Thursday, August 21, 2008

"Aku Engkau" Dengan Tuan Guru

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang adalah seorang tokoh ulama yang dihormati dan segani oleh setiap kawan dan lawan dari dalam mahupun luar negara. Ilmu dan amalannya dikagumi oleh setiap orang. Bangun ditengah malam untuk bertahajud menjadi amalan rutinnya yang tidak pernah ditinggalkan. Nikmat bermimpi bertemu Rasulullah sudah berkali-kali dirasainya. Solat Istikharah untuk membuat sesuatu keputusan ataupun mencari petunjuk adalah menjadi kewajipannya. Hinggakan untuk mendapat petunjuk Allah terhadap isu muzakarah PAS-UMNO pun Tuan Guru beristikharah selama tiga hari tiga malam. Yang mana akhirnya Allah menunjukkan kepadanya betapa Surah Al-Anfal Ayat 60-62 menjadi sangat relevan terhadap isu tersebut. Itupun masih ada yang meragui ayat AlQuran tersebut hingga sanggup mengupah orang mencari hujah untuk menolak ayat tersebut...dengan alasan kununnya telah dimansuhkan.

Setiap orang terutamanya ahli-ahli PAS sentiasa berebut-rebut dan mencari peluang bertemu, bersalam, mencium tangan dan memeluk tuan guru presiden. Bukan kerana taksub membabi buta tetapi ingin merasa ni'mat dan barakah bertemu dengan seorang tokoh ulama disamping mengharapkan doa dan shafaatnya untuk hari kemudian.

Dengan personaliti, ketokohan dan kewibawaan Tuan Guru Presiden sedemikian, sangupkah anda apabila bercakap dengan beliau menggunakan perkataan "aku engkau" dengan beliau? Saya percaya semua tidak sanggup (gamak) samada lawan ataupun kawan termasuk diri saya sendiri. Sebelum ini tidak pernah terlintas dihati saya bahwa ada orang yang sanggup berbuat demikian. Tetapi amatlah mengejutkan dan menyedihkan apabila sekarang saya tahu dan kenal siapa yang sanggup dan memang senantiasa bercakap macam tu. Tak perlu saya berselindung dan orang itu adalah KHALID SAMAD, ahli Parlimen Shah Alam dan seorang ahli dalam Lujnah Politik PAS.

Cubalah kita bayangkan betapa rendahnya martabat Tuan Guru Presiden menurut kaca mata Khalid Samad sehingga di"aku-engkau"kan. Kalau nak cakap "ana anta" pun kita rasa macam dah kasar inikan pula "aku engkau". "Ana anta" kalau ikut penggunaan bahasa Arab pun lebih kurang macam "aku engkau" juga. Kalau Hatta Ramli yang kurang ajar tu memang dia cakap "ana anta" saja dengan Tuan Guru Presiden. Tapi Khalid Samad ni dah lebih teruk dari kurang ajar. Biadab, takdak akhlaq dan menuju ke arah syakhsiyah jahiliyah. Orang UMNO pun tak cakap macam tu kat ketua mereka. Paling kurang mereka akan bahasakan PakLah atau Dato Seri.

Dalam Muktamar PAS baru-baru ni kita boleh lihat betapa Khalid Samad begitu terdesak nak jadi juara puak Erdogan dalam PAS. Ucapannya dalam membahaskan usul tempohari hanya menampakkan kebodohan beliau sendiri. Berapi-api macam sapi (yang kena cucuk hidung) tapi takdak isi. Beliau cuba berlagak pandai bila menceritakan kedudukan PAS dengan PKR/PR di Selangor sedangkan beliau tidak terlibat secara langsung dalam pentadbiran negeri Selangor. Apa yang dia tahu? Orang yang layak bercakap hanyalah Dato' Hasan Ali sebagai Exco kanan kerajaan negeri. Ust Salehin yang jadi wakil Selangor dalam mukamar tu pun layak bercakap dan dia lebih tahu dari Khalid sebab dia duduk dalam Majlis Pakatan Rakyat Negeri.

