Monday, September 8, 2008

Dato' KJ Minta Talian Hayat

Tarikh 16 September, 2008 akan menjadi tarikh keramat untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim. Survival politik DSAI banyak bergantung kepada tarikh tersebut. DSAI telah berjanji dengan seluruh rakyat Malaysia bahawa pada 16 Sept akan terbentuklah kerajaan Malaysia baru yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Tentunya tarikh tersebut menjadi satu igauan ngeri untuk Pak Lah, UMNO dan Barisan Nasional sehingga dikeluarkan sebahagian besar ahli parlimennya ke luar negara. Tarikh tersebut juga rupa-rupanya telah menjadi mimpi (khayalan dan angan-angan) indah buat sebahagian daripada ahli dan pimpinan PAS terutamanya Husam Musa dan geng "Erdogan"nya...mungkin disebabkan oleh mengharap kepada habuan tertentu.

Mereka sanggup menyanggah Majlis Syura dan Tuan Guru Presiden semata-mata kerana tarikh keramat tersebut. Mereka cukup percaya dan yakin dengan sesungguh-sungguhnya bahawa DSAI berkata benar kerana (bagi mereka) beliau tidak pernah menipu ahli PAS dalam hidupnya!

Sebab itulah tidak hairan kenapa mereka begitu terhegeh-hegeh untuk bersama disisi DSAI setiap kali beliau mengadakan sidang akhbar. DSAI semestinya pemimpin agung bagi mereka...tiada tolok bandingnya. Malah, Tuan Guru Hj Hadi pun tidak setanding beliau dan tidak layak sama sekali untuk menjadi Perdana Menteri (tak percaya boleh tanya Syed Azman - nanti saya ulas cerita beliau di artikel lain). Maka bekerja keraslah mereka terutamanya Husam untuk membantu pemimpin agung mereka itu dalam meyakinkan rakyat Malaysia tentang betapa benarnya perubahan yang bakal berlaku pada tarikh tersebut. Sehinggakan Tuan Guru Nik Aziz pun turut diseret untuk terlibat dalam gerak kerja mereka, sehingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan yang beliau sangat yakin akan berlaku perubahan seperti yang dirancang pada tarikh tersebut.

Tetapi secara tiba-tiba, orang kuat DSAI dalam PAS, Dato' Kamarudin Jaafar yang merupakan Setiausaha Agung PAS (yang cuba memporakperandakan perjalanan muktamar PAS baru-baru ini), telah mula mempunyai pandangan yang agak berbeza. Dalam wawancara beliau dalam harakah baru-baru ini, beliau telah berkata :

"Tarikh 16 September itu sebagai tarikh yang disebut Anwar beberapa minggu selepas 8 Mac lalu, kita tentunya harap ia akan berlaku sebagaimana yang beliau usahakan itu. Tetapi walau apapun yang berlaku hingga 16 September ini, kita tidak semestinya terikat pada mana-mana tarikh tertentu, seberapa cepat mungkin kita perlu diberikan tangungjawab membetulkan dan memperbaiki negara kita ini.
Tetapi kalau tidak dapat capai dalam masa tertentu kita akan teruskan lagi bawa usaha perubahah sebagaimana kita janjikan dalam setiap kempen pilihan raya umum bahawa kita sentiasa menjanjikan dan nyatakan hasrat jadi kerajaan dalam pilihan raya.
Justeru kali ini kita juga terus menjanjikan harapan itu dan hasrat itu kepada rakyat bahawa jika diberi kepercayaan dalam PRU atau dalam proses Parlimen seperti yang sedang diusahakan sekarang ini kita akan usahakan. Pada saya PAS sendiri tak terikat kepada mana-mana satu tarikh khusus.
"


Apa dah jadi ni Dato'? Dato' tak pecaya ke? DSAI mana boleh tipu orangkan? Kalau dia dah kata 16 Sept pasti bentuk kerajaan....mesti jadi punya. Dia kan ada keramat. Takkan Dato' tak pecaya.

Nampak jelas daripada kenyataannya yang Dato' KJ dah mula menghidu dan dah mula kurang keyakinan terhadap pembentukan kerajaan baru pada 16 September ini. Dato' KJ takut kalau 16 Sept tak menjadi, bosnya sukar dipercayai lagi terutamanya oleh ahli-ahli PAS. Jadi untuk menyelamatkan bosnya itulah maka Dato' KJ dengan segera meminta "talian hayat" atau "extension" - kalau tak jadi 16 Sept pun tak apa...PAS tak terikat dengan mana-mana tarikh!

