Friday, October 24, 2008

Sah Anwar Menipu

Saya ingat Anwar dah berubah....rupa-rupanya tidak. Kalau dalam UMNO dulu, menipu dan mungkir janji dah jadi budaya. Ingatkan bila dah keluar UMNO dan bersama PKR dan PR beliau dah berubah lebih-lebih lagi bila selalu berdamping dengan para ulama di dalam PAS. Rupa-rupanya budaya tersebut telah menjadi darah daging beliau hingga sukar untuk dibuang.

Satu dunia tahu yang Anwar berjanji dengan rakyat Malaysia bahawa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada 16 September, 2008. Anwar dah janji dengan DAP, Anwar dah janji dengan PKR, Anwar dah janji dengan PAS dan ahli-ahli mereka bahawa kerajaan akan bertukar pada 16 Sept. Habis semua orang gelabah lebih-lebih lagi UMNO. Habis semua orang mengharap lebih-lebih lagi pemimpin yang kemaruk pangkat dalam PAS. Dah ada dikalangan pemimpin PAS sendiri dah mula pasang angan-angan nak jadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Terlalu banyak masa dan tenaga dibuangkan untuk berbincang berkenaan pembentukan kerajaan baru sehingga PAS hampir atau dahpun berpecah. Hinggakan wala' dan taat kepada pemimpin sendiripun dah beralih arah. Hinggakan pandangan Presiden sendiripun dipertikaikan. Hinggakan matlamat menegakkan negara Islam pun dikesampingkan. Dan yang lebih parah....hinggakan ayat AlQuran pun sanggup di "tapi" kan.

Bila Dato' Mustafa Ali membuat kenyataan bahawa tidak akan terbentuk kerajaan PR pada 16 September, maka terloncat-loncatlah budak suruhan Anwar dan Husam menyerang Dato' Pa. Kununnya mungkin nak jadi hulubalang Anwar dengan harapan Anwar akan jadikan mereka sebagai kroni beliau agaknya. Yang paling sedih ialah bila Husam gunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz agar sama-sama menyerang Dato' Pa. Peristiwa ini tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Akhirnya, bila tiba 16 September, 2008 tidak ada apa-apa pun yang berlaku. Tidak terbentuk pun Kerajaan Pakatan Rakyat seperti yang dijanjikan oleh Anwar dan seperti yang diharapkan oleh jutaan rakyat Malaysia. Yang ada hanya beberapa siri sidang media Anwar yang sering dihadiri oleh kumpulan Erdogan PAS yang terhegeh-hegeh nak jadi menteri. Bila orang tanya pasal kerajaan PR dia hanya jawab... I have the numbers, I have the numbers! Bila orang tanya siapa dia yang nak lompat tak boleh jawab, kununnya strategi... takut kena kacau.

Seribu satu alasan dan dalih diberikan. Dan seperti selalu beliau masih berjaya meyakinkan sebahagian besar penyokong PR untuk percaya kepada alasan-alasannya... termasuk dua tiga kerat yang kempunan nak jadi menteri dalam PAS. Entah ilmu apa yang di pakai Anwar sampai orang boleh percaya kepada cakap dia walau ditipu berkali-kali.

Kemudian dengan muka tak malu terpaksa mengiakan pendapat Dato' Pa apabila Anwar terpaksa meminta Pak Lah buat sidang parlimen tergempar untuk nak bawa usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri. Satu tarikh baru diberikan iaitu 23 September untuk Paklah buat sidang parlimen tergempar, kalau tidak........

Akhirnya bila tiba 23 September... tidak ada apa-apa juga yang berlaku. Yang ada hanya "berlakun". Memang Anwar pandai berlakun. Kesalahan diletakkan kepada Paklah kerana tidak memanggil sidang parlimen tergempar. Sekali lagi rakyat Malaysia termasuk PAS kena tipu.

