Tuesday, October 21, 2008

Usaha Menjatuhkan Presiden PAS

* Kalau Husam Musa suka buat hipotesis, saya pun suka juga. Sekarang mari kita lihat hipotesis saya tentang usaha Husam nak menjatuhkan Tuan Guru Presiden.

Sayup-sayup kedengaran bahawa Husam Musa bersama dengan team Erdogannya sedang merancang sesuatu yang besar untuk Muktamar PAS tahun hadapan. Muktamar PAS tahun depan dilihat sebagai genting kerana adanya pemilihan pucuk kepimpinan utama PAS.

Dr. Zulkifli Ahmad (atau Abu Iman yang merupakan pengarah Pusat Penyelidikan PAS) dikatakan pernah berkata bahawa pemilihan PAS tahun depan akan berlaku pertembungan yang hebat diantara kumpulan profesional yang cenderung kepada ulama dengan kumpulan profesional yang inginkan perubahan . Apa maksud beliau....hanya dia sahaja yang tahu. Ramai orang tidak tahu disebalik kelembutan watak Dr. Zul ini - dialah sebenarnya diantara perancang utama kumpulan Erdogan. (kalau saya ada mood mungkin saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang siapa sebenarnya Abu Iman ini.... apa latar belakangnya....apa 'jasa' beliau kepada gerakan Islam terutamanya berkenaan "indimaj"... kenapa beliau bersama dengan PAS....dan betapa beliau begitu hadapkan kepada jawatan dan pangkat untuk merealisaskan cita-citanya)
Jawatan sebagai Pengarah PPP digunakan semaksima mungkin untuk mencari pengaruh dan kedudukan setelah dilobi sakan oleh Dr. Hatta sejak zaman AlMarhum Ust Fadhil Nor lagi.

Balik kepada kisah Husam Musa....Rata-rata pimpinan PAS pusat tahu dan sedar tentang cita-cita besar Husam Musa hendak menjadi Presiden PAS. Mereka juga tahu bahawa Husam sedang merancang sesuatu untuk mencapai niatnya itu. Tapi Husam Musa lebih tahu bahawa bukan mudah untuk menduduki kerusi Presiden tersebut lebih-lebih lagi beliau perlu berhadapan dengan tokoh ulama terbilang. Beliau tahu kalau beliau bertanding kerusi presiden melawan Tuan Guru Hj Hadi, beliau akan kalah teruk dan seolah-olah hilang wang pertaruhan. Beliau juga tahu beliau tidak boleh kelihatan menentang Tuan Guru Presiden secara terbuka kerana kalau nampak jelas dalam suasana sekarang maka sudah tentu seluruh ahli PAS akan bersatu menentang beliau. Maka sebab itulah Husam perlu melakar perancangan dan strategi yang cukup teliti untuk menjayakan cita-citanya tersebut.

Jadi, apakah akal dan perancangan Husam?

1.Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden

Semua orang terkejut beruk bila bulan lepas, Tok Guru Nik Aziz kata usaha menukar kerajaan sekarang bukan macam angan-angan mat jenin. Kenapa tok guru perlu menggunakan perkataan mat jenin dalam kiasannya? Tidakkah Tok Guru tahu bahawa kiasan tersebut dipopularkan oleh Tuan Guru Presiden? Tidakkah Tok Guru baca atau dibacakan akhbar yang menyiarkan berita bahawa Presiden PAS ada menyebut tentang angan-angan Mat Jenin bila memperkatakan tentang kerajaan baru pada 16 Sept yang lepas? (yang cuba dipadamkan oleh syed Azman dengan menipu wartawan harakah). Kalau tok guru tahu, sedar dan baca kesemuanya, mengapa perlu menempelak Tuan Guru Presiden secara terbuka. Takkanlah hanya kerana nak menyokong kerajaan baru yang belum tentu boleh wujud dan berkemungkinan besar tidak akan jadi, tok guru nak gadaikan semangat ukhuwwah Islamiyah dan Mahabbah dengan Presiden sendiri. Takkanlah kerana nak menyokong Anwar, Tok Guru mahu supaya ahli PAS melihat ada pertembungan diantara Mursyidul Am dengan Presiden? Takkanlah kerana percayakan Husam, Tok Guru nak merendah-rendahkan martabat Tuan Guru Presiden?