Apa yang Khalid Samad tahu?? Khalid Samad hanya tahu nak selamatkan bosnya, Husam Musa dan sudah tentu DSAI. Dia juga antara pimpinan PAS yang terlalu sayangkan cina kafir DAP dan cuba nak menjahamkan kedudukan Melayu/Islam di Selangor. Saya mendapat tahu bahawa kerusi Ahli Majlis Daerah Tempatan (PBT) di Shah Alam yang sepatutnya diperuntukkan untuk ahli PAS telah beliau cuba serahkan kepada orang Cina kafir!! (Nasib baik ditolak oleh DAP sendiri kerana cina tu tak disukai oleh DAP). Cukup bodoh dan bebalnya pemikiran Khalid Samad ni. Apa yang dia lakukan adalah perbuatan mengkhianat kepada orang Melayu/Islam yang tak boleh dimaafkan. Baru 5 bulan jadi YB dah nak tunjuk belang...perasan diri tu bagus sangat!

Kesimpulannya PAS kena buang dan turunkan pimpinan yang kurang ajar seperti beliau yang tidak melambangkan keperibadian Parti Islam. Lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri tidak ada rasa hormat sehingga bertindak menghina dan merendah-rendahkan martabat seorang ulama besar seperti Tuan Guru Presiden PAS sendiri dengan perkataan "aku engkau". Sedarlah bahawa tiada tempat untuk orang-orang yang biadab dan celupar terhadap kepimpinan ulama PAS seperti Khalid, Hatta Ramli, Hanifa Maidin dll.

* tambahan

Semalam di parlimen bila wakil DAP Chong Eng dan PKR (Zulkifli Nordin) bertelagah mengenai isu forum memeluk Islam anjuran Majlis Peguam, Khalid Samad macam biasa cuba nak jadi hero. Yang bangangnya bukan hero untuk Islam tapi hero DAP. Punyala Zulkifli Nordin mempertahankan rasional tindakannya bersama dengan penunjuk perasaan untuk menghentikan forum tersebut atas dasar mempertahankan agama Islam, si Khalid senang-senang mencelah dan cuba memenangkan dan mempertahankan Chong Eng yang mempertikaikannya. Hinggakan Chong Eng berterimakasih dan meminta orang lain mencontohi Khalid Samad yang beliau gelarkan "Islam Moderate". Nampaknya Khalid Samad lebih takutkan DAP dan tindakan disipilin Lim Guan Eng daripada takutkan ALLAH!

24 comments:

Anonymous said...

khalid tukan org johor...aku-engkau tu biasala bagi mrk...
tapi kena tengok tempatla juga..
aku rasa kurang sesuailah nk address kt tok guru mcm tu...sebab dia bukan org johor.

Anonymous said...

masyaallah.....

lepas sorang2 puak ardogang ni jadi perasit.....

Anonymous said...

hentikan lah blog tak berfaedah ini, Husam ke, TG Haji hadi ke sape ke....mereka itu orang-orang PAS belaka, mereka semuanya tak nak bawa PAS masuk komponen BN, semua bekerja untuk menaikan PAS dan apa yang mereka buat semuanya atas kapasiti itu apa nak dibising dan kotok sana sini lebih semua usaha diguna untuk lawan Umno-BN.
semua tindakan yang diambil adalah tindakan politik... awak tahun muqabalah dengan KU LI yang awak sebut memababitkan juga Presiden PAS!

Anonymous said...

JANGAN GENTARRRRRRRRRRRR..!!!!

Kepincangan wajib di tegur dan di tegah itu namanya sayangkan parti.
bukanya meng-ampu........

teruskannnnnnnnnnnnnnnnnn

Anonymous said...

Khalit, kurang ajar kepada tuan Guru President, kerana Khalit bekas Pendokong Parti Negara Islam yang berkiblat kepada IMAM KHOMEINI SYIAH,,, Sebab tu dia tidak hormat kepada President kita yang sunni,

Syiah mengkafirkan sahabat nabi, Saidina Umar.. President PAS ( Sunni )lebih hina kalau nak banding dengan Sahabat nabi seperti Saidina Umar yang syiah mengkafirkannya.. Sebab tu Khalit tidak hormat kepada Tuan Guru President.

