Wednesday, September 3, 2008

Jawapan Kepada Khalid Samad

Khalid Samad nampaknya cuba menegakkan benang yang basah dalam blognya di samping masih cuba menimbulkan keraguan pembaca terhadap kepimpinan Tuan Guru Presiden. Saya ambil kesempatan ini membalas jawapan beliau yang ditulis didalam blognya.

Khalid tulis :
"Hakikat bahawa ayat tersebut telah dinasakhkan mengikut sebahagian ulama’ diperakui oleh Tuan Guru sendiri di dalam ucapan beliau. Itu tidak seharusnya menjadi satu isu. Soal istikharah dan kedudukan Tuan Guru sebagai seorang ‘Alim juga tidak menjadi isu. Namun keputusan jemaah tidak boleh diputuskan atas hujjah istikharah pemimpin semata-mata. Mesti ada hujjah dan dalil yang lain. Kalau tidak tak perlu kita bersyura dan membahas dan membincang strategi dan taktik. Hakikatnya istikharah salah satu usaha tetapi ianya tidak merupakan hujjah muktamad dan tidak menjadi hukum Qat’i."

Kenapa Khalid masih nak timbulkan isu ayat 60-62 Surah Al-Anfal itu telah dimansuhkan. Nampaknya beliau masih cuba nak menimbulkan keraguan pembaca terhadap ayat tersebut yang sering dikupas dan dibahas oleh kepimpinan ulama PAS. Kalau Khalid dengar betul-betul ucapan Tuan Guru Presiden dalam Muktamar yang lepas, Tuan Guru menyebut walaupun ada beberapa pendapat yang mengatakan ayat tersebut mansuh tetapi ianya tidak diterima oleh jumhur. Kenapa Khalid tak faham.... atau buat-buat tak faham. Untuk pengetahuan Khalid, pendapat yang mengatakan ayat tersebut mansuh hanya disebut dalam Kitab Tafsir Qurtubi sahaja. Qurtubi menyebut bahawa beberapa pendapat daripada Qatadah, Ikrimah dan Ibn Abbas mengatakan ayat Surah Al-Anfal tersebut telah dinasakhkan dengan ayat 5 Surah At-Taubah. Tetapi Qurtubi sendiri berpendapat dan menyimpulkan bahawa pandangan mereka tidak betul. Selain daripada Kitab Tafsir Qurtubi tersebut tidak ada mana-mana Kitab tafsir lain yang mengatakan bahawa ayat 60-62 Surah Al-Anfal tersebut telah dimansuhkan. Ijma' ulama muktabar berpendapat bahawa ayat tersebut tidak pernah dimansuhkan. Harap Khalid dan kumpulan "Erdogan" yang lain faham maksud Ijma' Ulama dan berhenti dari mempertikaikan ayat tersebut. Kita tidak mahu insiden salah seorang Ahli JAwatankuasa PAS Pusat mempertikaikan Al-Quran berulang kembali. Insiden tersebut berlaku apabila ada Ayat AlQuran di sebut sebagai hujah di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, salah seorang AJK Pas Pusat (yang terjebak dengan kumpulan "Erdogan") boleh mengeluarkan kata-kata berikut : "betulla ayat Quran TAPI........" Saya berharap AJK PAS Pusat tersebut bertaubat dan kembali menjunjung Al-Quran. Tak perlu saya dedahkan namanya disini...sebab saya percaya dia termakan dengan dakyah Husam dan kumpulan "Erdogan"nya. Semoga beliau kembali kepangkal jalan.

Kemudian Khalid berterusan cuba merendahkan martabat dan kedudukan Tuan Guru Presiden. Kenapa soal istikharah dan kealiman Tuan Guru tidak boleh dijadikan isu. Itulah ciri-ciri utama pemimpin Jamaah Islam. Kalau Khalid tak pernah buat istikharah jangan pula pertikaikan istikharah Tuan Guru. Apabila orang alim atau para wali beristikharah dan membuat keputusan, Allah bersama mereka dan Allah lah yang memberikan mereka petunjuk. Pemimpin Jamaah Islam bukan membuat keputusan berdasarkan akal dan strategi orang-orang macam Khalid semata-mata. Kalau dah Tuan Guru beristikharah dan Allah telah tunjukkan kepadanya betapa relevannya Surah Al-Anfal tersebut sebagai hujjah dan dalil terhadap isu muzakarah dengan UMNO - apa lagi yang Khalid dan geng "Erdogan" yang lain mahukan???