Satu persoalan disini....betulkah Anwar ada majoriti ahli parlimen yang dah melompat dan bersama PR? Siapa yang boleh confirm? Macam-macam versi yang Anwar berikan kepada PAS. Sekejap kata dah cukup kuota muslim. Sekejap kata dah cukup bilangan yang melompat tapi masih tak cukup bilangan ahli parlimen muslim. Yang pastinya beberapa nama yang Anwar berikan kepada PAS kununnya dah setuju nak melompat adalah ternyata TIPU. Tak perlulah saya dedahkan disini siapa nama-nama tersebut. Cukup jika saya katakan Anwar "don't have the numbers" atau hanya "hope to have the numbers".

Tetapi, apa yang menghairankan ialah macam mana Husam dan kumpulan erdogan dalam PAS yang kununnya pandai sangat berstrategi boleh percaya bulat-bulat kepada cakap Anwar dan masih memberi kepercayaan yang tinggi kepada Anwar walaupun dah ditipu berkali-kali.

Dan yang paling menyedihkan ialah bila mereka menyalahkan Tuan Guru Hj Hadi sebagai punca tidak boleh terbentuknya kerajaan baru PR. Kununnya disebabkan oleh syarat majoriti muslim yang diberikan oleh Tuan Guru Presiden dan keengganan Tuan Guru Presiden untuk menandatangani surat persetujuan lah yang menjadi punca kegagalan kerajaan PR.

Dalam mesyuarat Lujnah Politik PAS yang terakhir (sebelum sidang Parlimen) pun kumpulan erodogan ini masih yakin bahawa kerajaan baru pasti akan ditubuhkan sebaik sahaja sidang parlimen bermula. Hinggakan masing-masing sibuk berbincang tentang portfolio menteri yang PAS akan dapat (termasuklah Khalid Samad sehingga baru-baru ini melalut-lalut buat kenyataan dalam akhbar Sinar - siapa yang beri dia mandat untuk bercakap macam tu pun tak tau). Yang hairannya DAP tidak pula sesibuk atau terlalu optimis membabi buta seperti (kump erdogan) PAS tentang penubuhan kerajaan baru tersebut. Dan bila Karpal Singh dan Lim Kit Siang buat kenyataan bahawa mereka tidak begitu selesa dengan adegan lompat melompat ni - tidak ada pulak golongan "erdogan" dalam DAP yang bangun menentang kenyataan pemimpin mereka. Nampaknya DAP lebih menghormati pemimpin dan lebih memahami konsep wala' kepada pemimpin berbanding PAS.

Walaubagaimanapun saya bersetuju bahawa jika sekiranya benar Anwar ada sokongan majoriti ahli parlimen, 13 Oktober adalah tarikh yang sepatutnya kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat terbentuk. Kalau dah lebih daripada separuh ahli-ahli Parlimen telah berpihak kepada Anwar dan Pakatan Rakyat pada masa itu dan kurang daripada separuh sahaja dimiliki oleh BN maka apa lagi dalih dan alasan untuk tidak membuat undi tak percaya terhadap Paklah dan membentuk kerajaan PR. Kalau dah sebelum ini bersungguh-sungguh nak minta Paklah buat sidang parlimen tergempar - sekarang bila parlimen dah bersidang buatlah dan buktikanlah yang Anwar "have the numbers"!!!

Namun, hampeh....pada tanggal 13 Oktober, 2008 bila sidang parlimen bermula, tidak ada apa-apa pun yang berlaku melainkan ucapan pembahasan bajet oleh Anwar yang meleret-leret sehingga kebanyakan ahli parlimen BN (yang sepatutnya dah jadi ahli parlimen PR) keluar dari Dewan sebab boring.

Kemudian Anwar buat kenyataan lain dalam ceramahnya di Kota Bharu bahawa kerajaan PR akan dibentuk sebelum Hari Raya Haji pulak.

Jadi, apakah kesimpulannya dan kesudahannya??? Apa lagi muslihat Anwar.
Secara nyata dan jelas Anwar telah berulang kali menipu dan berbohong kepada PAS, DAP dan seluruh rakyat Malaysia sehingga negara kita jadi tak keruan baik dari segi politik dan ekonomi. Berilah apapun terma dan nama.... strategi, taktik, perang psikologi, political game dll - yang jelasnya Anwar MENIPU dan BERBOHONG.

