Monday, August 11, 2008

DEKLARASI DUBAI

PRU12 adalah punca segala-galanya. PRU12 telah menumbangkan kerajaan BN di 4 buah negeri. PRU12 telah memberi kekuatan baru kepada Kerajaan PAS Kelantan (kununnya atas faktor ketokohan dan kebijaksanaan Husam). PRU12 telah memberikan 82 kerusi Parlimen kepada pembangkang. PRU12 telah memberi keyakinan baru kepada Anwar Ibrahim untuk menjadikan mimpi dan cita-citanya sejak kecil untuk menjadi PM menjadi kenyataan.

PRU12 juga telah menjadikan PAS sebagai "King Maker" - apabila PAS bersama PR, 5 buah negeri berjaya diperintah oleh PR iaitu Kedah, Pulau Pinang (walaupun DAP selalu cakap hanya kerajaan DAP/PKR untuk menafikan kehadiran PAS), Perak, Selangor dan Kelantan dan pada masa yang sama 2/3 majoriti BN diparlimen telah dinafikan. Tetapi seandainya PAS memilih untuk bekerjasama dengan UMNO - maka 4 buah negeri yang dikuasai oleh PR akan tumbang dan BN akan kembali memperolehi 2/3 majoriti. Dan dengan sendirinya cita-cita Anwar untuk menjadi PM akan berkubur. Kemungkinan inilah yang menjadi mimpi ngeri buat Anwar Ibrahim.

Bagi Anwar, seboleh-bolehnya PAS adalah sama sekali tidak dibenarkan mendekati UMNO, apalagi bertemu atau berunding. Sejarah menunjukkan bahawa PAS adalah parti yang terbuka dan rational asalkan kepentingan Islam dan prinsipnya perjuangannya terbela. PAS pernah bersama dengan kerajaan Perikatan di zaman Tun Razak, Pas pernah bersama Semangat 46 dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan Pas juga pernah bekerjasama dengan PKR dan DAP sejak zaman AlMarhum Ust Fadhil Nor sehingga kini. Dan adalah tidak mustahil kalau PAS tiba-tiba sekali lagi memilih untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan Islam dan Melayu. Atas kerisauan inilah gamaknya Anwar mula merancang sesuatu untuk memastikan agar PAS tidak boleh meninggalkan PR untuk bersama dengan UMNO.

Anwar mula membuat "homework"nya dan cuba mencari pemimpin tertinggi PAS yang boleh beliau "pegang". Anwar tahu dan sedar bahawa beliau tidak boleh mempengaruhi Tuan Guru Presiden dan Timbalan Presiden. Beliau juga tidak boleh mempengaruhi dua Naib Presiden PAS iaitu Mohd Sabu (yang tidak pernah menyukai Anwar sejak dari dulu sehingga pernah menggelar Anwar "Al-Juburi") dan Ust Ahmad Awang (yang sentiasa istiqamah dan wala' kepada PAS). Sesatunya peluang untuk Anwar ialah Husam Musa. Beliau tahu bahawa Husam adalah seorang pemimpin PAS yang begitu tergedik-gedik nak naik dan tamakkan kuasa. Beliau tahu bahawa Husam begitu kagum dengan beliau dan berusaha untuk menjejaki beliau. Beliau tahu bagaimana Husam merancang untuk menaikkan dirinya di Kelantan dan bagaimana Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz sehingga Tok Guru percaya kepada setiap perkataannya.

Anwar juga tahu bahawa Husamlah yang bertanggungjawab membawa Saifudin Nasution ke Kelantan untuk menerajui Yayasan Tok Kenali (walaupun ramai orang PAS kelantan sendiri yang layak terutamanya keturunan Tok Kenali sendiri).

Maka perancangan diatur oleh Anwar bersama dengan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadakan perbincangan dengan Husam, memandangkan Tan Sri Khalid agak rapat dengan Husam ketika itu. Dan supaya tidak terlalu nampak perancangan mereka, maka Tan Sri Khalid mengunakan nama kerajaan negeri Selangor untuk mengadakan lawatan ekonomi ke Dubai. Penyusunan yang rapi telah dibuat agar Anwar dan Husam juga berada di Dubai sempena lawatan kerajaan negeri Selangor tersebut.