Dahlah tu Dato'.....kalau tak jadi 16 September ni, sudahlah.... dah cukup PAS digula-gulakan oleh DSAI. Kalau Dato' nak ikut DSAI pun pergilah, jangan lagi dilibatkan PAS. Dan jangan lupa ajak sekali Husam Musa dan geng erdogannya.
Saya harap Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura akan bersidang selepas ini dan berbincang untuk memberikan hala tuju PAS yang jelas selepas 16 September ini. Nak buat macam mana "dah terhantuk baru nak tergadah". Dan yang pastinya Dato' KJ mesti sukar nak ikut keputusan Majlis Syura kan?? Saya nampak dia terkebil-kebil bila Dato' Timbalan Mursyidul Am (dalam mukatamar PAS baru-baru ini) bercakap ada pemimpin yang mempertikaikan keputusan majlis syura tahun lepas. Siapalah agaknya????

15 comments:

Anonymous said...

tahniah atas pendedahan berani saudara. sesungguhnya kepimpinan Ulama yg merupakan warisan Nabi adalah yg terbaik

kamal... said...

sudah lah bro..makin kepanasan dah tu org pas "Erdogan"..dah pedas kritikan tu berapi-api dah tu harus di ingat ini bulan puasa dah kalau pedas sangat tak leh minum air tu..
tp saya tetap puji kritikan dan ulasan dlm blog ini, sebelum membawa kepincangan dlm parti atau kehancuran besar..dah d takdirkan org mcm ni cepat2 cari talian hayat demi agenda dan kepentingan masing2..ingat air semakin naik dek paras hidung tuu..sekali ombak datang paham2 saja lah dan tarikh 16 sept dah hampir..
saya akan terus sokong blog ini selagi ia tdk lari dari landasan asal iaitu selamatkan perjuangan pas daripada d kencing dek org2 "Erdogan".wahai hamba allah ingat jangan sesekali gentar kepincangan harus d tegur jangan gentarrrrrr..hidup PAS...

StOneFaCes said...

Semoga dgn pendedahan ini akan menyedarkan ahli2 pas yg lain ada nya manusia yg gila kuasa dlm parti rela menyokong pimpinan parti lain dari parti sendiri..klu nak senang cerita geng2 erdogan boleh blah dr Pas dan pergi lah melutut pd DSAI untuk mendapat tempat dlm parti..PAS bknnya untuk keuntungan DUNIA..perjuangan PAS ke arah memartabatkan ISLAM..Semoga VIRUS ini dapat di hapuskan dlm PAS sblm terlambat..Insyaallah.

Anonymous said...

kita dah tak ada masa....cepatkan sikit PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN.!!!

16 SEPT MENENTUKAN HALATUJU 'ISLAM' DI MALAYSIA

Anonymous said...

Dato' Kj bercakap dah mcm Anwar berhelah.Sebijik

Ape-lah yg mereka rancangkan?
Ape-lah idealogi yg mereka nak suburkan?

Anonymous said...

woi korang ni...YB Datuk Nawar Ibrahim mana pernah menipu. dia sentiasa berkata yang benar...jadi 16 sept. tetap akan berlaku..apa la Datuk KJ. tak patutlah u ni tak istikomah dengan cakap anwar...

ptuihhhhhhhh....

Pak Lah tetap akan jadi PM selepas 16 sept. ni walalupun haku tak sukoooooo...

Anonymous said...

depa ni apa anwar cakap semua betuii...macam wahyu..semuanya benar...pandangan orang lain tak boleh pakai...

Anonymous said...

bodoh husam musa ni...mudah2an kita dapat bersihkan pas dari geng2 tak guna ni...dah la tak nak dengar cakap kepimpinan ulama...kurang ajar dan biadap pulak tuh...kalo pkr dgn dap buat,semua nyer betul...walaupun tak kena dengan syarak...walaupun maksiat,..takper...tak dosa sebab member pas...geram betul lah dengan puak2 nih...tak layak duduk dalam pas....pegilah duduk dalam parti lain...pas ni parti islam...bukan islam hadari...majlis syura ulama tak nak dengar..padahal tu majlis tertinggi pas...jangan terlalu menjaga sahabat sampai menggadai prinsip akidah kita...kalo nak wala/taat pada anwar...pi la duduk dalam pkr...wat per sibuk2 dalam pas ni...

gaban said...

kepada sesiapa penyokong pas yang menyokong anwar aljubori (pinjam kata mat sabu) memang barua (pinjam kata TGNA) sbb puak2 umno tu pun dah mahu kat dia (dia dipecat bkn keluar sendiri). Makanya, di situ dah nampak tak betulnya si nuar tu.. manusia perakus, disebabkan dia huru hara negara ini 10 thn dahulu, galakkan orang buat havoc, chaos.

masa jd tpm n menteri kewangan dulu, berbilion duit bank negara rugi sampai kit siang pun bantai dia kt dalam parlimen (bukti? blogger2 semua teror, cuba cari)

mana maruah diri, menjadi pemimpin dgn cara 'curik' hak org. tidak mustahil mp2 bn yg melompat (kalau jd la) akan kembali melompat apabila segala yg dihajati tak tercapai, maka, makin huru-haralah negara ini, sepanjang tahun maybe berlarutan bertahun2 duk membetulkan politik negara, dan sudah pasti ekonomi akan merudum.