Apa yang saya khuatir, Tok Guru tidak mendapat maklumat yang sebenarnya....sama macam kes Dato' Pa - apabila Tok Guru dikatakan mengaku tak baca keseluruhan kenyataan Dato' Pa. Apa yang lebih saya khuatir, Tok Guru sedang digunakan oleh Husam Musa dan geng erdogannya untuk meruntuh kepimpinan ulama PAS.

Yang pastinya Tok Guru Nik Aziz seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan Tuan Guru Presiden. Ini adalah amalan yang tidak sihat didalam jamaah kita. Muktamar telah melantik Tuan Guru Hj Hadi sebagai Presiden PAS, maka kita hendaklah patuh dan taat kepada kepimpinan beliau dan membenarkan beliau memacu jamaah mengikut acuan beliau selagimana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan AlHadis. Manakala Mursyidul Am hanyalah "advisory post" disamping mempengerusikan Majlis Syura dan bukannya kuasa eksekutif di dalam parti. Tetapi apa yang berlaku Muryidul Am lah yang paling banyak mengeluarkan kenyataan berkaitan parti berbanding Presiden. Semoga Tok Guru Nik Aziz memahami dan difahamkan bidangkuasa beliau sebelum ahli hilang rasa hormat kepadanya.

Yang lebih saya khuatir perancangan melagakan kepimpinan ulama kita ini adalah berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan harapan ahli akan hilang keyakinan kepada ulama dan memilih bukan ulama sebagai pemimpin nanti.


2. Menggunakan pengaruh Mursyidul Am

Semua orang sedia maklum bahawa Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz dalam banyak hal. Walaupun kadangkala Tok Guru berjaya disedarkan oleh kaum keluarganya dan kawan rapatnya, tetapi bila Husam muncul saja semuanya akan bertukar balik seolah-olah macam dipukau....entah ilmu apalah yang dipakai Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz. Entah kenapalah Tok Guru Nik Aziz begitu sayangkan Husam walaupun lebih separuh daripada ahli perhubungan PAS Negeri Kelantan tidak menyukai beliau dan lebih separuh daripada ADUN PAS di Kelantan pun tidak menyukai beliau kerana mereka terlebih maklum akan sifat dan amalan kejinya.

Yang jelasnya Tok Guru Nik Aziz memang terlalu sayangkan Husam sehingga dia pernah berkata bahawa Husam layak menjadi Presiden PAS!!!! (na'uzubillah)

Kata-kata inilah yang ditungu-tungu oleh Husam dan atas sebab itulah Husam bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu dan kumpulan Erdogannya seringkali menggunakan nama Tok Guru Nik Aziz sebagai hujah mereka. Nama Tok Guru Nik Aziz dijaja merata-rata sehingga ke blog-blog mereka bagi membenarkan usaha jahat mereka. Jangan terkejut jika nanti mereka akan berkata bahawa Mursyidul Am lah yang menyuruh Husam lawan Presiden.


3. Merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS

Satu fahaman yang cuba ditanam ke dalam minda dan pemikiran ahli-ahli PAS ialah ulama tidak faham siasah dan tidak pandai berpolitik.
Mereka mungkin pandai baca AlQuran dan Alhadis tetapi tidak pandai menyusun strategi politik dan tidak pandai mengadaptasikan ayat-ayat yang dibaca ke dalam realiti semasa.
Sebab itulah bila Tuan Guru Presiden beristikharah sehingga diilhamkan dengan Surah Al-Anfal, mereka cuba mempermainkannya. Mereka mencari pendapat yang paling tidak diterima oleh jumhur bahawa ayat tersebut telah mansuh semata-mata untuk menimbulkan keraguan ahli terhadap kehendak ayat tersebut.