Puak erdogan tu campur aduk dengan kafir DAP, kafier Sosialis dan syiah..kafir kristian anti islam.

Anonymous said...

Kalau bukan tujuan kita hanya sekadar nak mengutuk orang serta mendapat dosa kerana perbuatan durjana itu, kita akan bertindak secara berhemat:

1-Ayat 60-62 surah al-Anfal; betul kah ada mufassir dari zaman salaf, yakni sahabat dan tabien , yang mengatakan ayat ini dimansukhkan? Kita boleh buka kitab tafsir yang memang banyak kedapatan. Kalau tiada, memang group ini melampau, dan sekiranya ada kita kena akur.., sekiranya ada khilaf pemahaman, kita hormati perbezaan dan berusaha sedaya mungkin untuk menghayati pemahaman ulama silam dgn penuh adab.

2-Di antara maqasid syariat Islamiyyah ialah untuk menjaga maruah dan kehormatan manusia, kita tidak akan menuduh tanpa bukti.Bukti itu pula diiktiraf oleh syara. Hal ini boleh difahami dalam bahagian qazaf, yang dalam kitab yang agak detail akan membincangkan peri haram menuduh manusia yang boleh mengakibatkan jatuhnya marauah mereka. Bagaimana boleh sipenulis yang mendakwa dia seorang pejuang Islam tetapi tidak punya kudarah dan iradah melaksanakan syariat atas dirinya; dapat diharapkan dapat melaksanakan syariat dalam masyarakat?.

3-Soal anasir shiah dalam PAS, itu adalah masaalah rumit yang bukan seorang dua pemimpin PAS yang mempunyai saham dalam menyediakan tapak semaian yang subur untuk pencambahan faham itu. Dengarlah sahaja kaset ucapan pemimpin PAS di awal tahun 80'an (zaman tu bukan ada CD) dengar T.G Haji Hadi, dengar T.G N.Aziz, dengarlah yang lain. bacalah tulisan kalim Siddiqi dalam harakah, bacalah buku Dr. Mahfuz tentang sahabat. bacalah makalah Hassan Salleh dalam Harakah. Siapakah yang berdiri dan lantang menegur aliran ini, Ust Nasha?, Ust. Harun Taib, Musatafa Ali, Bakar Cik. Alhamdulillah yang berdiri tegak menentang ialah Dr. Abdul Aziz Hanafi pada era itu.

Anonymous said...

Apalah korang ni bergaduh sama sendiri. Dalam politik atau dalam peperangan sekali pun, mesti ada muslihat tertentu. Jangan lurus macam bendul.

Kalau kita tak ada kekuatan untuk menyerang musuh yang berkali ganda lebih kuat dari kita, janganlah kita mengaku kalah pulak sampai sanggup bersekongkol dengan UMNO. Takkan korang tak boleh baca lagi apa strategi UMNO?

Pemimpin PAS pun janganlah dok syok je layan soalan-soalan wartawan sebab kalau wartawan TV3 tanya, biasanya soalan perangkap. Pemimpin juga perlu ada kebijaksanaan untuk melakukan strategi. Jangan menonong je beri komen membabi buta sampai tak sedar diri diperangkap.

Allah dah beri kita akal. Jadi gunakanlah dengan bijaksana. Janganlah kita layan sangat Karpal Singh tu. Biarkan dia cakap apa yang dia nak. Tugas kita hanya tunjukkan keberkesanan bila memerintah nanti. Kita masih belum memerintah lagi, jadi... sabarlah. Bukan ke sabar tu sebahagian daripada iman? Lagi kita layan, lagi dia akan jawab dengan hujah-hujah tertentu. Jadi, bila nak habis. Jangan terlalu banyak bercakap tanpa apa-apa tindakan.

Tak kan kita nak memerintah Malaysia macam perintah Terengganu dulu yang hanya sepenggal je? Kadang-kadang kita kena mengaku kesilapan sendiri. Jangan ego sangat mengatakan apa yang kita buat semuanya betul.

Kadang-kadang apa yang kita buat tak melanggar hukum, tapi strateginya salah. Jangan terlalu emosi untuk melakukan sesuatu keputusan.

Renung-renungkanlah...