Dalam Islam, orang yang MENIPU dan BERBOHONG adalah tidak layak sama sekali diangkat menjadi pemimpin.

Kepada Husam dan kumpulan erdogannya... cukuplah tu. Janganlah anda pulak nanti yang terpalit dengan sifat menipu dan bohong Anwar. Sedarlah bahawa anda semua telah terpedaya dengan dakyah serong Anwar sehingga anda terlebih kagum dan taat kepada beliau berbanding dengan pemimpin sendiri. Sedarlah bahawa disebabkan temberang Anwar sudah banyak kerosakan yang telah berlaku di dalam jamaah kita.

Berilah kepatuhan yang tak berbelah bagi kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden. Ikutlah cakapnya dan dengarlah pandangannya yang senantiasa dipimpin AlQuran dan AlHadis. Nescaya kita akan sampai kepada matlamat dan ghayah kita walaupun tidak terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat.

33 comments:

Anonymous said...

anwar, anwar!mengucaplah sikit.
untuk semua anwarista sila melawat 'youtube' dan taip 'homo anwar' dikotak 'search' dan lihat sendiri pengakuan didepan ustaz taib azimuddin dan lain2.kalau ini pun fitnah maka saya cabar anwar dan pengikut2nya menyaman mereka yang membuat tuduhan itu.berani tak kamu?

Anonymous said...

kan kita dah ckp..cepat2 lah ambil air siram skit muka husam ni..adeiii atau c tukang baca husam dlm blog ini tdk berani..kalau tak siram sampai bila si husam ni nak sedar..jng jadi penakut siram lah muka dia supaya sedar skit dari mimpi dia..nasib baik saya bukan ahli kumpulan erdogan yg d maksudkan,..ini suara org dari bawahan bukan dari pakturut husam tu...daripada d sedarkan oleh kencing anuar kan elok setakat guna air saja..jadi pesan lagi dengan dia jng sampai kami pula akan tolak dia dlm muktamar akan datang...kepda penulis blog jng malu jng takut kita akan tegur yg mana salah dan yg mana betul kita sokong..

Anonymous said...

HUsam pun dah buat kenyataan kata dia dah tengok senarai ahli BN yang nak lompat parti. Nampaknya HUSAM turut sama berbohong!

Anonymous said...

Anwar Munafik

Dpn penyokong PAS blh la dia ckp PAS sbg teras http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm

Knp paper The Star pasal berita yg sama xde siar pun PAS sbg teras? http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/11/nation/2253766&sec=nation
Takut org DAP tbaca ke?


Akhirnya pada hari ini dah xjd pulak http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/23/mstar_berita/20081023151827&sec=mstar_berita

Anonymous said...

salam.

sudah2lah. Apa yg penting mana yg dah 'terlajak' tu cepat2 la insaf. taubat. Bersatu semula. Yg puak 'zerodog' tu pun bukan calang2 orang. PAS perlu orang 'bersemangat' mcm tu. Tapi semangat pun biarlah kena pada tempatnya... yg penting taatilah kepimpinan ulama...

bersatu dalam jemaah, kuat utk ummah... :)

herbos@lelucon

Anonymous said...

kah..kah..kahhhhhhhhhhh!!!!!

nak tberak aku bila baca artikel ini dan MENYOKONG 100000% SAH anwar kakai penipu dan Husam kaki BLAWOK.....

Kembalilahh ke matlamat asal jgn dik mimpi lg"JGN JADI MAT JENIN"la

harap TGNA sedarlah selama ini beliau telah di 'PUKAU' oleh HUSAM

Anonymous said...

AYUH...............

KITA PAKAT.........

SINGKIR ERDOGAN..!!!!!
PECAT ERDOGAN.....!!!!!!
BUANG ERDOGAN.....!!!!!!!