Maka di Dubailah berlakunya perundingan secara rahsia diantara Anwar dan Husam (yang semestinya dibuat tanpa mendapat mandat parti dan tanpa pengetahuan sesiapa). Menurut sumber dalaman yang siqah dan boleh dipercayai, di dalam perbincangan tersebut Anwar antara lain telah berjanji untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Husam (setelah dilantik sebagai Senator) apabila kerajaan persekutuan yang baru dibentuk oleh PR pada 16 September nanti. Maka kembanglah Husam dengan tawaran sedemikian. Pucuk dicita ulam mendatang. Tetapi bukan semudah itu untuk mencapainya. Beberapa tugasan telah diberikan oleh Anwar kepadanya untuk dilaksanakan supaya impian tersebut betul-betul menjadi kenyataan. Yang penting ketidakupayaan Tuan Guru Presiden dan Timbalan Presiden menerajui PAS mesti di war-warkan untuk memberi ruang yang mudah untuk Husam naik.

Dalam perbincangan tersebut juga didedahkan bahawa pimpinan tertinggi PAS dan UMNO telah berjumpa dan mengadakan rundingan tanpa melibatkan Husam. Pertemuan itu adalah ancaman besar buat Anwar dan Husam. Maka mereka merancang supaya sebarang usaha mempertemukan PAS dan UMNO akan gagal sama sekali dimasa hadapan. Lalu Husam dengan pengaruh jawatan dan wangnya telah mula menggerakkan kerjanya sekembalinya dari Dubai.

Beliau mengumpulkan "orang-orang"nya yang boleh diharap dan dipercayai seperti Syed Azman, Kamarudin Jaafar, Dr. Hatta Ramli, Dr Zulkifli Ahmad, Salahudin Ayub dan mempengaruhi beberapa orang lagi untuk menjadi balaci mereka seperti Mujahid Yusuf, Dr. Lo'Lo', Dr Siti Mariah, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Hanifah Maidin dll. (entah apalah yang telah digula-gulakan Husam kepada mereka). Tugas besar mereka ialah untuk menggagalkan sebarang bentuk pertemuan diantara PAS dan UMNO. Maka bersungguh-sungguhlah mereka (secara sedar mahupun tanpa disedari) mempertikaikan dan menyanggah keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang mengizinkan Presiden dan Timbalannya mengadakan pertemuan dengan UMNO. Bersungguh-sungguh jugalah mereka samada dalam ceramah mahupun kenyataan bertulis mengungkit sejarah lama UMNO dan menghentam secara membuta tuli pertemuan diantara PAS dan UMNO sehingga merendahkan martabat pimpinan tertinggi PAS (Majlis Syura, Presiden dan Timbalan Presiden) dikaca mata rakyat dan ahli PAS sendiri.

Manakala tugas terpenting buat Husam ialah untuk mempengaruhi Tok Guru Mursyidul Am supaya beliau juga tidak bersetuju dengan sebarang bentuk pertemuan di antara PAS dan UMNO. Sebab itulah kita melihat Tok Guru kita seringkali membuat kenyataan yang agak bercanggah dengan Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura dan kadangkala bercanggah dengan kenyataan beliau sendiri - sekejap setuju sekejap tidak setuju. Semua itu adalah hasil gerak kerja dan hasutan Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz.

Akhirnya mereka bersorak kegembiraan apabila mereka rasa gerak kerja terancang mereka membuahkan hasilnya apabila Meyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bersama dengan Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini telah membuat keputusan supaya tidak akan ada sebarang bentuk kerjasama diantara PAS dan UMNO. Tetapi mereka lupa kebijaksanaan Tuan Guru Presiden apabila persetujuan lain dicapai iaitu pertemuan dengan mana-mana pihak masih tetap dibenarkan. Mereke juga lupa kebijaksanaan Majlis Syura Ulama yang masih mengekalkan keputusan mereka untuk membenarkan sebarang bentuk pertemuan dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam dan Melayu.