Dan bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran - maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir. Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir AlQuran ikut kehendak semasa. Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran.

Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau kita hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka kita hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda bahaya yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa kita sedari.


4. Menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi

Satu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Trengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Trengganu. PAS Trengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Trengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Trengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Trengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Trengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Trengganu dicanang merata-rata.

Apakah tujuan mereka sebenarnya??? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Trengganu dan pernah memimpin PAS Trengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Trengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia.

Begitulah hinanya taktik dan perancangan mereka. Kenapa perlu dimainkan sentimen kenegerian (Trenganu ke Selangor ke) sedangkan itu adalah perancagan jahat Yahudi yang cuba memecahkan Islam dengan sempadan negeri – sedangkan kita satu Jamaah yang mempunyai amal jama’i dan asas-asas ukhuwwah. Kita laksana batu bata yang kalau dicubit peha kanan terasa di peha kiri. Kalau kita rasa sahabat kita di Trengganu ketinggalan dan lemah dan kalau kita perasan yang PAS Negeri kita yang terlebih pandai strategi, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk turun menolong atas rasa mahabbah dan ukhuwwah bukannya tulis di dalam blog untuk mengaibkan mereka dikhalayak dan mendabik dada kununnya dia tahu punca kekalahan PAS di Trengganu.


5. Bergerak secara berkumpulan

Seolah-olah telah wujud apa yang dikatakan tanzim di dalam tanzim (ini adalah kepakaran Abu Iman dan Abu Urwah). Kumpulan Erdogan ini sering berjumpa dan bermesyuarat sesama mereka terutamanya sebelum dan sesudah mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka merancang secara berkumpulan untuk menangani sebarang isu di dalam Parti. Sebab itulah tidak hairan jika didalam ceramah-ceramah dan tulisan mereka, mereka memainkan isu-isu yang lebih kurang sama. Mereka sengaja “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan bahawa ada usaha untuk membawa PAS masuk UMNO. Sedangkan sudah berapa puluh kali dinafikan oleh Presiden dan Timbalannya, tetapi mereka masih tetap memainkan isu tersebut. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kemarahan ahli terhadap Presiden dengan cuba menuduh Presiden menipu ahli.

6. Menggunakan bloggers

Semua orang sedia maklum siapa Kickdefella. Terang-terang Husam mengupah beliau menulis blog dan dan mengunakannya untuk menyampaikan propaganda beliau dan kumpulannya. Begitu juga bloggers yang lain seperti Penarik Beca, Tulang Besi, Khalid Samad dll – semuanya adalah tali barut kumpulan Erdogan yang terang-terang menyerang kepimpinan ulama PAS dengan seribu satu alasan. Mereka sengaja mereka-reka cerita dan teori untuk menimbulkan keraguan dan syak wasangka ahli terhadap kredibiliti kepimpinan ulama PAS.


7. Menggunakan Harakah

Harakah ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama Husam dan kumpulan Erdogannya dalam merealisasikan cita-cita mereka. Pengarah Urusan Harakah sekarang ini ialah Dato’ KJ. Kita dah sedia maklum siapakah Dato’ KJ dan siapakah bosnya. Sebab itulah Dato’ KJ secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya. Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru Presiden seringkali pening kepala dengan dua media rasmi utama PAS ini. Beberapa kali dikatakan bahawa beliau agak marah dengan akhbar Harakah dan Harakahdaily yang gagal mencerminkan lidah rasmi PAS dan gagal menyiarkan berita yang dianggap penting untuk disampaikan kepada ahli. Amat malang bagi seorang Presiden parti bila dia melantik seseorang untuk menerajui Akhbar Harakah dan Harakahdailiy tetapi mereka tidak mengikut arahan beliau. Saya rasa dah tiba masanya Presiden menggunakan kuasanya untuk melantik orang lain demi menyelamatkan akhbar Harakah dan Harakahdailiy daripada terus dikuasai oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri.