PI MAMPUS ERDOGAN....!!!!

JANGAN ADA LAGI PEROSAK SPT INI DALAM JMAAH......(Satu lagi jarum2 halus yahudi)

MyIdea said...

apa masalah Anwar sebenarnya ek?

Anonymous said...

puak2 erdogan ni hanya lah budak suruhan anwar utk mencapai cita2nya...betapa bodohnya puak2 ni rela mengutuk@menghina presiden sendiri semata2 kerana anwar...memang sah pas akan huru hara sekiranya puak2 ni masih lagi tak insaf....

Anonymous said...

penerima surat layang berkata;----

wuiiii husam ko baca kah blog ini..sampai bila u nak d kencing oleh anuar tuu..betul ckp komen d atas tu jng sampai u sedar bila air kencing yg simbah muka u..tuan guru hadi pun ko dah tak hormat kah? pakai otak skit kawan..ingat muktamar akan datang blh tentukan jatuh bangun kau husam..weiii baca kah husam? kalau ada kawan dia tlg sampaikan sama dia..jng sampai api yg mula tersebar makin marak dlm pas..ingat api kebencian mula hidup d kalangan jemaah pas..kalau u ada fikiran cepat2 padam jng mula dah melalarat surat2 layang tu ke seluruh malaysia...

Anonymous said...

husam ni pembawa wabak dalam pas..husam macam wabak yang ada dalam umno..kalau muhyidin dan PM pencen mahathir berusaha singkirkan dolah, sama juga husam didalam pas.orang2 mcm husam ni takde beza dgn munafik2 dalam umno mcm mahathir dan muhyidin.

jgn sampai taraf pas sama mcm umno.. kickdefella(tendang husam and the geng)

Anonymous said...

Husam ,Nuar dan Kamaruddin jaafar ada agenda tersendiri strategi halus menggunakan pas utk mencapai matlamat gilanya...Anuar penipu dan penghasut...

Toksedang said...

Habis huruhara kerana Anuar Berahim...baik dlm pas atau umno...bijak2...esuk mu tahulah langit tu tinggi atau rendah.

Anonymous said...

tuan punya blog...

tolong tegur Rashidi Hassan tu... jgn dok menyibuk denagn ahli parlimen je tapi harakahdaily tak update...
Beritahu dia... Harakahdaily dah teruk... dok pi lobi MP PKR tu ada hati nak jadi sec pol sesape ke?
Kalau pi parlimen bukan nak dapatkan story utk Harakhadaily tp dok menempel dgn MP PKR kat cafe MP... story masuk Harakahdaily cuma copy paste dari web lain...
Puak-puak erdogan tak nampak ke si Rashidi ni tak buat kerja...

Anonymous said...

Husam out!!!...now. bagi mustapa ali jadi naib presiden

Anonymous said...

Tidak usah la, bergaduh kerana perbezaan pendapat. yang penting teruskan perjuangan..

keris_warisan010 said...

Tu la.....terlalu taksub sangat kat Anwar tu, Petualang bangsa. Ingin menjatuhkan Kerajaan Melayu Islam dan diganti dgn Kerajaan Anti Melayu Islam. Diperkudakan oleh Bangsa asing yang ingin melihat Kerajaan sekarang ini tumbang.

Anonymous said...

"Saya ingat Anwar dah berubah....rupa-rupanya tidak. Kalau dalam UMNO dulu, menipu dan mungkir janji dah jadi BUDAYA".

Sekarang dah bertukar kepada ANUAR BUAYA lah pulok nampaknya.

Anonymous said...

kami mau husam keluar out...tamatkan watak dia sebagai ahli menipu kami..apa betul seperti yg d katakan dlm surat layang tu husam dan mula jadi buta hati,bakal jadi penderhaka no1,bakal tumbangkan tuan guru... oh tdk jng sampai ia jadi kenyataan..kerana takut kan aib kan dan dosa kami tdk dedahkan surat layang tu..husam u dah out of servis dah..setakat d tangan kami mampu lg kami sebunyikan warkah pengkingkianat tu..tp sampai bila blh kami bendung hal ini kalau ko ndak sedar2 lagi..

