Monday, August 4, 2008

Husam Melanggar Keputusan Syura

Saya masih teringat beberapa bulan yang lalu selepas PRU12, Husam dengan bongkaknya mengeluarkan kenyataan "Sesiapa dikalangan ahli PAS yang berunding dengan UMNO akan dipecat keahliannya".

Apakah motif Husam mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa? Siapakah dia dan siapakah yang memberikannya kuasa untuk memecat ahli sewenang-wenangnya? Sedangkan Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden pun tidak pernah mengeluarkan kenyatan sedemikian. Hebatkah sangatkah Husam yang senang-senang nak pecat ahli. Besar sangatkah kesalahan berunding dengan UMNO sehingga boleh dipecat keahliannya.

Saya berpendapat Husam adalah seorang yang buta maklumat dan tiada pengetahuan tentang syarat-syarat memecat ahli di dalam Parti. Saya cadangkan kepada Husam, bukalah buku perlembagaan PAS, baca dan faham betul-betul sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang hanya menampakkan kebodohannya semata-mata.

Yang lebih penting daripada itu, sedarkah Husam bahawa kenyataannya tersebut adalah sama sekali bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 23 April, 2008 yang telah membenarkan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk berunding dengan sesiapa sahaja demi perpaduan dan masadepan Islam (termasuklah berunding dengan UMNO).

Tahukah Husam bahawa didalam perlembagaan PAS, Majlis Syura Ulama PAS adalah kuasa pemutus yang tertinggi di dalam Parti PAS?? Sekiranya keputusan telah dibuat oleh Majlis Syura, maka semua ahli adalah diwajibkan patuh dan taat - tidak terkecuali Husam Musa. Sekiranya ada ahli yang melanggar keputusan Majlis Syura, maka dia boleh dikenakan tindakan tatatertib dan disiplin.

Jadi, dalam hal ini, tahukah Husam bahawa kenyataannya tersebut telah terang-terang melanggar keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan beliau boleh dikenakan tindakan disiplin parti diatas kesalahannya tersebut. Adalah amat malang dan menyedihkan sekali seorang Naib Presiden parti sendiri gagal menghormati keputusan Majlis Syura yang keseluruhannya dianggotai oleh kepimpinan ulama PAS yang lebih mendalam ilmu dan iman mereka.

Nasihat saya kepada Husam - lain kali, sebelum membuat sebarang kenyataan, fikir, kaji dan selidiklahlah dahulu, jangan terlalu gelojoh nak tunjuk hero sampai ternampak kebodohan diri sendiri. Entah apalah yang dikejarkannya....

4 comments:

pasbangi3 said...

agaknya owner blog ni coffe boy pejabat agung pas agaknya ?

atau coffe boy pejabat di PWTC .. ala bukan jauh sangat pun ..

PWTC dgn Jln Raja laut tu dekat aja ..

Anonymous said...

aku setuju dgn hang pasbangi3...

Anonymous said...

Lagi satu blog yang akan aku kunjungi setiap hari... Sebab aku mmg anti Hosam...

Terima kaseh kerana membangunkan laman blog ini....

Nor Azam Idris said...

Akupun tak pasti tujuan blog ni. anyway, bagus jg ada medan diskusi ni. Kita lebih open minded, taklah taksub tak bertempat. Yang baik kata baik yang jahat ketepikan. Walaupun saya org UMNO, bukanlah untuk melaga-lagakan saudara-saudara sekalian melalui weblog nie. Saya bangga org2 PAS menegakkan Islam, tetapi kurang selesa cara sdr-sdr melayani org-org UMNO. Ingatlah sdr-sdr seburuk manapun UMNO, kita tidak boleh nafikan asas perjuangannyalah yang mendewasakan kita hari ini.Dan kita juga tidak nafikan check and balance dari pembangkang menyebabkan segala kepincangan itu dapat dibetulkan. Mailah kita sama-sama walaupun berbeza fahaman politik menjadikan politik itu lebih indah dan menarik dengan peranan memasing. Jgnlah dok kutuk mengutuk tak ada fedahnya.Tapi saling betul membetulkan.... Insay Allah, "tAK MELAYU HILANG DI DUNIA" di negaranya sendiri.