Anonymous said...

Tahniah kerana blog anda telah dipopularkan oleh malaysiakini.

Mungkin Husam ada repot kepada Anu War kot...

Sebab jarang blog picisan mcm ni diliputkan.

Serangan demi kebenaran telah membuahkan hasil...

teruskan.

Demi mendedahkan siapa yang benci perdamaian sebenarnya.

dan yang benar 2 gila kuasa...

Saya juga sama pendapat dengan blogger 'anti husam' ini.

Apakata dedahkan juga siapa orang kuat beliau iaitu juara terbalikkan bendera nama Kick de fella.



http://kerispusakamelayu.wordpress.com

Citra said...

Assalamualaikum.
Memang boleh menegur sesiapa pun. tetapi biarlah dengan kata-kata yang sopan. Saya mengakui bahwa perkara-perkara seperti ini bakal terjadi lebih-lebih lagi dengan kemasukan beramai-ramai golongan Jemaah Islah Malaysia ke dalam PAS. Cuba lihat kembali siapa Khalid Samad, siapa Husam Musa, siapa Zulkifli Ahmad, siapa Saari Sungip. JIM sejak dari dahulu dan sudah sememangnya kita kenal adalah golongan yang tidak tahu menghormati orang lain. Yang tidak tahu menerima pendapat orang lain. Mereka ibarat Yaajuj dan Maajuj yang akan merosakkan tempat yang mereka lalui. Mereka kononnya berfikrah Islam, tetapi perosak Islam. Bukan setakat di dalam PAS, mereka kalau ada di sekolah, perosak sekolah, di dalam pejabat perosak pejabat.

Anonymous said...

Salam.

Hmm khuatir juga nak masuk ke laman Web PAS ni. Kawan sebenarnya golongan atas pagar. Kawan respek pada UMNO dan respek pada PAS dulu, PKR, entahlah.

Tujuan kawan masuk ni hanya hendak meluahkan kerisauan kawan terhadap perkembangan Politik Malaysia sekarang ni. Ok, kawan sebenarnya tak berapa setuju PAS berbaik dengan DAP. Pada pandangan kawan dari baik dengan DAP ada selamatnya berbaik dengan UMNO.

Jadi, demi masa hadapan bangsa Melayu dan agama Islam maka kawan setuju sangatlah dengan munculnya weblog ni bagi menyedarkan kita semua bertapa kritikalnya masaalah yang sedang kita hadapi ini.

Sekian Wassalam.

Anonymous said...

Mcm manapun perjuangan kita Islam harus diutamakan dulu. Kalo betullah dlm PAS ada org mcm ni, hancurlah hrpn org Islam utk melihat Islam bersinar dibumi msia ni. Kalo boleh PAS siasat la sume tuduhan ni dgn adil & saksama.

Anonymous said...

DAP PERTAHAN NEGARA SEKULAR

Andai sungguh apa di kata..
sudah terang lagi bersuluh..
DAP amat menentang usaha..
Menjadikan islam tunjang negara…
berdosakah kita bersama mereka..
atau syuga balasan kita…
kalau itu pengakhir kata…
lebih baik tunduk melangkah di buka..
laluan gerbang telah terbina…
islam akan terus dibela..
marilah kita bersama..
memberi kata dua kepada mereka..
islam tetap terus di bela..
dasar sekular kita kuburkan jua…
islam harus jadi tunjang negara..
rawatlah luka sebelum bernanah lela..
biar busuk tapi ia kering jua…
jangan sampai ia di potong pula..
islam tetap di pertahan juga…
semua soalan ada jawapannya..
Islam tetap di hati kita..
Takbir….. Allahuakbar…
Takbir….. Allahuakbar…
Takbir….. Allahuakbar…

DIKARANG OLEH : SUDAHMASUKPAS
DITUJUKAN KEPADA : Y.B. DATO' HUSAM MUSA DAN AHLI PAS

Anonymous said...