DAH IKHWAN said...

Saudara yang dihormati,

Saya sungguh tertarik dengan artikel saudara tentang Husam dan boss beliau Anwar.

Saya seorang blogger bebas dari politik kepartian tetapi panduan saya ialah perpaduan dan Survival bangsa Melayu dan Islam.

Setelah membuat kajian dan juga berpandukan informasi dari blog saudara, saya telah menulis satu artikel 'pertembungan dua prinsip dalam PAS: Suatu Kajian'

Artikel diatas boleh di lawati melalui Google, cari blog DAH IKHWAN.

Anonymous said...

sejak bila anwar tu betul, pas terpedaya dengan janji anwar nak daulat islam..

Anonymous said...

tolong tegur Rashidi Hassan tu... jgn dok menyibuk denagn ahli parlimen je tapi harakahdaily tak update...
Beritahu dia... Harakahdaily dah teruk... dok pi lobi MP PKR tu ada hati nak jadi sec pol sesape ke?
--------------------------------

Rashidi Hasan...kekadang ada manusia yag rasa dirinya bagus....ilmu tak sebanyak mana pasal UMNO tp nak tulis pasal UMNO. Geli ketiak aku. Analisis dangkal..

puak2 harakah dah lama jadi puak puak barua anwar...pernah satu ketika berita mengenai anwar jadi tajuk utama dan berita kemenagan ustaz hashim jasin di sanglang cipot kemomot jer pakai.

hilang hala tuju dan pedoman. bangsat.

resign lah puak2 yg pro pkr di harakah..jangan jadi barua.

takkan tak tau apa yg newsworthy untuk parti PAS..

harakah tu lidah rasmi pas. berita pas la yg patut banyak.

ada ker roket ngan suara keadilan duk main sangat cerita pasal pas

ii tidak, adun penang selit ayat quran sepatah dua dijadikan satu berita....

kalau org umno selit sepatah dua ayat suci, mula la nak mengutuk itu ini...

salam takzim
petugas lidah rasmi UMNO

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

anuar adalah era bush, era algore dan puak2 yang menyerang iraq dengan imf yang nak kecek duit kita

maka anuar tak releven lagi. anuar kita bagi kat anaknya nuru izah...dia hanya jadi penasihat aja.

anuar kita tak pasti hobi dia tu... dia pun tak nak bersumpah depan kaabah di mekah dengan junjung alquraan. banyak benor dalih dia.

sekarang zaman obama... maka glokal najib lah dek. mari kita sokong netizen perkasa.

Mudskipper said...

Belacak setuju dgn OTAI. Dipercayai bahawa Anwar terdesak oleh penaja-penaja barat dan zionis nya yg kerap mendesak ingin tahu bilakah akan berlaku tarikh peralihan kuasa ini. Wang telah bnyk mereka laburkan utk memahkotakan Anwar dlm usaha dan agenda zionism mereka keatas org-org Islam di nusantara ini, Anwar telah byk termakan budi dan tidak bisa berpaling lagi!

mufarakahpr said...

ana pun tak berapa setuju dengan anwar

tak dapat lupakan kegembiraan dia semasa kalahkan calon pas di kubu kuat kita permatang pauh

tapi anwar perlu sebagai pemimpin pakatan rakyat. tetapi tidaklah sehingga dia boleh membuat keputusan bagi pihak pas.

Anonymous said...