7. Membeli Negeri dan Kawasan

Setelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah. Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya. Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu. Husam memang pandai kerana dia belajar daripada UMNO dan mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang. Dia tahu bahawa kawasan-kawasan atau negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya. Ada juga dikalangan pimpinan kita di Perak dan negeri2 yang lain yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan. Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan di dalam muktamar yang akan datang.

Saya harap ahli dan pimpinan kita diperingkat cawangan, kawasan dan negeri tidak sebodoh itu diguna dan digula-gulakan oleh Husam dengan wang ringgit sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan asas-asas perjuangan kita.


8. Memujuk Presiden untuk melepaskan jawatan

Diberitakan bahawa telah ada usaha-usaha untuk memujuk Tuan Guru Hj Hadi melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS. Sebagai ganti beliau akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS setelah Tok Guru Nik Aziz dikatakan bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk memberi laluan kepada beliau. Dengan cara itu mudahlah Husam naik menduduki kerusi Presiden. Tetapi saya tidak fikir Tuan Guru Presiden kita akan terpedaya dengan taktik bodoh seperti itu. Beliau seribu kali lebih cerdik daripada Husam Musa dan geng Erdogannya.


Kesimpulannya, Husam Musa memang berusaha keras untuk menjadi Presiden PAS. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan cita-cita tersebut. Pokoknya.. matlamat mesti menghalalkan cara. Cuma mungkin beliau terlupa bahawa disebalik perancangan beliau, Allah juga merancang untuk menyelamatkan kesucian perjuangan Islam. Semoga PAS dijauhi daripada pemimpin yang tamak kepada kuasa dan pangkat.

Kepada kumpulan Erdogan, kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat, janganlah menjadi penyumbang kepada kejayaan perancangan yahudi dan barat yang ingin melihat gerakan Islam berpecah dan lemah. Kembalilah memberi wala dan taat kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden. Semoga perjuangan kita diberkati dan di redhai Allah. Jika Allah redha cukuplah untuk kita walaupun kita kalah dan walaupun tidak diredhai dan disukai oleh munafiqin dan musyrikin.

14 comments:

Anonymous said...

salam

lama saya tunggu update blog ni... apa pun harap semua pendokong perjuangan Islam sejati terus teguh dgn prinsip dan taat kepada Presiden dan pucuk pimpinan (yg menyokong Presiden).

-herbos@lelucon

Anonymous said...

Panah pedih weh baca blog ni.

Ana setuju dengan penulisan hikayat ni. Kantung PAS Kelantan semakin pokai sejak dua mejak lepas pilihanraya ke-12 yang lalu.

Wang derma dari mana-mana pihak tidak masuk dalam akaun PAS Kelantan tetapi wang bertaburan, diluar akaun PAS.

Mengemukkan Tabung Kewangan PAS memang inilah peranan dan tugas sepatutnya dimainkan oleh Pengerusi Lajnah Ekonomi & Kewangan PAS Kelantan yang diketuai oleh Husam Musa. Bukan menabur 'Rasuah Politik Presiden 2009'

Anuar Tan selaku Bendahari tak tau apa. Ada kerani hulur cek sain. RM ada ko dok dalam akaun bank, dia tak ambil peduli.

Tok Guru nak Aziz jangan buat tak tau benda-benda ni. Kena ambil dan buat tahu sebab menjaga Ummah cukup penting dalam usaha melanjutkan usia PAS Kelantan.

Anonymous said...

saya setuju. harap semua pendukung PAS beri perhatian serius. Tiada rugi mendukung ulama. Erdoganis hanyalah berjudi,Islam jadi pertaruhan. bukan berserah pada Allah. Mereka tak faqih erti tawakkal.. Ulama sebaliknya

Anonymous said...