sy pun pelik...adakah telah hilang sensitiviti sesetengah pemimpin pas terhadap hal2 yg membabitkan kemaslahatan islam dan umatnya.....adakah kuasa politik diletakkan hala tuju utama utk perjuangan pas sekrg.....sy rasa ramai ahli2 pas yg telah tersisir dari landasan asal utk tegakkan islam.....bermula dgn sentiasan melutut pada DAP yg jelas2 tentang islam....yg mereka mahu hanya islam moderate n contoh2 golongan ni adalah spt yg kita ketahui.......termasuk Anwar

kamal... said...

satu kupasan yg cukup menarik dan blh d terima pakai oleh pembaca..ulasan dan karangan yg berdasarkan fakta dan info yg tepat..ya allah pada mu aku berlindung dan pada mu juga kami memohon doa..selamtkan PAS dari anasir2 jahat bersihkan lah jiwa rakan2 kami yg jauh terpesong..betul kata salah seorg komen d atas kita tegur mana yag pincang kita perbaiki yg mana silap..dan kita tegah mana yg sepatutnya..jng gentar wahai hambba allah..kebenaran harus d tegakkan..demi islam dan bangsa kami tadahkan tangan berdoa pada yg maha esa selamatkan umat kami... INGAT JANGAN GENTARRRRRRRRRRRRRR

wokyoh said...

puak endorgan ni ..kalau macam tu lebih teruk dari KJ dan kuncu-kuncunya...KJ tak kawan dengan DAP...tapi endorgan kawan dengan DAP...kawan dengan kafir harbi...
kawan dengan kaki jub**r nuar....

husam nampak ghairah nak jadi TPM...hei husam..demo bertaubatla...anwar tu kaki auta...takkan demo nak masuk group dia jugak...hancur harapan tok guru nik aziz tengok demo jadi lagu tu...aku ore klate...tak rela demo jadi MB islam moderate dan diperkudakan oleh kaki Jub**r nuar...

Anonymous said...

MARILAH KITA SEMUA BERSATU DEMI MEMERANGI KAFIR KAFIR YANG DURJANA

Generasi Pejuang Bangsa said...

tahniah blog anti husam..aku pun terkejut dengan cukup cepat blog ini menjadi popular. Kewujudan puak Erdogan Turks yang menyokong Anwar dari PAS dipelopori oleh Husam ,Hatta ,Khalid Samad ,Salahudin Ayub ,Khalid Jaafar sebernarnya sudah lama .Cuma ramai orang PAS sahaja belum mengetahui lagi .Di dalam blog mso dah byk cerita mengenai team ini cuba melawan arus ulama dan team yang diketuai Hadi dengan gengnya nasarudin,hassan ali. Ia terbukti di muktamar pas tentang kewujudan team erdogan ini dalam PAS yang berfahaman islam liberal . pasti kehadiran 2 team dalam PAS pasti mencetuskan era baru dalam PAS .

Anonymous said...

Masya'allah rupa2nya perkara ini betul ada dalam PAS!!!betulah apa yang MSO katakan sebelum ini,betulah apa yg pewakilan cakapkan,
tak kusangaka harapkan pagar,pagar makan pagar!!!rupanya begitu buruk perangai idola aku sebelum ini
Ya..Allah selamatkan islam dari golongan munafik ini.....

Anonymous said...

teruskan blog ini. syok juga baca perangai pemimpin pas yg camni. jangan layan desakan suruh berenti,kenapa blog yg kecam pemimpin pas nak suruh dihentikan..kalau bab mengata org UMNO, syok pula korang baca..hehehe...yang RPK sewel tulis korang percaya bulat2, kenapa yg ni korang tak boleh nak percaya

husam barua, gila kuasa

Anonymous said...

Aku tak paham Melayu2 yang taksub sangat dgn Anwar Ibrahim, sampai nak tohmah Hj Hadi & Ust Nasa. Sampai kata puak2 ni gila kuasa, pasai tu nak bersekongkol dgn UMNO.

These people have been around for the longest time, kena tekan teruk2, mcm2 dugaan tapi tak pernah jual prinsip.