Kalau sesat di tengah jalan, kembali ke pangkal jalan...pepatah Melayu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas...Nasi sudah menjadi bubur...buang yang keruh ambil yang jernih...duli dalam daging...musuh dalam selimut..harapkan pagar, pagar makan padi... puncanya ialah manusia bergelar anwar ibrahim... UMNO bertindak cepat dan tepat menyingkirkannya...PAS mendewakannya.. Ya
Allah selamatkanlah bumi Malaysia daripada Munafiq Anwar Ibrahim.. Selamatkan PAS dari puak2 yang bercita2 tinggi sehingga sanggup menghina Tuan Guru Presiden demi Anwar Ibrahimmm...Amin ya rabbul alamin

Anonymous said...

apa ilmu yg anwar pakai sampai smua orang2 pas prcaya cakap dia..dah sah dia menipu pasal 16/9 tu..dalam kongres PKR pn dia tak sebut langsung pasal tarikh baru tukar kerajaan ni..

dialah punca politik dan ekonomi negara kita ni kucar-kacir..tapi ramai orang still dok mendewa2kan dia lagi..

apa kes? semua nak jadi pak pandir moden ka?

revomuda said...

Anwar sebagai ketua kump Erdogan menjanjikan jawatan TPM kepada Husam sebab tu Husam dah jadi macam orang gila menuruti buntut anwar......

Husam mmg patut di keluarkan daripada PAS termasuk juga erdogan2 lain dalam PAS seperti AHMAD AWANG, MAHFUZ OMAR, MOHAMMAD NIZAR, SAIFUDDIN NASUTION, HANIFAH MAIDIN, MOHD HATTA ALI, SALAHUDDIN AYOP, KAMARUDDIN JAAFAR, KHALID SAMAD, DR. LO'LO, ABDUL GHANI SHAMSUDIN, dan juga yang lain-lain untuk membersihkan PAS menjadi parti yang memperjuangkan Melayu dan Islam kembali.

Anonymous said...

salam..moderator..

mintak komen sikit pasal TGNA mahu pas buka keahlian kepada bukan Islam..TGHA menentang cadangan ni..adakah ini angkara husam & erdogan?

kenapa lambat update?

keris_warisan010 said...

Anwar pengkhianat Bangsa dan Agama.
Bangsa pendatang mempergunakan Anwar untuk mencapai cita-cita Bangsa pendatang ini menguasai politik Tanah melayu ini. Ekonomi sudah mereka pegang. Sekarang mereka mahukan kuasa politik pulak. Itulah bangsa yang tak sedar diuntung dan mahu menguasai kesemuanya. Apa yang Melayu tinggal ????????

Anonymous said...

revomuda..saifudin nasution tu pas ker..hehe

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM TUAN PUNYE BLOG
SY SEPENDAPAT DGN SEDARE TENTANG KUMPULAN ERDOGEN DLM PAS YG SEJAK AKHIR2 INI MULA MENAMPAKAN BELANG YG SEBENAR. SEMUA ORG KENAL DGN MANUSIA TALAM 2 MUKA SI ANWAR NI. SEJAK DI TENDANG DR UMNO DIA NAK MENCUBA NASIB PULAK DGN MEMPERGUNAKAN PENGARUH ORG DLM SEPERTI HUSAM (YG SEMEMANGNYA DH LAMA DI BELA OLEH ANWAR). AKIBATNYA PAS YG DAHULUNYA MEMPERJUANGKAN ISLAM TULEN DH JADI SEPERTI PARTI TIRUAN. APA PUN PAS HARUS BERTINDAK SEBELUM BARAH YG DI BAWA OLEH HUSAM MENULAR LEBIH JAUH LG

Unknown said...

terok jugok pas ni...kucoh!!!tapi sebab erdorgan!!hermm....meme semo ore tahu nuar breheng penipu....sebab tu dulu dr m pecat dioo...sebab kuak dooh nipu ...nuar duk koya pah ceroh nok jadi PM...pakat2 laa kito muhasabah...jgn jadikan PAS sebagai barua nuar utk memenuhi aspirasi nak jadi PM...PAS ada pendiriannya yg tersendiri...jgn kerana politik peribadi..PAS nak join sekaki...PAS dilihat lebih relevan utk semua kerana pendekatan agama yg menyeluruh..tapi...cemana org PAS bulih pilih org2 ERDORGAN ni jadi ahli PAS atau ADUN atau MP PAS???pelik...PAS pun dikaburi dgn org2 yg bernia jahat!!kesian...