Monday, August 4, 2008

Husam Bermuzakarah Dengan Ku Li

Munafiq! Itulah perkataan yang boleh saya kata mengenai insan yang bernama Husam Musa.

Beliaulah yang menjadi juara menghalang usaha-usaha pertemuan antara PAS dan UMNO yang dipelopori oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS yang di restui oleh Majlis Syura. Dimana-mana ceramahnya dan beberapa kenyataanya di dalam blognya, beliau tidak habis-habis mengutuk sebarang bentuk pertemuan dengan UMNO dan menyerang UMNO habis-habisan.

Bagi beliau, UMNOlah musuh nombor satu PAS, UMNO telah membunuh orang PAS di Memali, UMNO telah menipu PAS sehingga PAS berpecah dan pelbagai bentuk kata nista lain telah dilemparkan kepada UMNO. Kesimpulannya UMNO adalah spesis yang perlu dijauhi dan tak boleh sama sekali berbincang mahupun bertemu.

Kalau begitulah hinanya UMNO sehingga lebih hina daripada DAP yang kafir harbi itu, kenapa perlu Husam bermuzakarah dengan Tengku Razaleigh Hamzah? Bukankah Ku Li tu orang UMNO dan bercita-cita untuk melawan Paklah untuk jawatan Presiden UMNO. Siapa pula yang memberi mandat kepada beliau untuk bertemu dan berbincang dengan Ku Li. Siapa pula yang memberi kuasa kepada beliau untuk menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Ku Li. Saya rasa bacaan politik Husam lebih teruk daripada budak sekolah PASTI. Dia ingat Ku Li boleh menang bila lawan Paklah nanti, sebab tu dia nak buat kerjasama dengan Ku Li.

Apa lagi perkataan yang boleh saya panggil terhadap manusia seperti ini melainkan anda adalah seorang munafiq aka hipokrit!! Kenapa begitu lantang dan biadap mempersoalkan tindakan Presiden dan Timbalan Presiden bertemu dengan UMNO sedangkan dia sendiri pun pergi jumpa dengan UMNO dan yang lebih teruk tanpa mendapat mandat atau restu daripada sesiapa. Kalau sebelum ini beliau begitu suka berkata nak pecat ahli PAS yang berunding dengan UMNO, maka sedarlah bahawa Husamlah ahli PAS pertama yang diperlu dipecat!!

6 comments:

IP80-Ruhihayat said...

quote"Kalau begitulah hinanya UMNO sehingga lebih hina daripada DAP "unquote.

Betul UMNO lebih hina dari DAP,kerana Dap kita tahu dia bukan Islam,Sebaliknya UMNO mengaku Islam,tetapi menolak hukum Islam,menokok tambah agama yang sudah di tetapkan ole Allah didalam Alquraan(Hadari-modal insan),malah merompak kazanah Negara untuk kepentingan diri ,keluarga dan kroni dan macam macam lagi.

Hanya yg buta mata hati,sahaja yg mahu,UMNO lagi. .

Anonymous said...

jangan terlalu beremosi dalam isu tersebut...

Anonymous said...

Umno wajar dibubarkan atau tukar nama dengan nama parti baru yang bersih dan berbudaya baru yang berpegang dengan ISLAM sebenar.

Contoh :
United Muslim National Organisation

Umno sudah tidak mampu diselamatkan....nazak beb...

Anonymous said...

ip80-ruhihayat macam klon pkr jer

Lu nak kahwin ker nak liwat ker dengan DAP lu punya pasal lah......kalau PAS nak bebaik dgn Umno apasal tu kecoh. Melayu sekarang dipersimpangan kalau orang Melayus endiri tak sedar, nka ghairah dengan gagasan Anwar yang nak mampuskan Melayu tu, lu layanlah ip80........

Anwar dgn Husam boleh terjun sekali, jangan heret PAs bersama

-NENEK HUSAM-

Anonymous said...

anwar secara sedar atau tidak "mengakui" beliau sama sama tlibat dgn saiful atas suka sama suka melakukan perkara terkutuk dgn menyatakan bahawa knp sauful tidak didakwa bersama..quote by anwar masa lepas keluar dr mahkamah.Mari kita fikirkan kembali dari semua sudut.

Kemana arah tujuan serta perjuangan PAS? Generasi pemimpin muda tidak memandang atau memikirkan perjuangannya dan penubuhan PAS sebenarnya.