A'kum,

Ada beberapa kesalahan fakta dalam artikel ini. Dari pemerhatian saya, Penarik Beca bukan geng Erdogan, tapi kalau secara tak sengaja terikut agenda Erdogan tu tak taulah. Geng Erdogan sedang menyusun semula strategi selepas 16 Sept gagal. Selepas ni akan ada cerita/pre-empt baru yang sekali tengok macam tak ada kena mengena dengan agenda Erdogan, tapi sebenarnya ada. Berhati-hatilah. Erdogan cuba menampakkan apa yang diperjuangkan mereka ialah suara sebenar akar umbi Pas (Pas pun pandai guna akar umbi untuk mengesahkan agenda masing2). Nik Aziz akan terus diperalat, dan susah "Pas Trengganu" nak lawan kerana mereka sendiri banyak kes.

Anonymous said...

masyaallah smpi begitu sekali perancangan jahat puak2 ni...semoga ALLAH melindungi TGHH drpd niat jahat ni...dan moga terhapuslah niat2 jahat mereka..

Anonymous said...

Dan bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran -

Apakah dengan menentang Al-Quran itu sama dengan UMNO yang selama ini juga menentang al-quran

maka puak2 ni juga boleh di istilahkan juga 'KAFIRRRR'

sememangnya ianya juga layak dapat anugerah ini............

Pok Nik Klate said...

Inilak kerugian terbesar PAS setelah menang dengan agak bergaya dalam PRU12. Sepatutnya kesempatan kemenangan ini diasuh dan diolah pula agar PAS terus kuat dan gagah dan diterima oleh semua rakyat lain yang bukan Melayu dan Islam diatas kecantikan perjuangan PAS. Apa sudah jadi..? Ini persoalan perlu difikirkan dgn lebih teliti dan mendalam oleh semua pendokong wadah perjuangan PAS. Apa silapnya? Dimana silapnya? Mengapa silapnya? Adakah keduniaan lebih diutamakan sekarang berbanding akhirat?

PKR yg memulakan usaha pertukaran kerajaan persekutuan..mengapa pula PAS yg menjadi mangsanya? Apa pula peranan PAS dalam menjayakan usaha Anwar Ibrahim? Buatlah hipothesis bersesuaian..bukan macam hipothesisi yang dibuat oleh YB Husam Musa.. Apakah Allah swt akan mempersoalkan kelak tentang matlamat yg tidak tercapai setelah segala cara2 adalah halal dan mengikut hukum? Atau adakah Allah swt akan mempersoalkan kelak matlamat yang tercapai sedangkan cara2 yang tidak mengikut syariat?

Berhatilah2..biarlah Allah swt merestui dalam kekalahan daripada kemurkaan dalam kemenangan. Unsur asing didalam PAS ini perlu disemak dan dikaji. Butir2 "barah" ini perlu dikikis dan dibuang semasa mereka masih mengecil..

Cheguman said...

Amat-amat menghairankan apabila TGNA agak kerap menukar kenyataannya. Seolah-olah beliau tidak berfikir sebelum membuat kenyataan. Adakah logik seseorang yg bertaraf ulama' dan pemimpin besar membuat kesilapan ketika membuat kenyataan kepada publik?

Anonymous said...

1. TGNA tak bersalah, cuma tersalah. Sebab HUSAM kat belakang tu yang beri maklumat celaru.

2. Memang puak2 ni layak digelar sebagai golongan Profesional Liberal dalam PAS. Liberal sebab gunakan akal dulu, lepastu cuba takwil nas ikut selera dan akal mereka.

Korang setuju kalau kita panggil diorang PROFESSIONAL LIBERAL?

