala itik bila berjalan kepala anguk ya ya ya yes yes tapi ekor belakang no no no..paham tu..so bila depan pas jng tunjuk perangai mcm tu..kami dah tahu dah baca semua dari awl lg..
kalau tak caya u p cari itik tengok perangai itik tu..ok kepada pembaca atau c tukang baca c husam jng lupa sampaikan kepda tuan anda tu ya..
buat penulis blog jng gentar jng malu demi pas demi perjuangan yg luhur tegakkan lah mana yg benar hapuskan yg menjadi perosak demi melayu dan parti pas kami ahli pas yg asli sentiasa mendokong perjuangan mu..

Anonymous said...

Fatwa terkini Imam Mazhab Erdogan:

Barangsiapa yang ingin menipu bagi pihak jemaah wajib rujuk kepada Imam Mujtahid telebih dahulu. Ini untuk menjaga maslahah jamaah dalam penipuan2 yang ingin diwar-warkan.

Setiap keputusan jamaah akan diputuskan secara ijmak dengan kaedah “standing ovation”.

Barangsiapa terasa dah buat kesilapan hendaklah memperbanyakkan "sedekah".

Anonymous said...

Mintak saudara story sikit pasal khalid samad yg bangang tu.... adakah PAS kalah di terengganu kerana mentaliti suka mengharamkan? Kenapa baru sekarang dia cakap macam tu? tidak selepas PRU 2004? ....

Kalaulah betul apa yang dikatakan khalid samad tu pun nah jawapannya seperti yg terpapar diblong suadara..

""Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah"

Anonymous said...

Betullah, aku tengok kedihupan husam penuh berpura-pura. Pakai kereta buruk, nak tunjuk ke orang wara..tapi kaya raya. Dengat khabar, masa muktamar PAS di PUTIK dulu, bayak kawasan yang di sponsor oleh Husam.. Gaya hidup UMNO.

Pastikan pemimpin berpura-pura ini di asingkan dari parti.

Anonymous said...

saudara...teruskan menulis.
blog ini memberi satu persepektif alternatif.

p/s: kenapa dah lama tak update

*peminat nombor satu*

Anonymous said...

betul tu mana lagi maklumat baru...teruskan perjuangan mu jgn gentar!!!

Anonymous said...

mana berita baru bab husam ni

Anonymous said...

sheih tu kerja sebagai pegawai perhubungan korporat PMBK, tentunya dibayar gaji oleh PMBK, macam mana pula dia boleh diletakkan untuk lead Global Media yang sdn bhd itu. tak ada sebarang salah guna kuasa kah?

p/s:who ceo Global Media?haha..sheih azidi kan..

p/s:staff PMBK Sawit?haha..kroni husam lah..

p/s:tak percaya???pergi tgk sendiri kat dpn office diaorg..haha..

p/s:musim boh nok mari doh,tapi badan panas dalam..haha..

Generasi Pejuang Bangsa said...

pendedahan berani blog ini yang melawan arus .. teruskan pendedahan ini siapa sebenar Husam Erdogan ..


anda telah menjadi alternatif untuk mendapat maklumat dalam dunia cyber ini ..teruskan TERJAH ,KOREK ,DAN BONGKAR apa yg disebalik ..

sejarahmelayu.blogspot.com