Khalid tulis :
"Saya amat menghormati Tuan Guru Haji Hadi dan juga Tok Guru Nik Abdul Aziz. Setakat mana yang saya tahu, saya sentiasa bercakap dengan penuh hormat semasa bersama mereka. Kalimah ‘aku’ kadang2 saya gunakan semasa bergurau dengan sahabat handai, tetapi tidak sekali-kali semasa bercakap dengan mereka....."

Yang ni sah Khalid tipu, sebab telah disahkan sendiri oleh pemimpin lain yang lebih rapat dengan Tuan Guru Presiden. Lain kali sebelum bercakap tu fikir dulu, jangan main sembur saja.

Khalid tulis :
"Saya adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Pengerusi PASKAD iaitu unit kajian dasar dan stratejik PAS Negeri Selangor. Saya tahu apa yang berlaku. Namun saya merasakan masalah yang kita sedang hadapi dalam PR adalah perkara biasa. Baru 5 bulan bersama. Keadaan kongsi kuasa ini adalah keadaan baru bagi ketiga-tiga pihak, iaitu PAS, PKR dan DAP. Pasti berlaku kesilapan dan ketidak-serasian atas isu-isu tertentu. Itu biasa. Itu tidak bererti kita dianak-tirikan. Di sini mungkin ada khilaf di antara saya dan Ust. Salehin tetapi kita tahu adabul ikhtilaf dan tidak membodohkan satu sama lain."

Kenapa Khalid bercakap macam munafik. Dalam muktamar tempohari bukan main angkat kerajaan PKR Selangor. Kununnya tidak ada sebarang masalah antara PAS dan kerajaan PR Selangor. Sekarang dalam blognya mengaku pula ada masalah!
Tahu adabul ikhtilaf kunun.... habis kenapa tempelak Ust Salehin secara terbuka dalam muktamar bahawa bacaan beliau terhadap isu PAS dipinggirkan di Selangor adalah "meleset".
Mungkin adabul ikhtilaf versi Khalid Samad kot.

Khalid tulis :
"Sebenarnya, peruntukan untuk PAS diisi oleh orang PAS. Ada pula peruntukan untuk NGO dan Professional. Mr. Ang yang saya cadangkan adalah Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Berkeley. Saya cadangkan nama beliau untuk mengisi peruntukan NGO. "

Inilah strategi politik yang paling bodoh. Jangan cuba nak putarbelitkan fakta. Kalau pun itu adalah peruntukan NGO, tetapi masih PAS punya kuota. Cuba bayangkan peruntukan NGO PKR ada melayu ada cina dan ada india. Peruntukan NGO DAP hanya Cina dan India. Jadi, takkan lah PAS punya kuota untuk NGO pun nak bagi kat Cina kafir. Banyak lagi NGO Islam yang boleh kita tawarkan seperti ABIM, PKPIM, JIM dll. Sebab itu tidak hairanlah jika majoriti Ahli Majlis PBT di Selangor adalah terdiri dari orang bukan Islam... kerana adanya orang PAS yang berfikiran dangkal macam Khalid. Kalaulah ramai pemimpin di Selangor macam Khalid dah lama negeri sendiri tergadai.

15 comments:

red said...

kalid oh kalid....
Tu laa, terlebih makan belacan gamaknya...Hehehehe

kamal... said...

salam maaf mencela,wah nampaknya makin pedas dan menarik blog ini..blm setahun jagung dah d angkat antara blog popular dan blh d katakan seangkatan dng blog2 lain..ini blh d buktikan kerana blog ini mula d sebarkan dan d perkatakan melalui email rakan2 saya tdk kira lah dari dlm atau kawan2 yg bertugas d luar negara, dan apa yg menarik ermmm satu kupasan dan huraian yg padat dan tepat serta fakta2 yg menarik..apa yg perlu d lakukan skg bg kami adalah memberi kesedaran kepada golongan "Erdogan" tersebut...sebelum akidah dan fikiran mereka d racuni oleh org2 jahil dan tamak kuasa..
masih blm terlambat wahai "Erdogan" sekalian..cukup lah apa yg telah berlaku..oh ya ada baiknya blog ini juga buat kupasan yg mana kita sudah ketahui bahawa ada segolongan dan kumpulan yg sedang mempengaruhi ahli2 pas supaya membuat dua keahlian ia itu keahlian pkr dan ke ahlian pas..ini bermakna ahli pas sama juga mereka ahli pkr..bukan kah ini melanggar peraturan parti sebelum ini melarang mana2 ahli mempunyai 2 keahlian..secara tdk lansung perkara ini blh mengoncang keutuhan parti dan kekuatan parti pas..jng sampai d kemudian hari menjadi kehancuran parti..dek kerana kerja org2 "Erdogan" ini...
ingatttttt kepincangan harus d tegurrrr jangan gentar wahai hamba allah...