Anonymous said...

kepada c tukang baca husam lepas saja baca ni p ambik air skit siram muka dia supaya sedar lah skit dari mimpi jng dok d lamun mimpi sana...saya tak ugut saya tak gertak husam cuma ingatkan dia jng sampai kami tolak dia d muktamar akan datang...sementara dia masi d atas ubah lah perangai tu..jangan nak mengampu saja c penipu anuar..satu malaysia d tipu, wei c tukang baca husam yg ada membuka blog ini sampaikan sama dia amanat org bahawa ini..sedar lah cepat sebelum air kencing yg sedarkan dia..kepada penulis blog jng gentar jang malu tulis yg benar demi masa depan pas...

Anonymous said...

aku dah lama hilang hormat pada nik aziz dari segi permainan politiknya..yg aku homrat nik aziz ialah pada ilmu agamanya..bab politik hancuss dah....lately makin terukk...kata mudahnye: dia mcam dah nanyuk dalam bab politik

Anonymous said...

Salam,
adakah penulisan blog ini mengambarkan adab dalam berjamaah. Sebaiknya isu - isu atau perselisihan dalam jamaah dibawa kepada pimpinan utk menyelesaikannya. Andai Hussan Musa ( Naib Pres) bersifat seperti dinyatakan dalam blog ini benar, pimpinan / majlis syura boleh bermusyawarah untuk menyingkirkan. Penulisan spt blog ini yang mengambarkan jamaah Islam kucar kacir amat tidak menguntungkan perjuangan Islam. Malah ia melunturkan kepercayaan anak - anak muda kepada jamaah yang baru utk mereka dekati setelah frust dengan UMNO. Fikirkan dengan mata hati, bukan dengan emosi...

- ANAK MUDA BEKAS PRO UMNO YANG NAK KEPADA ISLAM !

Anonymous said...

Dek kerana harta dan pangkat lah manusia cenderung lupa diri....yang boleh menolong hanyalah kekuatan iman dan ilmu sebagai pendinding nafsu....mudah2an orang seperti Husam Musa tak terlalu haloba hingga memusnahkan agama sendiri.

Penyokong Ulama.

Anonymous said...

assalamualaikum.. saya adalah seorang yang berpendirian tidak memihak, auatu ketika dalam proses mengenal diri, saya begitu menghormati ulama2 Pas dan perjuangan Pas. Bagaimanapun, apabila sudah melewati satu saat dalam kematangan pemikiran, saya begitu kecewa dgn Pas. Ini berlaku kerana saya melihat pada sikap ahli2 Pas (mungkin sebahagian) dan juga pemimpin2 Pas terutamanya Tok Guru Nik Aziz yg saya lihat banyak mengeluarkan kenyataan bercanggah dalam isu yang sama.

Dan saya juga pernah sendiri menyaksikan bagaimana beliau mengubah kenyataan beliau berhubung isu sumpah laknat saiful selepas diminta berbuat demikian oleh seorang wartawan harakah yg saya tidak kenali siapa.

Dalam hal ini, saya nampak beliau tidak menyatakan yang hak tetapi membuat kenyataan atas kepentingan dan ini adalah sesuatu yg tidak boleh diterima akal mahupun pendirian saya.

Banyak lg isu2 lain yang memperlihatkan kenyataan yg saya anggap berbelit2 seperti isu lompat parti dan terbaru penderhakaan kepada Sultan.

Beliau juga menentang muzakarah/muqabalah dgn UMNO yg sebenarnya penting demi survival ummah Islam di negara ini.

Dalam hal ini, memang saya bersetuju beliau telah dipengaruhi oleh Husam. Sy tidak pernah mengenali Tn Guru Haji Hadi tp beliau yg gambaran awal beliau adalah seorang yg garang dan radikal.

Bagaimanapunn, apabila berpeluang bertemu dgn beliau, sebenarnya beliau juga boleh berjenaka.

Yg penting ialah pendirian dan prinsip yg kita pegang tidak boleh dipermain atau dikorban demi kepentingan politik atau peribadi.