PERKEMBANGAN terkini menunjukkan DAP PKR berjaya menjadikan PAS sebuah parti yang hilang jatidiri, tidak perlu lagi Taat kepada Presiden, menjadi Pemimpin PAS bukan untuk menegakkan Negara Islam ( tidak lagi Membangun Bersama Islam ) tetapi masuk PAS nak ganti MB Kelantan, nak ganti Haji Hadi Awang, nak jadi Setiausaha Agung PAS, Nak Jadi Menteri
Siapa dalam PAS berani Turunkan Bendera PAS dan perkataan Allah dalam gereja? Siapa pemimpin PAS berani menentang Kemungkaran yang dibawa oleh DAP PKR? Siapa pemimpin PAS yang berani menghalang usul pembinaan gereja sama besar keluasa Masjid? Siapa pemimpin PAS yang berani halang DAP hantar petisyen Kurangkan Volume Azan di Selangor? Yang terkini Siapa dalam PAS berani menghalang Forum " Memeluk Islam" oleh Forumnis NonMuslim! Kalau Ketua Penerangan PAS dah berjela-jela Tulis Surat Mohon Maaf...apakan lagi Ketua Pemuda PAS yang kelihatannya nak glamour je, semua tidak lagi bersuara apabila Islam dihina! Inilah akibatnya bila dah diikat dan dikelilingi oleh Syaitan( meminjam kata-kata Nik Aziz )


Tak kanlah Anwar lebih baik daripada Hj. Hadi! Tak kanlah Anwar lebih Relevan berbanding Hj. Hadi.Tanpa PAS bolehkah PKR menang besar Parlimen? Tanpa PAS bolehkah Pakatan Rakyat memerintah Selangor, Perak, & Kedah? Dalam Usia Hj Hadi yang seringkali uzur, bukanlah satu perkara yang menghairankan Hj Hadi lebih memikirkan Perpaduan Ummah berbanding mengusahakan seorang PM yang ProYahudi-Amerika? Apakah yang akan berlaku seandainya YB-YB PAS di Kedah Perak & Selangor yang sekarang menangguhkan hasrat mereka membentuk Kerajaan bersama BN, tiba-tiba mengiakan kemahuan dan idea Perpaduan Ummah Hj. Hadi. ADUN PAS lebih ramai daripada ADUN PKR & DAP, ia satu gambaran bahawa jangan diketepikan begitu saja Minda Hj. Hadi.

Kenapa Anwar Memberi tarikh 16 September 2008? Jawapannya mudah, Bush perlu menamatkan karier Presidennya sebelum Disember 2008 untuk membantu Anwar, kerana selepas itu Bush dan Wolfowutz sudah tidak relevan lagi di Amerika, seandainya Obama menang.Kedua, September adalah tarikh terakhir Amerika memberi Amaran serangan ke atas Iran atas alasan Senjata Nuklear. Maka itu,semua orang Melayu/umat Islam di Malaysia perlu bersatu menyokong Kerajaan yang ada sekarang, kerana DAP sudah berjaya kempen mereka untuk jatuhkan Kerajaan Melayu melalui kempen Undi MCA=Undi Melayu, maka kita harus berfikiran begitu juga.

Jgn biarkan Husam bermaharajalela silap langkah PAS sudah tidak menjadi sebuah parti yg relevan lagi. PAS tanpa Pakatan Rakyat tetap menjadi parti kedua terbesar selepas UMNO. Ahli ahli PAS perlu sedar dan mengubat luka sebelum bernanah.

Anonymous said...

Assalamaualaikum...
Janganlah hina aku sampai macam tu..Aku org UMNO... Takkanlah ISLAM PAS yang begitu sempurna sanggup kata mcm tu,klu kami sesat bimbing kami ke jalan ALLAH. Kan pahala org PAS dapat. Kalau dgn DAP u boleh berbaik saja, tapi tak mungkin boleh bawa depa masuk ISlam. Aku rasa tiada cacat celanya UMNO = PAS, La ni aku boleh sembahyang dan pi belajar agama merata cerok di bawah kerajaan skrang. Tiada halangan, awat org PAS tak bolehkah belajar agama di negara nie? Sejujurnya, walaupun UMNO makin lemah, tapi aku masih boleh berbangga kerana PAS semakin kuat. Asalkan melayu masih ada kekuatan. Ingatlah, org melayu hanya tinggal kuasa politik saja sekarang.Jadi aku tak heran UMNO atau PAS yang menguasai politik sekarang, asalkan mereka MelayuIslam. Jgn sampai kita menangis suatu hari nanti.