Monday, August 4, 2008

PAS Pulau Pinang Boikot Pilihanraya Kecil Permatang Pauh?

Hari ini saya mendapat maklumat yang cukup menggemparkan. Pada hari Jumaat lepas, Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang telah mengadakan satu mesyuarat khas untuk berbincang berkenaan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Dan hasil daripada mesyuarat tersebut, kesemua yang hadir telah sebulat suara bersetuju supaya PAS memboikot pilihanraya kecil tersebut.

Keputusan tersebut katanya dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor berkenaan hubungan PAS Negeri P.Pinang dengan PKR dan DAP yang sudah meruncing, kusut dan sukar dibendung lagi. Bagi PAS P.Pinang, tiada sebarang hubungan atau kerjasama berlaku diantara mereka dengan PKR mahupun DAP selepas PRU12 yang lalu. Tiada satupun pertemuan rasmi diantara PAS, PKR dan DAP di P.Pinang sehinga kini. PAS negeri sentiasa dipinggirkan dan tidak dialu-alukan penglibatan mereka secara aktif didalam kerajaan negeri PR P.Pinang. Mereka diibaratkan melukut ditepi gantang. Sedangkan, pada awalnya, seluruh jentera PAS telah bersama-sama bertungkus lumus bekerja dan memenangkan Pakatan Rakyat di P.Pinang. Tetapi setelah menang, PAS dinafikan hak dan sumbangan mereka dalam kerajaan negeri, mungkin kerena mereka hanya memenangi satu kerusi - sedangkan fakta yang seluruh jentera PAS digerakkan untuk mencapai kemenangan bersama telah dilupakan. Ibarat habis madu sepah dibuang.

Pemuda PAS telah beberapa kali ingin mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri pun tidak dilayan. Senarai JKKK yang PAS kemukakan untuk pertimbangan kerajaan negeri pun tidak layan dan hanya dibuang kedalam tong sampah sahaja. PAS P.Pinang melihat dan merasakan bahawa penglibatan mereka dalam kerajaan negeri P.Pinang telah dinafikan dan tidak dialu-alukan. Mereka kelihatan tidak selesa dengan PKR, lebih-lebih lagi apabila prinsip Islam yang ingin diperjuangkan tidak dilayan langsung oleh Kerajaan Negeri.

Atas alasan tersebutlah agaknya Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang ingin menghantar satu mesej yang keras dan jelas kepada PKR dan DAP bahawa penglibatan mereka jangan dipandang ringan. Dan sekiranya kehadiran mereka di P.Pinang tidak mampu dihargai, untuk apa mereka perlu menggerakkan jentera parti dan bertungkus lumus untuk memenangkan PR (atau PKR) di Permatang Pauh.

Satu contoh yang lebih jelas, selepas Wan Azizah melepaskan jawatannya sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh, apakah PKR berbincang dengan PAS dan mendapat persetujuan terlebih dahulu berkenaan calon sebagai "courtesy" dan menunjukkan semangat "pakatan" walaupun semua sedia maklum untuk siapakah kerusi tersebut?

Mungkin PAS P.Pinang merasakan sudah cukup mereka makan nasi berulamkan jantung. Sekaranglah masanya untuk meledakkan apa yang terpendam sekian lama di dalam hati.

TETAPI, apa yang lebih menyedihkan dan menggemparkan lagi - selepas keputusan dibuat oleh Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang dan diserahkan kepada Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar pada hari Sabtu, beliau katanya telah memaklumkan kepada Husam dan merancang secara sulit dengan Ust Mujahid Yusuf Rawa (Timbalan Pesuruhjaya yang tidak hadir mesyuarat pada awalnya) supaya Husam mengadakan pertemuan dengan Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang dengan harapan untuk mengubah keputusan yang telah dibuat.