Apa yang berlaku di Perak juga sudah jelas penentangan terhadap Sultan Perak yg membuat keputusan berdasarkan undang2 dan setelah melihat Nizar yg diharapkan mampu menjaga kebajikan orang Islam tidak mampu berbuat demikian dan menjadi boneka DAP dan Anwar.

Nizar masih mentah dalam politik. Kalau ditanya pendapat orang yang tidak berparti, orang yang tidak bersikap bias, pasti mereka kata Nizar rajin ke surau tp sayang dia tk berani mengatakan tidak kepada Ngeh dan Nga.

Sekarang kita dihidangkan pula dengan perpecahan orang Melayu dan ini tentu menunjukkan berlakunya perpecahan di kalangan orang Islam itu sendiri.

Kalau ditanya pada majoriti kaum asing di Perak, mereka tidak mahukan Melayu dan Islam. Mereka menyokong Pas kerana DAP.

Apabila Pas dan PKR lemah, percayalah mereka akan menyokong BN pula. Itu adalah cara survival mereka.

Sikap menyokong membuta tuli, taksub, matlamat menghalalkan cara dan melihat setiap keburukan pada orang lain dan kebaikan pada diri sendiri pada sebahagian besar penyokong Pas membuatkan saya meluat dan hilang kepercayaan kepada Pas.

Ramai di kalangan keluarga saya penyokong Pas.

Mereka adalah orang yang baik2, dan taat kepada suruhan Allah dalam bab hubungan dgn Sang Pencipta tetapi bab hubungan sesama manusia diabaikan, iaitu kita sering membuat fitnah sedangkan kebenarannya tidak kita ketahui.

Penyokong yang radikal dan taksub adalah baik menjamin kekuatan sesebuah parti mahupun apa pertubuhan sekalipun.

Ini kerana, `tentera' ini taat kepada pemimpin dan sanggup berbuat apa saja.

Bagaimanapun, jika ketaksuban ini boleh membawa kepada syirik ia sudah menjadi satu dosa besar.

Apatah lagi ia digunakan untuk memusuhi sesama ummah sehingga berpecah belah dan akhirnya orang Islam itu sendiri yg akan rugi.

Pas dan UMNO perlu bersatu kalau tidak sebagai satu parti, cukup sekadar saling bantu membantu dalam soal menjaga kepentingan ummah.

Kalau orang2 Islam berpecah belah, yang rugi adalah kita sendiri dan yang untung adalah orang lain.

Pandangan jujur saya, org2 Pas mmg pandai dalam bercakap soal agama berbanding orang Umno tetapi orang Umno ramai yang bertoleransi dan mudah didekati berbanding orang2 Pas.

Dari segi hujah2 pemikiran mahupun berdasarkan quran dan hadis, ramai pengikut Pas memberikan hujah yang bersikap bias dan berkepentingan dan mereka tidak pernah mengakui kesilapan.

Mungkin tn guru hj Hadi dan ustaz Haron Din dapat memberikan hujah2 lebih bernas kerana saya masih menghormati dua tokoh ini.

katakanlah yang hak walaupun ia pahit. Anak2 kita perlu dididik dgn prinsip2 nilai2 murni dgn berpegang pada kalimah dua syahadah.

Sy sebenarnya merasa bimbang apabila melihat tahap pemikiran dan intelektual anak2 kita pada masa ini semakin merosot seolah2 ramai yang berfikiran singkat.

Mmg saya akui akal terhad tetapi kita diberi akal untuk berfikir dan membenarkan ayat2 Allah. Kalau Islam itu sendiri tidak logik masakan ia boleh berkembang.

Apa yg tidak mampu terfikir oleh akal, tidak perlu difikirkan, cukuplah sekadar apa yg termampu.

Lihatlah ciptaan Allah dan jgnlah berfikir tg diri-NYA. Itu sudah menunjukkan batasan pemikiran akal.

bersambung.......




































tidak pada tok guru haji hadi ttp kepada