Usaha mereka yang mula dikenali sebagai kumpulan "Erdogan" dalam PAS itu juga diteruskan. Walaupun keputusan telah dibuat dan dianggap isu PAS-UMNO telah selesai, namun mereka masih meneruskan usaha meniup perasaan kebencian ahli PAS kepada UMNO dan kepada sesiapa dikalangan pimpinan PAS yang berunding dengan UMNO. Saya rasa saya boleh baca tujuan mereka - iaitu untuk mengekalkan momentum kebencian tersebut dengan harapan perkara tersebut akan dibangkitkan dalam Muktamar PAS hujung minggu ini. Mereka mahu melihat supaya ada perwakilan PAS yang akan bangun mempertikaikan institusi Majlis Syura dalam PAS sehingga perlu dikaji semula kuasa dan kedudukannya. Mereka mahu melihat ada perwakilan akan mempersoalkan dan memarahi secara terbuka Presiden dan Timbalannya yang mengadakan rundingan dengan UMNO. Mereka juga mahu melihat kenyataan Tok Guru Mursyidul Am di dalam Muktamar nanti yang menyebelahi mereka dan bercanggah dengan Presiden dan Majlis Syura seperti yang biasa berlaku. Mereka juga mahu perwakilan PAS melihat dan menganggap bahawa merekalah (terutamanya Husam) sebenarnya penyelamat dan harapan masa depan PAS. Dan yang lebih penting, mereka mahu perwakilan PAS menyanjung Anwar Ibrahim sepertimana mereka menyanjung dan memberi kepercayaan dan siqah yang tinggi kepada Anwar untuk membentuk kerajaan persekutuan PR pada 16 September nanti supaya cita-cita Husam untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri juga turut terlaksana walaupun negara tersebut nanti adalah negara kafir apabila majoriti Ahli Parlimennya adalah bukan Islam.

Kesimpulannya, apa yang Husam dan gengnya yang digelar kumpulan Erdogan itu lakukan hanyalah semata-mata untuk mengejar pangkat dan kedudukan. Mereka kata Presiden dan Timbalannya mengejar jawatan Menteri tetapi sebaliknya merekalah yang sebenarnya tergila-gilakan jawatan dan pangkat tanpa mengira masa depan prinsip perjuangan PAS. Percayalah bahawa PAS akan hancur ditangan mereka. Hanya ulama yang berilmu, bertaqwa dan sentiasa dekat dengan Allah sahajalah yang mampu mempertahankan PAS dan prinsip perjuangannya.

16 comments:

Anonymous said...

aku memang dari dulu x suka ngan Husam ni..bermuka-muka...meluat..
camner leh org pas caya ngan dia????
waktu jadi S/usaha politik MB dulu pon dah daring/sombong semcm jer...

Anonymous said...

ya Allah tunjukan jalan yg benar,musnahkan lah merka2 yang ingin merosakan perjuangan mu ya ALLAH,
JAHANAM KAU HUSAM & ERDOGAN GROUP

Anonymous said...

Salam untuk semua.

Kekalkan PAS dibawah Kepimpinan Ulamak.

Kerana Ulamak sahaja yang berpandangan jauh (Pinjam kata-kata Tok Guru Nik Azizi) berfikiran jauh sehingga ke akhirat.

ceneh said...

cara membuat analisis seperti org2 umno.. takyah la terikut2 ngan gaya ameno.. bende2 mcm ni lah yang membuatkan org makin menyampah.. dan kasihan kepada pihak satu lagi.. mcm kes anuar skarang nih ler.. org makin kesian kat nuar. padahal belum tentu lagi die tak bersalah..

audit said...

Dilaporkan tahun lalu dia sponsor konvensyen Pas Negeri2. Banyak duitnya. Mana dia dapat. Tolong bagi tahu.

Anonymous said...

Tahniah pada penulis. Banyakkan lagi tulisan sebegini. Biar orang tahu siapa 'ubat' dan siapa 'ulat' dalam PAS.

Cuma penyokong PAS perlu diingatkan 'Perpaduan adalah tunjang kepada kejayaan'. Perpaduan adalah dengan prinsip ISLAM, bukan setakat ikut individu!

Meriahkan Muktamar PAS!

dari : 'Anti ulat liberal'

Zakaria Hamzah said...