Amat pelik apabila notis untuk mengadakan mesyuarat Perhubungan Negeri bersama Husam hanya dihantar melalui SMS pada tengah malam (Sabtu) sedangkan mesyuarat dijadualkan keesokan harinya pukul 10 pagi. Kenapa kelihatan terdesak dan begitu tergesa-gesa? Sahkah mesyuarat Parti dengan notis dihantar kurang daripada 12 jam?

Dalam pertemuan tersebut, Husam telah mengaku bahawa beliau hadir ke mesyuarat tersebut bukan atas kapasiti beliau sebagai Naib Presiden PAS, tetapi sebaliknya atas dasar individu. Saya ingin bertanya beliau - apakah hak dan keistimewaan beliau sebagai seorang individu sehingga boleh mengarahkan satu mesyuarat perhubungan negeri diadakan? Saya khuatir bahawa ianya hanyalah untuk kepentingan peribadi beliau semata-mata.

Dalam mesyuarat tersebut juga katanya Husam akan menyusun satu pertemuan di antara Badan Perhubungan PAS Negeri dengan Anwar Ibrahim. Apakah motif beliau dan siapakah beliau sehingga boleh membuat keputusan sedimikian dengan membelakangkan Presiden dan Timbalan Presiden parti? Kenapa perlu Badan Perhubungan PAS Negeri bertemu dengan seseorang diluar Parti. Bukankah langkah tersebut mendahului Presiden parti PAS sendiri. Jelas bahawa perbuatan beliau telah melanggar protokol parti. Dan jelas juga bahawa usaha beliau bukanlah untuk menjaga dan menyelamatkan Parti PAS (lebih khusus PAS P.Pinang) sebaliknya lebih kepada menyelamatkan karier politik Anwar Ibrahim semata-mata. Kadang-kadang saya tertanya-tanya sendiri, siapakah bos Husam.... Tuan Guru Haji Hadi atau Dato Seri Anwar Ibrahim??

Saya juga ingin bertanya Dato' Kamarudin Jaafar (KJ) sebagai Setiausaha Agung dan Husam sendiri - adakah keputusan Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang sebelum itu telah dimaklumkan kepada Presiden atau Timbalannya?? Adakah pekara tersebut telah dibincangkan dalam Dewan Harian Pusat? Saya rasa saya boleh pastikan bahawa jawapannya adalah TIDAK. Sungguh menghairankan bagaimana seorang Setiausaha Agung Parti yang dilantik oleh Presiden dan seorang Naib Presiden boleh melakukan sesuatu dibelakang pengetahuan Presiden dan Timbalannya. Mereka pun nampaknya sudah pandai "main belakang". Bagaimana Dato KJ yang begitu berpengalaman menjadi setiausaha ABIM sekian lama tidak tahu prosedur dan tanggungjawabnya... ataupun mungkin beliau ingat yang beliau masih lagi Setiausaha Agung ABIM dan bosnya masih Anwar Ibrahim!

Apapun yang berlaku, saya berharap kemelut PAS P.Pinang dapat diselesaikan dengan segera oleh Pimpinan PAS Pusat dengan cara yang hikmah, betul dan mengikut prosedur. Mesej yang jelas juga telah dihantar kepada PKR. Mereka perlu lebih menghormati dan menghargai kehadiran PAS di Pulau Pinang dan yang lebih penting mereka perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan keyakinan PAS negeri kepada mereka. Semoga semua pihak boleh berlapang dada dan kembali bersatu. Saya percaya masalah ini akan selesai dengan baik.

8 comments:

Putra IJ80 said...

Sepanjang pengatahuan saya(Berdasarkan sejarah)pejuang tulin PAS,tidak mengharapkan apa apa balasan pangkat,harta,pujian d.s.n.dalam menegakan daulah Islamiyah melalui siasah ini.

Mereka bagikan mengikut para sahabat ketika menerima seruan Islam di Makah dan Madinah.

Kalau ada yang berkelakuan sebaliknya maka itu bukan orang PAS,melainkan ....."musang" berbulu ayam".

Apa nak di hairankan manusia seperti ini,sedangkan PAS bertambah kuat(Diteriam)dari sehari kesehari.