Anonymous said...

Jelaslah Khalid mempertikaikan keputusan syura dan keputusan presiden.

Dalam kita berjamaah kita mesti Taat kepada keputusan yang diambil oleh Jamaah PAS. Tapi nampaknya Khaled dan erdogan lebih condong kepada keputusan syura yang diangotai oleh DAP dan PKR ( Menganut agama lain dari Islam )

Keberkatan keputusan Ketua Jamaah Islam dan Syura yang dianggotai Ulama lebih berkat dan aula kita ikuti.

Soal Istikharah Pressiden adalah amalan Ulama-ulama besar. Imam Bukhari semasA memilih hadis-hadis yang beliau nak masukkan dalam kitab Jamie Sohehnya, beliau sembahyang sunnat ( beryura dengan Allah Taala ) . Ini adalah amalam ulama sejak dahulu kala. Tetapi perkara ini asing bagi erdogan group !!

Anonymous said...

salam...kalau niat blog ini untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan sebarang kemungkaran yang ada dalam PAS, saya sokong 100%...memang elok dan molek sekiranya perilaku segelintir pemimpin dalam PAS yang huduh tu dibongkar...kita tak mau ada parasit dalam PAS..tapi lagi elok kalau penulis blog ini dulu perkenalkan diri dan bersemuka secara adil untuk mengelakkan sebarang kemushkilan dan prasangka dikalangan pembaca,...kalau anda dipihak yang benar nak takut ape bro...sy kompom sokong punya...

Anonymous said...

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.

SESEKALI AKU TERINGAT ADA PEMIMPIN PAS BERKATA

SEMASA BERJUANG MENUNTUT KEMERDEKAAN (KEMENANGAN) PARA ULAMAK. TETAPI APABILA MENANG DAN MEMERINTAH GOLONGAN UMARAK (KOKONNYA PROFESIONAL LAH) YANG BERKUASA.

NAMPAKNYA SESAOLAH KERAJAAN 16 SEPTEMBER YANG AKAN TERBENTUK SEBAGAIMANA TERJADINYA KEMERDEKAAN NAGARA TAHUN 1957.

ULAMAK DALAM PENJARA MENDERITA. GOLONGAN TIDAK ULAMAK (PROFESIONAL) DALAM PEJABAT BERKUASA.

Anonymous said...

sokong membawa rebah.Aku nak tanya le skit,betul ker semua org PAS ni sokong PR.Kalau betul,kes2 anuwar tu tak ke memimbulkan kesangsian walau sekelumit pun?
PAS betul ke setuju Lim KIt Siang jadi TPM?Tuan Guru dan Hj Hadi nak jadi apa?tukang siang jer ker?

Anonymous said...

saya rasa penulis blog ni tak perlu dedahkan siapa dia. utk keselmatan sebab org PAS punya gerakan boleh tahan juga...terus jatuh hukum kafir...tak pasal2 kena tembak nanti..

pas oh pas...parti yg ada asal usul terpuji...ada struktur...ada jentera yg hebat dan istikomah...alih alih macam kena makan dengan PKR barua....PKR yg tetiba dapat lampu ajaib aladdin...

harakah dah jadi suara anwar..laporannnya kadang2 keterlaluan..semalam berita utama versi online disiarkan dakwaan pemimpin PKR trg yg dakwa ahli parlimen trg plak yg nak melompat..geli terkekek aku baca...malu weh harakah...malu....malu...