Hasan al-Bana mengatakan
bertolong-menolong dalam perkara yang kita sepakati. bersifat terbuka dan menghormati dalam perkara yang kita tidak bersama.
نتعاون فيما اتفقنا ونتعازر فيما اختلفنا

Ibrahim Libya pernah dalam peristiwa memali, tidak menghormati arahan pimpinan negeri supaya menyerah diri kepada polis demi maslahat, namun apabila beliau mati (syahid) awal-awal lagi ust Fadzil jumpa TG Hj Omar Lanai minta fatawa bila TG Omar kata Ibrahim Libya Syahid, maka ust Fadzil istiharkan bahawa Ibrahim Syahid...ini menghormati pendirian orang lain namanya....rujuk buku perisai memali dan buku memali yang laim...wassalam...

Anonymous said...

adakah pas akan di pimpin oleh golongan yang'anti ulama'???

kalau diikut perkembangan terkini macam ada pertembungan........

"ya ALLAH jahanamkan musuh2 islam,rupa ada ramai ulat2 dalam PAS"

Piggy Singh said...

Salam,

Mula-mula nak tanya, orang kelate ke?

Kedua, adakah cakap-cakap yang menyatakan Husam dijanjikan intan berlian jika Anwar jadi PM mempunyai asas kebenaran?

Ketiga, bukan satu masa yang tepat untuk PAS bermuzakarah dengan UMNO kerana kepimpinan UMNO ketika ini berada pada tahap yang paling MENJIJIKKAN, atas perbuatan Dollah, anak, menantu dan rakan-rakan.

Keempat, pandangan saudara sepatutnya bersifat rasional, bukannnya emosional.

Teruskan perjuangan ke arah kebenaran.

Anonymous said...

1..syabassssssss dato'Brahim Ali.....KAUlah pejuang sejati walau pun dulu enkau penyokong kuat DSAI.....

2...kALAULAH BETUL apa yang di ceritakan di sini PAS akan di terajuai oleh golongan yang 'anti ulama'perti apa yang berlaku di ipoh tu betul......selamatkanlah parti ISLAM dri sekongkol dengan barat

Anonymous said...

Kumpulan Ardogan (pro Anwar) kosongkan kerusi Muktamar
August 16, 2008 by admin
Ramai diantara perwakilan Pas yang tertanya-tanya kemana menghilangnya para pemimpin Pas geng Ardogan (pro Anwar Ibrahim). Kerusi mereka kosong di Muktamar Pas Ipoh dari pagi lagi. Mereka yang tidak kelihatan di dewan ialah Datuk Husam Musam, Dr Hatta Ramli, Dr Lo Lo dan Dr Zulkifli Ahmad. Mereka tidak hadir ketika ucapan dasar Presiden Pas. Menurut sumber yang boleh dipercayai mereka ini bertindak keluar kerana menolak ucapan dasar presiden yang pro kepada Muzakarah dengan UMNO.

Timbalan Musyridul am Pas, Datuk Harun Din secara terbuka telah menegur golongan Ardogan dalam Muktamar Pas yang telah menentang muzakarah dengan UMNO ketika mengulung perbahasan ucapan dasar Presiden petang tadi. Jelas beliau, jika mereka tidak mahu memakai keputusan syura, cakap siapa lagi yang mereka mahu pakai.

Sementara itu dalam perbahasan perwakilan 8 negeri menyokong muzakarah, 1 menentang dan lain-lain negeri tidak mengambil sebarang pendirian. Ada yang berkata Anwar Ibrahim sebenarnya telah menanam jentera-jenteranya dalam Pas yang diketuai oleh Kamaruddin Jaafar, orang kuat Pas yang sengaja ditanam didalam Pas. Kamaruddin tidak menyertai Keadilan kerana mahu menajadi jentera Keadilan dalam Pas. Perselisahan dingin antara dua kumpulan ini kian ketara sekarang dan telah terang-terang nampak akan keretakan yang masih disembunyikan oleh pemimpin Pas.

Datuk Husam Musam, Dr Hatta Ramli, Dr Lo Lo Dr Zulkifli Ahmad dan Kamaruddin Jaafar kini secara terang-terang menunjukkan sokongan mereka terhadap Anwar dan Hj Hadi pula telah banyak menampakkan sikap menempelak Anwar.