DSAI, nampak peluang nak jadi PM cepat2 nak jual hak orang Melayu, api2 kebencian sesama Islam etc. Hina sangat ke orang Melayu dalam UMNO sampai tak boleh nak duduk semeja berbincang? Yang semua Cina regardless of DAP, MCA, Gerakan boleh duduk semeja under the pretext of Chinese Chambers, Siqiu, Dong Zeong etc. untuk bincangkan kepentingan kaum dia dari segi ekonomi, perniagaan, ugama, pelajaran, etc. tak pernah pulak jadik isu.

Tapi bila melayu nak duduk semeja, heboh macam satu perkara yang busuk dan hina. Pasai apa... Pasai takut Anwar tak dapat jadik PM ke? Anyting goes as long as idola jadi PM... orang2 mcm ni lah melayu paling busuk!!!!!!!!

UMNO buat silap pasal takabur tak berbincang dgn PAS sebelum ni. Sekarang, PAS dah kuat, jangan riak dan buat kesilapan yang sama. Orang melayu tak kisah UMNO ke PAS, janji orang Melayu ada tempat kat M'sia ni. Dah la takat ni takde ape2, semua nak open kat orang lain under so called meritocracy, tinggal spender je la nanti.

Aku pun benci UMNO, memang ramai pengkianat bangsa. Tapi jangan kita pun dalam sibuk nak tentang dia, bersekongkol dengan mereka yang lebih besar khianatnya!!

Anonymous said...

aku pon pelik jugak dalam pas sebenarnya ramai pemimpin dan pengijkut yg bukan pejuang islam sebenar..mereka pentingkan nak kuasa, nak pangkat nak nama..

yg si husam tu nampak sangat la nak kuasa dan pangkat..dia berkepit je dgn anwar..kalau dia atas tiket pkr aku tak kesah sgt..kalau dia nak sgt dgn anwar keluar pas masuk la pkr..kan senang..
buat malu pas jer..

si hatta ramli lagi mangkuk ayun..buat malu pas..!!

tak salah kalau kita nak luahkan perasaan apa yg terbuku dihati..tapi itulah kebenarannya..lebih baik kita sebut sekarang sebelum esok2 bila jadi barah dah tak boleh diselamatkan lagi..

jgn jadi mcm umno yang tak peka suara akar umbi last2 semua pakat tak nak sokong umno lagi..kita nak ke jadi mcm tu??tak nak kan..so tak salah kalau kepincangan pemimpin kita yang bebal tu kita selak kebebalan mereka..

Anonymous said...

hhahahaha..perasan tak muka husam sama mcm anwar...perangai taktau la sama tok...hahahahaha

http://writtenbyhim.wordpress.com/

Anonymous said...

Tu dia.Barah UMNO dah masuk PAS.Melayu tinggal sudu je ler.Lain habis dapat kat bangsa asing.
Apa ler salah berunding dengan umno.perbetulkan mana yang salah demi ugama.
Aku masih sampai sekarang masih tak paham kenapa nik aziz boleh biarkan PAS umno digagalkan.Dengan DAP boleh plak.

Anonymous said...

Aku nak komen tulisan bengong ni: "hentikan lah blog tak berfaedah ini, Husam ke, TG Haji hadi ke sape ke....mereka itu orang-orang PAS belaka, mereka semuanya tak nak bawa PAS masuk komponen BN."

Ni bukan kerja menaikkan PAS, kerja merosakkan PAS namanya tu. Aku rasa blok ni bagus, sebab kesian golongan ulama dan pemimpin senior dalam PAS. diorang kalau tak puas hati, diorang tak luahkan dalam ceramah, dalam blog macam ni.

Tapi group erdogan, tak puas hati sikit, luah dalam blok, buat kenyataan peribadi. Mana boleh seorang pemimpin parti buat kenyataan peribadi yang bercanggah dengan keputusan parti. Tak ada tarbiah betul.

So, blok ni aku sokong kena teruskan, mewakili golongan senior dalam kepimpinan parti, jawab untuk diorang, dedahkan sikap dan perangai kurang ajar group erdogan ni.

Khalid samad memang bengong, aku tengok dia dalam majlis kalau bercakap pasal agama, kalahkan ulama. sampai tafsir quran pun pakai akal je.

Awasssss khalid: "barangsiapa menafsirkan alquran menggunakan akalnya, maka ia telah menyediakan tempatnya dalam neraka".