PKR barua..erdogan pas pun barua..sembah anwar berahim...bukannya sembah allah..inilah kafir yg nyata

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Biarlah ikut keputusan mesyuarat, wajib berjemaah dalam perjuangan Islam dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Siarkan secara terbuka pro dan kontranya di Harakah. Dan buatlah yang terbaik untuk dunia, Islam sudah mula naik kembali, rebut peluang bersama-sama gelombang dunia yang ingin perubahan. Dalam hati siapa tahu? Allah Maha Mengetahui, semoga Dia membenarkan sesiapa memimpin agar kalangan umat ada yang tetap teguh dengan Islam seperti yang dijanjikan di dalam hadis Nabi saw. InsyaAllah

Jong said...

Salam,
Terima kasih. Jika pendedahan ini benar, maka ia amat mengecewakan. Kadang-kala ketaksuban terhadap satu-satu tokoh (Baca: Anwar) telah menyebabkan orang hilang pertimbangan agama.
Inilah yang berlaku zaman berzaman. Inilah sebabnya ada orang dalam kalangan nabi lawan Rasulullah saw. Mereka dinamai munafik.
Wassalam

eden said...

Teruskan
Teruskan dengan pendedahan begini
Ini bagus
Ini bagus untuk PAS
Usir
Usir lah anasir2 jahat
Pegang
Pegang lah pada matlamat
Aku
Aku bangga

Hubab Al Munzir Asmawi said...

astaghfirullah.. bertaubat la korang..
bulan2 puasa macam ni pon mengutuk orang jugak.. bukan setakat mengutuk, mengkafirkan saudara2 seislam kita yg sama2 mengaku dua kalimah syahadah..iman tuh antara kita ngn allah saje..
ape2 pon, dalam kita berjemaah ni mmg kita kene ikut majlis syura. even though pemimpin nak macam lain, tapi majlis syura sepakat nak lain, kita kene ikut majlis syura.. dalam islam takde kuasa veto. baru la kalau ape2 terjadi (baik atau buruk) para pemimpin dalam majlis syura boleh sama2 bertanggung jawab.
insyaAllah sama2 la kita insaf dan betulkan niat perjuangan semata2 kerana Allah.

satu lagi, saye setuju dgn pendapat salah seorang peng-comment yg suruh penulis blog dedahkan identiti.. herm. bagi saya, kalau rase diri dah betol, ape nak takut?

uratnadi said...

harakah jadi haru-biru? dah jadi Anwarakah? Cuba check sapa editorial board dia; dikawal ketat oleh ERDOGAN!

Anonymous said...

masya'Allah!! apa nak jadi dgn jamaah kita ni. harap TGHH dapat buat sesuatu untuk menyelamatkan PAS daripada anasir-anasir Islam liberal/moderat ala Erdogan.
mereka hanya melihat Islam menurut kacamata akal dan fikiran mereka bukannya Al-Quran dan Al-Hadis.
teruskan perjuangan anda antihusam. dedahkan kebobrokan pimpinan kita yang makin jauh dengan ayat-ayat Allah.
semoga Allah selamatkan jamaah kita drp golongan-golongan tersebut.

Anonymous said...

Amat sedih tgk keadaan orang Islam dalam bulan2 puasa ni.

Ekonomi tak memberansangkan, islam/melayu berpecah belah. Yang puak2 PKR pulak tak habis2 nak ambil alih kerajaan "by hook or by crook"

Macam2 alasan diberi, tapi suka tak suka, kerajaan ni dipilih atas dasar undi semua orang. Bukan berdasar pendapat mereka yang berkepentingan, serta survey2 yang dijalankan oleh Merdeka centre dan sebagainya.

Kalau PR nak suruh MP Sabah Sarawak lompat, apa kredibiliti mereka. Apa integriti dan rekod mereka tentang rasuah dan sebagainya. Itu semua kita kena teliti... takkan lah pasal nak kuasa penyamun yang lebih besar kita terima asal kita boleh berkuasa. Part ni saya tak bersetuju perlunya kerajaan bertukar 16 Sept ni.

Lebih wajar kalau mandat sebenar diperolehi dari rakyat semua, bukan 30 40 orang yang tentukan pimpinan, dan bukan Anwar Ibrahim yang tentukan dia jadi PM.

Anonymous said...

Tu la, terlalu taksub sangat kat DSAI, maklumlah kawan lama......,
sanggup mengadai maruah Melayu dan Islam demi cita-cita politik DSAI. Ya Allah peliharalah Tanah Air yang tercinta ini.