Faizal Riduan said...

Tuan-tuan nampaknya telah terkena sindrom gila kuasa. Tuan tidak wajar memikirka 4 negeri yang bakal diketuai PAS.

Satu soalan dibenak saya adakah tuan-tun sanggup mendapat kemenagangan mudah 4 negeri tetapi mengalahkan Islam?

Tuan-tuan hendakah mengusai 4 negeri untuk 4 tahun lamanya kemudian Islam tengelam jauh lebih lama kerana orang Islam dan bukan Islam kurang percaya bukan dengan parti Islam PAS tetapi sikap ahli dan pemimpin PAS yang lebih assabiyah kePASan?

Tuan-tuan patut terlebih dahulu menunjukan akhlak sebagai ahli PAS bukan terikut dengan kuasa sementara.

Anonymous said...

Assalamaualaikum,
La, apa yang hampa dok bincang nie.Aku ni memang pure punya UMNO, tp aku open minded. Apa saja pandangan yg baik demi Melayu/Islam aku amat hargai, walaupun pandangan dari org PAS sendiri.Kalau selama nie hampa asyik dok laungkan Islam, salahkah klu PAS muqabalah ngan UMNO demi kesjahteraan UMMAH. Hina sgt kah aku nie org UMNO. Wlau[un aku org UMNO PRU12 dulu aku tak undi BNpun, kerana BN letakk cina(MCA) kat tempat aku yg majoritinya Melayu. Aku sampai saat nie, sebesar zarahpun tak percaya dgn org cina. Hindu boleh tahan. Aku jg sering membaca akhbar harakah and Harakahdaily mengikuti perkembangan org politik yg seagama dgn aku. Dalam banyak hal aku setuju tetapi ada juga yg tak setuju terutama klu hampa asyik dok hentam UMNO-BN, UMNO-BN, UNMO-BN. Hentamlah sama MCA-BN ka, MIC-BN ka.

eden said...

Terus kan Duduk semeja dengan UMNO(walaupun bukan secara rasmi)kerana ini adalah pendinding antara Melayu di Malaysia.
Pada saya, anwar ibrahim adalah licik selicik manusia demi mengembangkan ideologinya.Ini membimbangkan.

TQ

Anonymous said...

ntah ler... nuar ni seingat-ingat aku ler, masa dia panggil exco2 abim dulu di hq masa nak umum masuk umno. kunun kata nak cuci dari dalam. tapi bila ada anggota exco yang kata tindakan itu tidak menepati kaedah uslub dakwah, maka nuar ni langsung hentak meja. berdentum . terangkat gelas2 yag dok atas meja tu.

"Hangpa apa tau, aku panggil ni bukan nak dengak pandangan hangpa, panggil ni just nak umum keputusan."

nuar pun terus keluar gitu ajer...

nuar ni dulu jiran sebelah rumah pak sedara aku jer kat pj tu. tak campur orang pun. presiden ABIM pulak tu masa tu... tak bergaul pun dengan keluarga pak sedara aku..

husam pun satu hal. dulu sanggup berbantal lengan tidur di kelab pas. sekarang ni kalau ada hal pergi jumpa dia di peabat SUK tu, bercakap dengan dia nih, muka kita pun tak berapa nak pandang

Anonymous said...

kepada piggy singh...

pertama..nape selain org kelate xleh ckp pasal PAS ke??

kedua..klau Husam dijanjikan tawaran, xbleh dipercayai..tp klau puak UMNO..gerenti Piggy Singh pecaya kan..jangan jd double standard..

ketiga..adakah org UMNO terlalu jijik bg Piggy Singh?? jgn ckp pasal Pak Lah dgn menantu..sbb dlm PKR dan biaDAP pun ada gak ayah dan anak..so lg sekali jgn jd double standard...

keempat..kita perlu emosional klau nasib dan masa depan Islam dan Melayu digugat..tanpa emosional, bangsa lain akan pijak bangsa Melayu..walaupun aku org PAS, aku tetap mmpertahankan Ketuanan Melayu..