negara yang kukuh ekonominya, hasil dari kukuh politiknya.

sebaiknya, tunggu sahaja PRU13, bukan lama mana pun, lagi 4 tahun je... (bg aljubori myb lama kot, takut kes sangkut, dia masuk dlm, tak tercapai lagi cita2 2nd try jd pm)

Anonymous said...

aku pun pelik tengok mesyuarat Pakatan Rakyat nak ambik alih Kerajaan Persekutuan, Anwar pengerusi, DAP wakil Lim Kit Siang, dan PAS pulak Husam Musa. Rata2 pemimpin PAS lain termasuk Presiden PAS tak tahu menahu dan tak membincangkan sesuatu yang amat significant seperti peralihan kuasa ni. Apa authority Husam untuk wakil PAS di meja Perakatan? Ke wakil diri sendiri dan puak2 berkepentingan dalam PAS nak makesure dapat jawatan2 tertentu dalam kerajaan... insaf lah.. perjuangan Islam kemana?... perjuangan Melayu pun hampas... semua kepentingan sendiri je.. Bole ke perjuangan islam betul2 dicapai dalam sebuah kerajaan yang majoritinya bukan Islam. Apa perkembangan PAS selangor dalam mencapai perjuangan islam sejak berada dalam kerajaan negeri??
Muhasabahlah diri sikit puak2 macam ni...

Anonymous said...

KJ barua..kj barua..kj barua UMNO

berjaya juga anwar aljuburi tanam org dia dalam PAS. PAS pulak masa tu dahagakan pebyertaan org org profesional..nah ambik dia penangan orang yg profeisonal....hilang landasan perjuangan PAS...al juburi Aljuburi...nawar kata " saya mana ada harta, kereta mercedes tu pak saya punya" pungkok hang anwar...membohong...cilaka betui..anak haram..duit 4 generasi pun tak habis hasil masa dalam UMNO dulu...org gila ja yg percaya..

Anonymous said...

aku mengaku aku bukanlah orang yang bersama berjuang untuk Barisan Alternatif. tapi aku tetap hormat orang-orang dalam PAS seperti Nik Aziz.

Aku berdoa agar Allah melindungi mereka ini dari prkara-perkara yang boleh memesongkan.

Walau di pihak mana pun kita berjuang, ingatlah bahawa Islam itu agama yang benar. Jangan sesekali kita memperlekehkannya.
Jangan sesekali kita menyimpan dendam diantara kita(muslim).

Jagalah dan sentiasa menasihat atau menegur diri kita, keluarga kita, dan sahabat di sekeliling kita kerana dari situlah akan membentuk satu masyarakat yang cemerlang.

hebahkan Islam pada mereka(orang bukan Islam) yang belum mendapat petunjuk moga mereka akan bersama-sama kita di akhirat kelak.

Che Yong

Anonymous said...

Perjuangan PAS pun tersasar. Apa PAS boleh buat di Perak dan Selangor. Jadi tunggul kayu. Aku dulu minat dengan PAS, sejak PRU12 dan berpakat dengan DAP kafir harbi aku dah tak minat lagi. Perjuangan negera Islam sudah dipadamkan untuk tujuan politik. Kononnya nak jadi negara kebajikan, sudut ekonomi, negara komunis/sosialis = negara kebajikan. Kembalilah balik kpd perjuangan asal paarti PAS jangan tipu penyokong2.

Anonymous said...

Aku pon boring dengan Pas, langsong zero suara. Aku ingat elok ladang babi terbesar di Asia di bina di belakang rumah TSKI. Biarkan dia tahu betapa berdengongnya bau najis babi (buat lah macam mana pon, najis babi tidak boleh ditapis2 lagi.) Juga, jika beliau tinggal berdekatan dengan ladang babi nih, saudara-mara dia yang tinggal berdekatan tu, merasa lah pula terkena penyakit JE macam mana penduduk2 kampong melayu yang tinggal di ladang2 babi nih. Sedihnya PAS, pon zero suara dalam hal ini. Sebab tak buat ladang terbesar di Kelantan, kalau buat kat sana baru lah nak meraung ulama TSNA. Bukan aku nak memihak sebelah BN, tapi dulunya TSNA panggil PM, raja babi, sekarang TSKI yang dapat title tu. Pas kata apa, soyap lidah kelu tidak terkata.
DM

Anonymous said...

Sedih-sedih. Apa nak jadi dengan orang Islam ni. Kita kena balik asal macam dulu. Nak kejar pangkat dunia kita sanggup tinggal pangkat akhirat. Mati esok nak jawab apa. Jangan dok percaya la si anwar tu. Dulu dia dok dalam UMNO apa dia buat. Apa yang dia tak kata kat kita. La ni kita nak sanjung dia pulak. Hj. Hadi 25 kali lebih baik dari dia. Rakan-rakan kita pun banyak yang nak "blah" tengok cerita macam ni. Sedag-sedag la kita. Jangan kita kena tipu lagi.