Melainkan orang yang buta mata hati,yg.tak nampak perkara ini.

Anonymous said...

PAS pulau pinang menang hanya satu kerusi saja, elok la PAS tak dilantik atau diberi apa2 jawatan didalam kerajaan. ia membolehkan PAS berjuang dengan mudah dan berkesan. DAP tak bagi kerusi memang ok ...lagi pun PAS nak buat apa dengan kerusi JKKK tu ..bukan ada kuasa pun JKKK

Anonymous said...

aku tau kau takut wahai si anti husam.kau cakap dia syg kafir, tapi aku tengok tak dak pulak skandal dengan,Elizabeth wong atau Teresa kok.kalau ada bg bukti tersebut,tunjukkan yang kau betul2 yakin dgn apa yg kau cakap.Aku harap hang cpt2 taubat sebelum terlambat. aku pun dh taubat. dulu aku pro UMNO.tapi lepas tengok depa mcm tu.hmmm aku blah terus.

Anonymous said...

PAS pun tamak jugak?. PAS dah ada 3MB. Sudah cukup bagus. Bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah SWT. Apa yg penting Hj Hadi kena mantapkan PAS Trengganu dan menang di sana. Ini dok heboh PAS di PP yg cuma menang satu kerusi. kalau nak kedudukan yg lebih baik PAS kena kerja kuat macam YG Hamdan di Permatang Pasir. Terus kekal.

Anonymous said...

PKR dan DAP sepatutnya memberi ruang kepada pihak Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang untuk mengadakan perbincangan demi kepentingan rakyat di negeri itu.

Jangan berperangai macam UMNO, angkuh dan sombong lantaran mendapat kuasa.

Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya ke-12 sepatutnya memberi ruang yang luas untuk pimpinan PAS, PKR dan DAP untuk berbincang bukannya memalingkan muka dan menjauhkan diri daripada anggota komponen.

Apakah kerana PAS mendapat hanya satu kerusi DUN maka mereka dipinggirkan dan tidak layak untuk berbincang.

Apakah PKR dan DAP sudah menjadi tamak kuasa lantaran memenangi banyak kerusi.

Kalau PKR dan DAP tidak dapat menghargai nilai persahabatan PAS maka PAS perlu bertindak memikirkan langkah susulan yang lebih dinamik dan progresif demi survival politik PAS.

Anonymous said...

walau apa pun dan caranya ianya tetap xbole mendahului presiden, dan org Pas PUN MANUSIA, tidak maksum dan tidak lari dari membuat kesilapan.
soal menang 1 ke 2 kerusi ke... sebagai kawan dalam pakatan, semangat kerjasama antara parti harus dikekalkan dan jgn membelakangi kawan...tgk kedah DAP menang 1 kerusi, ustaz azizan masih melantik Dap sebagai exco menjaga hal ehwal org cina.
pikir sendirilah

-penyokong pas.

Anonymous said...

jgn abaikan PAS Pulau Pinang begitu je...walaupun 1 kerusi..tp perjuangan dlm pakatan rakyat x dpt dinafikan..klau masa PRU12 PAS mntk semua ahlinya supaya tidak mengundi utk PKR dan DAP..bleh ke PKR menang Parlimen Balik Pulau?? bleh ke PKR menang Adun Penanti??

lu pikiaq la sendiri...

Anonymous said...

memang perjuang PAS sekarang pun... hampir sama dgn apa yg diamalkan oleh UMNO... aku pun x berapa suka dgn cara Husam yg seolah-olah lebih berbos kan DSAI... aku x kenan sungguh cara nak memerintah dgn pujuk2, main lompat2 nie... sbg yg ikhlas kerana allah... insyaallah pada PRU akan dtg... PR memerintah. tp tolong lah... jgn lah anwar jd PM.. x tulen pun perjuangan dia... lidah bercabang... bg jer Hadi Awang.. klu anwar... naib2 presidan dia non-muslim... so klu dia pencen... saper yg akan ganti jd PM